Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ibu Tunggal Bertemu Jodoh Dengan Kawan Anaknya

10-8-2017 12:06 PM |Dilihat:4334| Komen: 61

sumber : Harian Metro

Kisah perkahwinan seorang ibu tunggal dengan rakan anaknya telah menarik perhatian ramai. 

Berita Harian melaporkan, pertemuan Junaidah Jamaludin, 47 bersama suaminya Ibrohim Kadir yang baru berusia 27 tahun adalah hasil usaha anak perempuan Junaidah yang kasihan melihat ibunya sering berseorangan di rumah. 

Jesteru, anaknya sering mengajak Junaidah keluar ketika berjumpa dengan rakan-rakan termasuk Ibrohim.

Menurut Junaidah, pada awalnya tidak timbul sebarang perasaan dan dia hanya menganggap semua rakan anaknya seperti sahabat. Tambahnya lagi, semua rakan anaknya memanggilnya dengan panggilan 'Cik Jun'.

"Perasaan dan cinta berputik apabila anak saya sering meminta bantuan Ibrohim dalam banyak perkara termasuk mengajar saya membawa kereta dan sebagainya."

"Berbanding rakan-rakannya, Ibrohim tidak pernah sesekali menolak permintaan anak saya untuk membantu saya. Dia memang sangat baik hati."

Jelas Junaidah, kesungguhan dan kematangan Ibrohim serta bijak menawan hati, akhirnya mereka mengambil keputusan berkahwin selepas berkenalan sejak 2012.  

Sedar usia mereka yang terlalu jauh, namun Junaidah yakin kematangan suaminya menutup segala kekurangan termasuk bijak melayan beliau seolah-olah sama seperti usianya.

Beliau turut bersyukur apabila keempat-empat anaknya sangat memahami dan yakin Ibrohim mampu menjaga ibu mereka.

Sementara itu, Junaidah reda dengan ketentuan Allah dan berfikiran positif berhubung perihal cahaya mata.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 61
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sayabudakkeyeel 16-8-2017 08:12 PM
kawan aku punya mak pun pernah kena ngorat dgn laki yg umur sebaya dgn anak dia

Lain-lain Komen

Quote putehkundor 10-8-2017 12:10 PM
Muka nak sama, macam anak dengan mak
Quote Deidra 10-8-2017 12:13 PM
Errrrrr........
ntahlah labu. apa-apa jerla. janji kamurang bahgia
Quote raradhia 10-8-2017 12:14 PM
gambar tu salah laa, yg tu bdk umur 18 tahun lelaki org sabah berkahwin dgn acik janda beranak 5 umur 42 tahun. .lelaki tu nama sufie

http://terbakor.com/2016/08/27/remaja-18-tahun-kahwin-ibu-tunggal-42-tahun-beranak-5-sudah-suka-sama-suka/
Quote harrypoter 10-8-2017 12:15 PM
syukur alhamdulillah
Quote cheergirlz 10-8-2017 12:18 PM
Alhamdulillah....semoga berbahagia...
Quote intanpurnama 10-8-2017 12:20 PM
Tahniah semoga berbahagia
Quote intanpurnama 10-8-2017 12:20 PM
Tahniah semoga berbahagia
Quote takayama 10-8-2017 12:34 PM
cam pernah tgk gambar tu
ke gambar tu xde kena mengena dgn cerita
apa pun semoga berbahagia cik jun dan ibrohim
Quote putehkundor 10-8-2017 12:35 PM
Janda ni umur kalau 50 pun masih laku khens...Tak macam andartu...kalau dah masuk 45 macam dah mustahil utk bertemu jodoh khuens
Quote CiliPadiSedap 10-8-2017 12:39 PM
putehkundor: Janda ni umur kalau 50 pun masih laku khens...Tak macam andartu...kalau dah masuk 45 macam dah mustahil utk bertemu jodoh khuens

Market janda ni luas dik xtepu, market andartu ni makin lama makin shrinking.. pening akak bila AGM tahunan ramai andartu ngadu masalah mereka..
Quote green~tea 10-8-2017 12:44 PM
Janda pandai psang badan.. milf
Quote spiderman80 10-8-2017 12:45 PM
Still a better love story than Twilight
Quote finesse 10-8-2017 12:45 PM
CiliPadiSedap replied at 10-8-2017 12:39 PM
Market janda ni luas dik xtepu, market andartu ni makin lama makin shrinking.. pening akak bila AG ...

Knp agaknya cik cili.. sedangkan andartu ni masih berdarah. ;0
Quote aHoi83 10-8-2017 12:51 PM
Janda dgn confident menganggap kawan2 anak sbg sahabat. Kalo i, kawan2 anak i , i anggap mcm anak i jua. So tak timbulla nk bercinta
Quote Odyman 10-8-2017 01:00 PM
aHoi83 replied at 10-8-2017 12:51 PM
Janda dgn confident menganggap kawan2 anak sbg sahabat. Kalo i, kawan2 anak i , i anggap mcm anak i  ...

Sebab hang ada laki...cuba kalau hang tak dak laki.
Quote helicornia 10-8-2017 01:06 PM
zaman tok adam punya berita ni..apa la wartawan cari ni
Quote fishcracker 10-8-2017 01:09 PM
till jannah hendaknya
Quote CiliPadiSedap 10-8-2017 02:03 PM
finesse replied at 10-8-2017 12:45 PM
Knp agaknya cik cili.. sedangkan andartu ni masih berdarah. ;0

  barrier market capitalism.

janda lebih open minded dan faham rencah rumah tangga berbanding andartu.andartu expect world class marry dan mungkin sebahagian traumatize dengan kisah cinta lalu. sedangkan pernikahan itu journey not destination.. adatlah nikah gaduh bahagia masam senyum.. give and take concept..

trend ini makin lama makin menaik since andartu can survive without marriage relationship. di bandar2 tokyo, okinawa, shindiwa 68% perempuan adalah andartu. kat malaysia akak tiada statistic lagi sebab bancian kami buat  semua tak nak buka pintu rumah sebab fikir kami scammer repair tong gas.
Quote CiliPadiSedap 10-8-2017 02:05 PM
indeks bursa new york station meningkat 43 mata.. saham janda akan ditutup tepat jam 5 petang..

janda punya saham sentiasa naik di mata kaum adam cerai sekali bukan bermaksud tiada jodoh.. sentiasa berfikiran positif

Lihat semua komen(61)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086989s Gzip On
To Top