Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Golongan Transgender Dilarang Sertai Pasukan Tentera- Donald Trump

11-8-2017 03:29 PM |Dilihat:638| Komen: 7

sumber : Berita Harian

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan bahawa golongan transgender tidak akan dibenarkan untuk berkhidmat dalam pasukan tentera negara itu.

Pengumuman Trump itu sekali gus melangkaui keputusan yang dibuat oleh Presiden terdahulu, Barack Obama yang membenarkan golongan tersebut menyertai angkatan tentera AS.

Memetik laporan AFP, Trump berkata, larangan itu memberi manfaat besar kepada tentera kerana isu membabitkan perkhidmatan golongan berkenaan sering mendatangkan kekeliruan serta kesukaran kepada pihak tentera.

"Saya amat menghormati golongan transgender ini. Saya menerima sokongan padu daripada komuniti ini. Saya memperoleh banyak undi (daripada mereka)."

"Bagaimanapun, isu membabitkan pasukan transgender mendatangkan masalah besar kepada pasukan keselamatan AS," katanya kepada wartawan di kelab bandaran di New Jersey.

Dalam beberapa kenyataan menerusi laman sosial Twitter, Trump berkata, selepas beliau mengadakan rundingan dengan jeneral dan pakar tentera, kerajaan AS tidak akan menerima golongan transgender dalam tentera.

Dalam tiga status menerusi Twitter, Trump mengumumkan untuk mengakhiri dasar dilaksanakan Obama yang membenarkan golongan transgender berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera.

Tahun lalu, pentadbiran Obama menarik sekatan ke atas golongan transgender dan memberi masa selama setahun kepada Pentagon menilai bagaimana untuk memastikan golongan itu boleh menyertai tentera.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote wajevo 13-8-2017 12:45 AM
Trump kawan  jibi.
Loleta leech kawan madey.

Lain-lain Komen

Quote mokcikKSKB 11-8-2017 04:02 PM
Sat lg gol ni sibuk menyundal dlm kem bukannya berperang{:yameteh
Quote batmana 11-8-2017 04:14 PM
pening tukang jahit

nk jait baju tentera askar pmpn ke askar laki
Quote izzat1987 12-8-2017 06:24 AM
Bagus donald go go. Asyik nak perjuang hak bangang abadi diaorang je. Lingkup masyarakat
Quote wajevo 12-8-2017 06:52 AM
Ingatkan kat malaysia.
Quote dani-rox 12-8-2017 11:09 PM
masa trump halang kemasukan org2 beragama islam dan rakyat negara2 arab ke us, ramai ummah msia marah dan bangkang. Bila trump tindas hak lgbt, sokong balik siap dgn segala puji2an. Tak pening ke

Toksah galak sgt la korang. Pakcik muka orange nih ditaja oleh KKK, semestinya dia nak masukkan sedikit sebanyak dasar yg didokong oleh best friends nya.
Quote Decaffeinated 13-8-2017 12:05 AM
dani-rox replied at 12-8-2017 11:09 PM
masa trump halang kemasukan org2 beragama islam dan rakyat negara2 arab ke us, ramai ummah msia mara ...

ummah pribumi ibu pertiwilah la yang paling serba salah nak sokong tak nak sokong Trump ni....



Quote wajevo 13-8-2017 12:45 AM
Trump kawan  jibi.
Loleta leech kawan madey.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088139s Gzip On
To Top