Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Shaheizy Sam Muflis, Apa Dah Jadi Ni?

11-8-2017 09:45 AM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 24621| Komen: 344

Eh, seriuslah Shaheizy Sam muflis? Apa dah jadi sebenarnya ni?


Foto: IG Sam

"Ejen cukai saya naik turun pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapat tahu perkara sebenar. 

"Jadi, saya kena tunggu penjelasan mereka sebelum mengulas lanjut," kata Sam kepada Berita Harian.

Ha, itulah jawapan Sam apabila ditanya mengenai kontroversi gambar iklan notis muflis menerusi sebuah akhbar yang dipercayai membabitkan dirinya menjadi tular.



Laju saja orang ramai membuat pelbagai spekulasi berhubung kedudukan kewangan Sam sebaik sahaja iklan notis berkenaan tular. Yalah, artis yang muflis, kan. Mesti semua orang sibuk nak tahu macam mana perkara itu boleh berlaku.

Sam, bagaimanapun menegaskan dia tidak menerima sebarang notis daripada LHDN berhubung perkara itu.


"Saya sedang menunggu penjelasan LHDN kerana tiada notis dikeluarkan selama ini.


"Malah, kira-kira dua atau tiga minggu lalu, ada wakil daripada LHDN datang ke rumah untuk berjumpa. Namun, mereka tidak pula memaklumkan perkara ini kepada saya," katanya.


Foto: BH Online

Hm, mungkin nama saja yang sama dan kalau benar Sam orang yang dimaksudkan notis berkenaan, diharap dia dapat menyelesaikannya dengan segera. Apapun, kita tunggu penjelasan daripada LHDN okey? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
2
Komen: 343
Komen

Previous : Fikry Ibrahim Dituduh Kepala Angin Dan Mengada-Ngada, Betul Ke?

Next       : "Saya Masih Berlakon, Sayang" - Sharifah Amani

Komen Terbaru

Quote royaldanish 14-10-2017 09:24 AM
minahsanggul replied at 17-8-2017 11:01 PM
Betul jgn main2 ngn LHDN skrg nie...mil yang ada  kedai santan di kampung pun LHDN buat rondaan cari ...

betul tu... aritu aku breakfast kat kedai biasa je... tejekut jugak tgk sekumpulan lhdn nih (pakai vest) ada yang kenal la sebab selalu berurusan bayar tax.. dieorg dari kedai k kedai tak tau la cek apa yg menumpang stall dalam kedai makan pun kena tax skrg..

Lain-lain Komen

Quote shailyvelera 9-8-2017 02:56 PM
sotkabar bila plak ni??
Quote enchikfitz 9-8-2017 02:57 PM
Bangktap since may? Interesting
Quote barto 9-8-2017 02:57 PM
Tarikh 26 mei 2017
Quote beruangmuda 9-8-2017 02:57 PM
cane boleh bankrupt? igtkan samdol kaya raya?
Quote asudau 9-8-2017 02:57 PM
x bayar income tax ke?
Quote minguk 9-8-2017 02:57 PM
serius lah?
Quote mieymiey 9-8-2017 02:58 PM
Dah kenapa pula dia bankrap?
Quote vanillaninja 9-8-2017 02:59 PM
LHDN? Tak bayar hutang income tax lettew.
Quote mesmerize 9-8-2017 02:59 PM
OMG papa syeriv what's happening?
Quote melnanzz 9-8-2017 02:59 PM
Sam bankrap? Pesal... gaji polis evo 2 tak cukup tinggi kah
Quote ahlisihircute 9-8-2017 03:00 PM

cam x bayar income tax jer nie....
iklan tu pon LHDN yg kuarkan.....
Quote mienina 9-8-2017 03:00 PM
Nama dah sejibik sejibon... Tp taktaulah klu ade org lain yg sama nama jugak...
Quote sukacactus 9-8-2017 03:00 PM
Baru ke ni?
Notis tu bulan mei ke bulan mei aritu dah dapat notis tp buat derk sampai notis ke suratkhabar plak?
Quote shailyvelera 9-8-2017 03:01 PM
tulaaaa kan....ingatkan kaya bebenooo...sekali bankrup la..... tilla please jangan berpaling tadah....
Quote mommymonster82 9-8-2017 03:02 PM
Kes cukai jugak...
Quote BebeQ 9-8-2017 03:03 PM
Kita tunggu la penjelasan Melodi ahad nanti
Quote edoraixora 9-8-2017 03:03 PM
Jangan main2 dgn lhdn, kalo dieorg bagi surat, sila respon
Jgn buat x reti jer
Quote whyas 9-8-2017 03:04 PM
kakak tak tulun ke?
Quote raradhia 9-8-2017 03:05 PM
laaa, pulak dah??

Lihat semua komen(344)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.068938s Gzip On
To Top