Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

9 Cara Paling Mudah Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Bersisik

9-8-2017 02:57 PM|Oleh : Hafiz BZ | Dilihat: 1349| Komen: 25



Kredit foto - Oilum


Masalah kulit kering seringkali menimbulkan kebimbangan kerana kesannya akan menjejaskan kecantikan dan membuatkan keyakinan diri seseorang mula hilang.

Kesan buruknya kepada fizikal adalah munculnya jerawat pada wajah, kulit akan tampak kusam, mudah kedut, bersisik termasuk timbulnya bintik hitam yang diawali rasa gatal dan macam-macam lagi.




Banyak punca yang menyebabkan kulit kering dan bersisik antaranya disebabkan oleh faktor pemakanan dan juga keadaan cuaca yang tidak sihat. Bagaimanapun usah risau, atasi masalah kulit kering dan cepat berkedut dengan cara ini :

1. Lebihkan makan ikan
Menurut laman web WebMD, kena banyak makan ikan. Lebih-lebih lagi ikan salmon kerana kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang membantu keanjalan kulit sekali gus mengelakkan kedutan pada kulit.

2. Amalkan soya
Elok diambil melalui pemakanan ataupun produk penjagaan diri kerana ia merawat kulit yang rosak akibat sinaran matahari terik.

3. Tukar kopi atau teh kepada koko
Mengandungi antioksidan, koko membantu pengaliran darah dalam badan dan mengatasi masalah kurang air sekali gus menjadikan kulit sentiasa lembap.

4. Elak tarik kulit secara paksaan
Misalnya mengecilkan mata apabila memandang objek jauh. Tanpa kita sedar, kulit di tepi dan bawah mata ditarik dengan paksa dan apabila kerap dilakukan, terjadinya kedutan. Jika anda mengalami masalah mata, jumpa doktor atau dapatkan kaca mata.

5. Guna produk penjagaan mengandungi AHA dan Vitamin C
Asid semula jadi ini membuang sel-sel mati pada lapisan luar kulit, mengurangkan garis halus dan kedutan kulit terutamanya di bahagian bawah mata manakala vitamin C melindungi kulit daripada sinaran UVA serta UVB.

6. Guna pencuci muka daripada gel/krim
Biasanya pencuci muka jenis ini mengandungi agen pelembap yang apabila digunakan, melembapkan kulit dan mengelakkan kehilangan minyak semula jadi pada kulit.

7. Elak jemur bawah matahari terik
Sinaran matahari memang elok untuk kulit namun elak menerimanya berlebihan kerana ia boleh merosakkan kulit dan menghasilkan garisan-garisan halus yang boleh menyebabkan kedutan.

8. Sentiasa guna pelembap
Kulit mudah kering tambah lagi jika anda sentiasa on the go. Oleh itu, digalakkan menyapu produk mengandungi agen pelembap dengan kerap agar kulit sentiasa lembap.

9. Minum air kosong
Sumber terbaik agen pelembap kulit. Amalkan minum air dengan banyak dalam satu hari.

Tak susah pun kan! Selamat mencuba semoga tiada lagi masalah kulit kering yang dideritai selama ini. - CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Previous : DIY Masker Wajah Untuk Si Darah Manis, Tak Jemu Punyalah Suami Pandang Nanti

Next       : Kenapa Ibu Selalu Pesan Kemas Pinggan Mangkuk Sebelum Tidur Malam? Ini Penjelasannya

Komen Terbaru

Quote Orix 19-8-2017 11:24 PM
Iols dlu kulit kering gila... smpai kulit kepala pn kering n cepat rengsa... cakapla apa losyen iols tak try... nivea, safi, jj, palmers, bio oil, rosken, st ives, etc semua tak jalan... smpai lah iols try minum Aurawhite hujung tahun lepas... dalam 3 mggu cmtu iols notis yg kulit iols dh tak kering mcm dlu... selalu agak bersisik bahagian bahu n belakang badan... kalo tahu dari dlu iols consume jah Aurawhite tu drpd membazir beli losyen byak2 ada yg rasa berlemuih bila pakai... tp iols consume aurawhite tu skrg bila rse nk minum je... dh x minum 2x sehari cm dlu... mahal ok nk maintain

Lain-lain Komen

Quote Jorja 9-8-2017 03:14 PM
Vaseline bagus utk kulit kering sisik ni.
Quote chinta89 9-8-2017 04:03 PM
Jorja replied at 9-8-2017 03:14 PM
Vaseline bagus utk kulit kering sisik ni.

yeke uols? vaseline ok ye?
iols ni dari johnson, nivea n ntah ape2 produk lagi dari drugstore, x jadi2 jugak.

