Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bekas Guru 'Main Eksperimen' Dengan Mekap, Inilah Hasilnya!

14-8-2017 12:28 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2819| Komen: 44

Mekap biasanya digunakan untuk menutup cacat cela dan menambah kecantikan pada wajah. 

Pun begitu, tak ramai jurumekap yang pandai bermain dengan ilusi optik dengan baik. Biasanya jurumekap profesional saja yang ada kebolehan sebegini.

Memetik BoredPanda, jurumekap dari Vancouver, Kanada, Mimi Choi, 31, telah meraih hampir 300 ribu pengikut di Instagram kerana hasil kerjanya mencipta solekan yang memberi ilusi optik yang sangat nyata.



Mimi sanggup meninggalkan profesionnya sebagai guru hanya untuk 'bereksperimen' dengan alat soleknya.

"Saya rasa kreativiti saya terbatas. Saya suka mengajar, tetapi saya tak rasa bahagia.

"Saya perlukan cabaran baru," katanya.

Pada awalnya, Mimi menggunakan gambar-gambar di Instagram sebagai rujukannya mengasah bakat menyolek selain mengikuti kelas di sekolah kecantikan Blanche Macdonald.

Wanita ini memang hebat! Dia boleh memanipulasi mekap sebagaimana pelukis menggunakan cat di atas kanvas untuk menghasilkan solekan artistik tiga dimensi. 




Foto: IG Mimi Choi

Hebat tu memang hebat. Tapi ada juga solekannya yang keihatan menggerunkan, pelik dan agak menggelikan. Setuju? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 44
Komen

Previous : Ramai Keliru! Rupanya Abang Sado Ini Dulu Seorang Perempuan, Biar Betul?

Next       : Saya Sudah Berkahwin Dan Ada Isteri - El Lye, Jejaka Yang Didakwa Wanita

Komen Terbaru

Quote arwenlotr 24-10-2017 08:59 AM
Steadyyy

Lain-lain Komen

Quote raradhia 14-8-2017 12:35 PM
iols mmg follow mimichoi ni, hehehe {:run
Quote Amina_Mirza 14-8-2017 12:42 PM
Amazingggggg
Quote fox. 14-8-2017 12:43 PM
kreatif tapi sangat scary dik. lemah semangat akak
Quote raradhia 14-8-2017 12:52 PM
fox.: kreatif tapi sangat scary dik. lemah semangat akak


sis dah tengok tak makeup dia yg bergerak2 tu? lg scary siss. .euww, mcm pembunuh bersiri
Quote Akakstory 14-8-2017 12:55 PM
Terrernyaaa! {:hooray
Quote abangadek 14-8-2017 01:01 PM
nak kemana makeup begini
Quote dewinter25 14-8-2017 01:14 PM
Meremang bulu roma badan ai....eeeeee
Quote EvieWanKenobi 14-8-2017 01:23 PM
cantiknya.. kreatif dia..
Quote qistiena 14-8-2017 01:48 PM
takutnya tengok...
Quote airmasak 14-8-2017 02:11 PM
Edited by airmasak at 14-8-2017 02:18 PM

ni kalau lalu laluan sunyi dgn cahaya lampu ala-ala hidup segan mati tak mahu, tetiba nampak lembaga bermata lapan terus pengsan di situ juga..

seram menengok tapi thumbs up utk creativity. Mau makan masa berjam2 nak buat nampak perfect mcm ni.
Edited: baru tengok di ig mimles. ambil masa 1.5 jam utk makeup matax8

Quote Minami2013 14-8-2017 02:15 PM
3D mekap... nmpak real...
Quote chinta89 14-8-2017 02:57 PM
mmg terbaik!!!!! berbakat sungguh dia ni.
Quote miemiecha 14-8-2017 04:57 PM
mek nk doodle kucing pun dh jd mcm anjing cacat.. sobs sobs
Quote Keledek.kepam 14-8-2017 08:28 PM
Waaa talented ! {:good cm best org pandai mekap ni
Quote nadsehun 14-8-2017 09:01 PM
Scary yach .... makeup mcm tu boleh la time halloween  
Quote NekNgah 14-8-2017 09:07 PM
Kagum dgn bakatnya
Quote NekNgah 14-8-2017 09:07 PM
Kagum dgn bakatnya
Quote NekNgah 14-8-2017 09:07 PM
Kagum dgn bakatnya
Quote NekNgah 14-8-2017 09:07 PM
Kagum dgn bakatnya

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.049542s Gzip On
    To Top