Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Saksikan Kemuncak Fenomena Pancuran Meteor Perseid Pada 13 Ogos ini

11-8-2017 06:32 PM |Dilihat:2726| Komen: 50

sumber : internet

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan memaklumkan, rakyat Malaysia dapat melihat kemuncak fenomena pancuran meteor Perseid di ruang angkasa negara kira-kira 1 pagi Ahad ini (13 Ogos).

Memetik laporan Bernama, fenomena tersebut dijangka dapat dilihat secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam bagi kawasan yang bebas daripada pencemaran cahaya semasa kemuncak fenomena.

Namun pada jam 10.16 malam Jumaat kemunculan bulan waning gibbous ( waning gibbous moon) ketika kemuncak kemunculan meteor pada 13 Ogos akan menyebabkan kadar kenampakan fenomena tersebut berkurangan. 

"Bagaimanapun, jumlah meteor yang dapat dilihat bergantung kepada keadaan tempat dan cuaca." 

Angkasa memaklumkan, sekiranya kurang pasti kedudukan meteor Perseid itu dengan tepat, orang ramai boleh menggunakan applikasi telefon bimbit untuk menentukan arahnya. 

Dengan cara itu, orang ramai boleh menyaksikan  fenomena pancuran meteor Perseid  tanpa menggunakan teleskop.

Pancuran meteor Perseid berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet terbakar ketika memasuki atmosfera bumi.

Orang ramai dipelawa berkongsi imej fenomena berkenaan di laman Facebook rasmi Angkasa.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
6
Bosan
3
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote huehue 16-8-2017 12:44 AM
orgsepang replied at 12-8-2017 06:39 PM
Tanjung rhu. Dekat biro tatanegara. Situ malam memang gelap.

You ada tengok meteor shower kelmarin? I sudahnya tak pergi pun sebab hujan.

Lain-lain Komen

Quote hyie 11-8-2017 07:01 PM
wah bestnya...apa komen sis @tumpanglalu74 ?
Quote RatuDunia94 11-8-2017 07:08 PM
Byk lah nak kena wish..
Quote insulin 11-8-2017 07:10 PM
Boleh nampak ke di tengah Bandaraya KL yang serba terang sekarang ni pada waktu malam?
Quote CiliPadiSedap 11-8-2017 07:37 PM
Birahnya meteor, tembak merata
Quote mujer_in_espejo 11-8-2017 07:42 PM
Nih dlm wasap grup kaki hiking bertubi- tubi jemputan panjat bukit nk tgk meteor pagi2
{:hero
Quote Changa 11-8-2017 07:48 PM
Kalau akak kat kg.com sure nampak kalau langit clear. Di kg ada tika milky way pun boleh nampak dengan mata kasar
Quote nobito 11-8-2017 07:50 PM
Nak download apps apa nak tentukan arah meteor ni?
Quote nobito 11-8-2017 07:51 PM
Changa replied at 11-8-2017 07:48 PM
Kalau akak kat kg.com sure nampak kalau langit clear. Di kg ada tika milky way pun boleh nampak deng ...

Kampung akak pon sama sis....boleh nampak debu2 milky way
Quote putehkundor 11-8-2017 08:32 PM
Mak cik teringin jugak nak gi hiking, jangan hujan sudah
Quote dubuk 11-8-2017 09:59 PM
سبحان الله
Quote SalenaGomez 11-8-2017 10:03 PM
Pagi ahad sure org ramai kat bukit ampang ni{:hooray
Quote finesse 11-8-2017 10:04 PM
Jgn hujan.. nk pi tgk esok MLM!! Tp jauhnya la aku nak redah jambatan Penang nk ke pulau sana..
Quote NQIA 11-8-2017 10:39 PM
Agak agak kat jb nampak tak..
Quote tumpanglalu74 11-8-2017 10:48 PM
hyie replied at 11-8-2017 07:01 PM
wah bestnya...apa komen sis @tumpanglalu74 ?


Thanx for the heads up.  Haku kan coba mencerap dengan bijik mata asli kurniaan tohan ini..
Quote Amberlim21 11-8-2017 10:59 PM
betul ke ~?
Quote pittjie 11-8-2017 11:30 PM
Namun pada jam 10.16 malam Jumaat kemunculan bulan waning gibbous ( waning gibbous moon) ketika kemuncak kemunculan meteor pada 13 Ogos akan menyebabkan kadar kenampakan fenomena tersebut berkurangan.


iols tak faham dgn maksud ayat ni. ada sesiapa boleh bg pencerahan?
Quote Joannalee 12-8-2017 01:27 AM
Klu dkt Perak nak tgk kt mane?
Quote kelana36 12-8-2017 02:14 AM
pittjie replied at 11-8-2017 07:30 PM
Namun pada jam 10.16 malam Jumaat kemunculan bulan waning gibbous ( waning gibbous moon) ketika kemu ...

cahaya bulan terang malam tu, kalau total darkness baru best nampak jelas...
gibbous moon, bulan tak penuh tapi lebih dari separuh, cahaya masih terang lagi.

InshaAllah  i will be in the air masa tu...
Quote huehue 12-8-2017 06:42 AM
Chuolls any beach area dekat selangor should be okay kan nak tengok meteor shower? Bukanlah dekat tempat orang biasa mandi yang ada park, food court and such. Few kms away from that lah. Cukup gelap tak? \

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092391s Gzip On
To Top