Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Baru Beberapa Bulan, Rumah Tangga Hafiz Dan Joy Dah Bergolak?

10-8-2017 10:21 AM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 5115| Komen: 9

Bagai retak menanti belah, sampai begitu sekali spekulasi yang dibuat mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga antara Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa.

Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi , bahkan tiada lagi gambar berdua di laman Instagram masing-masing.

Hafiz juga tidak lagi menghadiri sebarang majlis bersama isterinya itu.

Foto: Berita Harian
Khabar angin mengatakan hubungan mereka renggang dikuatkan lagi bila Joy memuat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu.

Liriknya berbunyi, "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."

Video tersebut disertakan dengan kapsyen, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..'

Walau bagaimanapun, penyanyi nasyid itu meminta peminat di luar sana supaya tidak membuat andaian bukan-bukan .

"Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian. 

"Kalau nak nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya kepada Harian Metro.

Hafiz dan Joy berkahwin pada 1 Mei lalu.

Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua? Kita nantikan sahaja penjelasan rasmi nanti. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
3
Terkejut
16
Sedih
12
Lawak
14
Bosan
6
Komen: 9
Komen

Previous : Kenapa Nak Sangat Jadi Macam Fattah Amin Tu, Dik?

Next       : Lara Alana Dah Besar! Netizen Kata Muka Wanita Ini Sama Macam Dia

Komen Terbaru

Quote alinone78 17-8-2017 11:40 PM
saja nak tengok ilang tak komen aku

Lain-lain Komen

Quote MakcikXS 15-8-2017 08:19 PM
Eh komen semua dah hilang??
Quote yayah8989 15-8-2017 10:47 PM
MakcikXS: Eh komen semua dah hilang??
apa sambungan cerita. macam tergntung je kat umah sebelah
Quote Eye3636 15-8-2017 11:52 PM
Mana komen semua{:laugh
Quote Eye3636 15-8-2017 11:52 PM
Mana komen semua{:laugh
Quote maisakurada 16-8-2017 06:50 PM
takziah la unk dua2
Quote jerukkedondong 16-8-2017 08:37 PM
Habis semua komen masuk kubur..
Dasat sungguh daulat si repah...lol{:laugh
Quote SleepingChica 17-8-2017 12:47 PM
{:yameteh mana pegi smua komen
Quote alinone78 17-8-2017 11:40 PM
geng HH yang koje pejabat agama bagitau kot
Quote alinone78 17-8-2017 11:40 PM
saja nak tengok ilang tak komen aku

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052641s Gzip On
To Top