Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tayar Lori Tercabut Ragut Nyawa Suami Isteri

11-8-2017 10:40 AM |Dilihat:1212| Komen: 21

sumber : Berita Harian

Sepasang suami isteri menemui ajal apabila motosikal yang ditunggang mereka tidak sempat mengelak dua biji tayar yang tercabut dari sebuah lori pasir.

Kejadian itu berlaku semasa lori muatan pasir terbabit dalam perjalanan dari arah Batu Kikir menghala ke Kuala Pilah pada kira-kira 10.55 pagi.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

sumber : Berita Harian

Menurut DSP Syahrul Anuar, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Azizan Sahari, 43, dan Norbaiti Awang, 44, ketika itu dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh ke rumah di Taman Putra, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar belakang  sebelah kanan lori itu telah tercabut dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya terpelanting ke arah kereta pasangan suami itu."

"Polis sudah mengambil kenyataan pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987." 

Tambahnya, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.- CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote maisakurada 16-8-2017 07:40 PM
takziah.....

Lain-lain Komen

Quote cutieslilies 11-8-2017 10:43 AM
Berita punn.. ni kereta ka motor???
Quote zameyla 11-8-2017 10:45 AM
kereta ka motor???

Innalillah... ajal maut di tangan Allah...
Quote dinoloveshasha 11-8-2017 10:46 AM
cutieslilies replied at 11-8-2017 10:43 AM
Berita punn.. ni kereta ka motor???

aku rasa nak kutuk wartawan cari bleh tak? tulis sambil tido ke apa? sah2 motor...
btw takziah........... klau bwk moto sila jauh rapat ngan lori... tp kes ni dr laluan bertentangan...
Quote singlemum_4 11-8-2017 10:46 AM
baru nak type benda yang sama kereta ke motor tapi rasanya dari gambar tu motorlah ye
Quote PongKang 11-8-2017 10:46 AM
siannya.. al fatihah
Quote raradhia 11-8-2017 10:47 AM
al fatihah, kalau dah ajal
Quote insulin 11-8-2017 10:50 AM
Takziah kepada ahli keluarga mangsa...
Quote Skuau 11-8-2017 10:52 AM
Logik akal kata 'kecuaian' pemandu/pemilik lori....yg pastinya...takdir mengatasi segalanya....
Quote prettyuglybabe 11-8-2017 10:53 AM
kasihannya.. tak pasal-pasal je
Quote fifie_olin 11-8-2017 10:56 AM
dh pic moto...moto la kekdahnya...
klu keta xkn arwah bole tekeluar sebegitu
Quote ms.mango 11-8-2017 11:15 AM
Al fatihah...
Quote chauky314 11-8-2017 11:25 AM
innalilah... bahaya betul lalu tepi lori cam gini
Quote RatuDunia94 11-8-2017 11:33 AM
Kalo lalu swbelah lori mmg seram..
Quote jue10 11-8-2017 12:14 PM
Jap moto jap Keta. Aiyoo.. bwk moto kena jauh dr lori. Innalillahiwainnalillahirajiun..?
Quote putehkundor 11-8-2017 12:16 PM
Kesian Kat anak anak dah jadi yatim piatu, mesti kecik kecik lagi...sedihnya
Quote vanillaninja 11-8-2017 12:26 PM
Innalillah. Malang tak berbau.
Quote Pink_Purple 11-8-2017 12:43 PM
salah orang lain, orang lain yg terima akibatnya
Quote NekNgah 11-8-2017 01:26 PM
Dengar berita pagi tadi, motorsikal.  

Dalam perjalanan balik dari klinik.
Quote -electrifying- 11-8-2017 03:13 PM
kereta mende nya dey, salah c/p ka

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080274s Gzip On
To Top