Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Haruan' Gila Seks, Dua Beradik Jadi Pemuas Nafsu Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara

13-8-2017 08:13 AM |Dilihat:2381| Komen: 42
Tak habis lagi dengan kes haruan makan anak. Kali ini Majistret Kota Samarahan dilaporkan membenarkan tahanan reman selama 7 hari terhadap empat sekeluarga yang sanggup merogol dua lagi ahli keluarga mereka sehingga mengandung.

Astro Awani melaporkan kesemua suspek ditangkap di kediaman keluarga tersebut di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu kelmarin selepas pihak polis mendapat tahu tentang aktiviti sumbang mahram tersebut.

Difahamkan kejadian terbongkar apabila salah seorang mangsa berusia 19 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan dan didapati dia mengandung di Hospital Serian.

Akhirnya soal siasat mendedahkan mangsa telah menjadi santapan seks bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun!

Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu adiknya yang berusia 14 tahun turut menjadi mangsa seksual itu sejak lima tahun lalu.

Pihak polis dari unit Siasatan Jenayah Serian telah memberkas kesemua suspek yang berumur antara 26 hingga 57 tahun di kediaman mereka, sekitar 3.30 petang kelmarin. 

Manakala kedua mangsa berusia 19 dan 14 tahun dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, manakala si kakak didapati mengandung 25 minggu. - CARI

'Haruan' Gila Seks, Dua Beradik Jadi Pemuas Nafsu Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-8-2017 12:20 PM
eh gilanya vavi2 nih sakit hati dibuatnya

Lain-lain Komen

Quote felinecat 13-8-2017 08:16 AM
kes terbaru pulak? kesiannye. haru betul
Quote timahhitam 13-8-2017 08:16 AM
polis2 duk iring tuh...patut bagi sorang satu sepakan pada sialan-sialan tuh
Quote MissMamamia75 13-8-2017 08:20 AM
Manusia sudah semakin ramai tg hilang akal fikiran dan hidup berlandaskan nafsu setan {:yameteh..

Darah daging pun korang sanggup ratah...mana pegi nilai2 kasih syg dan peri kemanusiaan????

Xblh ke semua perogol2 kejam ni dipotong je anunya biar kontot jer...huhu..stresss baca brita xbermoral ni almost setiap hari...
Quote redapple10 13-8-2017 09:00 AM
Mereputla ko dlm neraka jahanam
Quote syidasaleh 13-8-2017 09:17 AM
balik2 kes haruan kan.mmg patut seksa perlahan2 smpi mati je diorg ni.
Quote pumpkingirl 13-8-2017 09:21 AM
Kenapa aku rasa mcm byk je kes2 mcm ni cuma tak direport..
Quote kakiselit 13-8-2017 09:21 AM
Edited by kakiselit at 13-8-2017 09:22 AM

@spiderman80
tlg la do something dgn reporter CI nih. Tak reti2 nak search ka? Aku tau hang bole sbb potensi hang tlg hati2 yg rapuh sgt menyerlah
Quote Pink_Purple 13-8-2017 10:50 AM
timahhitam replied at 13-8-2017 08:16 AM
polis2 duk iring tuh...patut bagi sorang satu sepakan pada sialan-sialan tuh

saya pun terfikir mcm..

bagi flying kick sorang sekali kat kepala
Quote kakiselit 13-8-2017 10:53 AM
Pink_Purple replied at 13-8-2017 10:50 AM
saya pun terfikir mcm..

bagi flying kick sorang sekali kat kepala

hang nak polis tu kena lokap ka? Banduan pun ada hak
Quote Pink_Purple 13-8-2017 10:54 AM
kakiselit replied at 13-8-2017 10:53 AM
hang nak polis tu kena lokap ka? Banduan pun ada hak

sebab tu polis tu xbuat,

depa tau undang2..
Quote insulin 13-8-2017 10:57 AM
Makin banyak pula kes2 haruan makan anak sekarang ni....
Quote kakiselit 13-8-2017 10:57 AM
Pink_Purple replied at 13-8-2017 10:54 AM
sebab tu polis tu xbuat,

depa tau undang2..

tauuuuu. hang jah yg emo
Quote Pink_Purple 13-8-2017 11:15 AM

geram la sbb satu keluarga pi dok tala adik2 tu..

darah daging depa kut..


Quote Pink_Purple 13-8-2017 11:17 AM
insulin replied at 13-8-2017 10:57 AM
Makin banyak pula kes2 haruan makan anak sekarang ni....

kebebasan media yang tiada had dan sempadan,

nak akses apa2 di hujung jari..

nak cari pelacur, malu..pas2 diam2 hentam anak cucu..
Quote MyNameIsIris 13-8-2017 11:20 AM
Mesti kena gak balun dengan polis kat lokap ni.. selayaknya.. jangan samakan dengan binatang sebab binatang tu lebih mulia dari syaitan ni semua..
Quote Decaffeinated 13-8-2017 11:29 AM
thread lama dah 5 pages

TT ni lembam ka apa

https://mforum.cari.com.my/forum ... page%3D2&page=1

Quote shernazz 13-8-2017 11:54 AM
wartawan cari neh kenapa
mimpi dlm gua ke apa
choi lah..
Quote kucen_miang 13-8-2017 01:28 PM
ko baru keluar gua ka tt?
Quote raradhia 13-8-2017 01:39 PM
Pink_Purple replied at 13-8-2017 11:17 AM
kebebasan media yang tiada had dan sempadan,

nak akses apa2 di hujung jari..

tu laa, yg jd mangsa budak2 sbb lemah.  choiii sgt lahaii org tua kutuk ni

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.098518s Gzip On
To Top