iols minum air 2.5 liter sehari, x kena panas, tp kulit kering jgk

Quote uori 9-8-2017 04:59 PM
chinta89 replied at 9-8-2017 04:03 PM
yeke uols? vaseline ok ye?
iols ni dari johnson, nivea n ntah ape2 produk lagi dari drugstore, x  ...

sama lah macam aku
bila kering, senang naik eczema
latest aku guna rosken dry skin cream tu
itulahhhhhhhhh yang paling berkesan

Quote epis 9-8-2017 05:33 PM
Saya kat bibir.. cepat kering pastu hitam, ramai yg igt sy merokok, huhu.. sapu vaseline pon bermyk lak, bersinar2..
Quote imransulaiman 9-8-2017 07:33 PM
chinta89: yeke uols? vaseline ok ye?iols ni dari johnson, nivea n ntah ape2 produk lagi dari drugstore, x jadi2 jugak.iols minum air 2.5 liter sehari, x kena pa ...


Berat awak 62.5kg ke?
Quote aleesyasofia 9-8-2017 08:54 PM
chinta89 replied at 9-8-2017 04:03 PM
yeke uols? vaseline ok ye?
iols ni dari johnson, nivea n ntah ape2 produk lagi dari drugstore, x  ...

iols pkai yg aloe vera tue.. Alhamdulillah ok..
Quote ipes2 10-8-2017 06:01 AM
chinta89 replied at 9-8-2017 04:03 PM
yeke uols? vaseline ok ye?
iols ni dari johnson, nivea n ntah ape2 produk lagi dari drugstore, x  ...

factor genetic jugak tu chinta
tapi ada je moisturiser yg sesuai, yg boleh kurangkan dryness
hati hati jugak memilih sebab pakai kat face..jika ada side effects, terus kat face yg kena
Quote chinta89 14-8-2017 08:28 AM
uori replied at 9-8-2017 04:59 PM
sama lah macam aku
bila kering, senang naik eczema
latest aku guna rosken dry skin cream tu

ha'a kan iols kena eczema bila kulit terlampau keringgggg

rosken ok ek u guna?

Quote chinta89 14-8-2017 08:30 AM
aleesyasofia replied at 9-8-2017 08:54 PM
iols pkai yg aloe vera tue.. Alhamdulillah ok..

iols terus ke watson. pegi beli Vaseline Aloe Soothe.

mmg best! sb x melekit2 kat kulit. hari2 pakai mmg selesa je pakai.

harap2 sesuai ngn kulit iols.. maklumlah air cond opis sejuk sgt mmg kulit makin menjadi2 kering.
Quote chinta89 14-8-2017 08:31 AM
ipes2 replied at 10-8-2017 06:01 AM
factor genetic jugak tu chinta
tapi ada je moisturiser yg sesuai, yg boleh kurangkan dryness
hat ...

doc ade cadangan tak nk guna losyen ape utk kulit kering. sy bru cuba vaseline aloe vera. hehehehe harap2 ok lah.
Quote chinta89 14-8-2017 08:33 AM

erk.. iols x seberat tu lah!

50 pun tak sampai.

BMI ok2. kenapa ngn 62.5 kg? siap ade point2 lagi kat belakang??
Quote uori 14-8-2017 09:09 AM
chinta89 replied at 14-8-2017 08:28 AM
ha'a kan iols kena eczema bila kulit terlampau keringgggg

rosken ok ek u guna?

elok sesangat. dry to extra dry.
dahlah ekon betul2 atas kepala, kulit cepat kering.
dari dok guna losyen dengan wangian bagai, guna ni senang.
memang skin repair specialist.
tak payah tunggu lama, kesan cepat nampak
better dari bio oil


Quote chinta89 14-8-2017 11:18 AM
uori replied at 14-8-2017 09:09 AM
elok sesangat. dry to extra dry.
dahlah ekon betul2 atas kepala, kulit cepat kering.
dari dok gu ...

mcmne rupanya tu. kan iols google kua yg jenis lain plk.
Quote Aquarius9283 14-8-2017 12:13 PM
Thanks info.sy pkai baby oil je
Quote uori 14-8-2017 01:17 PM
chinta89 replied at 14-8-2017 11:18 AM
mcmne rupanya tu. kan iols google kua yg jenis lain plk.

rosken skin repair
dry skin cream
daily moisturiser for dry to extra dry skin

bekas tiub biru
tak tau nak tepek gambar  
Quote chinta89 14-8-2017 02:32 PM
uori replied at 14-8-2017 01:17 PM
rosken skin repair
dry skin cream
daily moisturiser for dry to extra dry skin

xpe iols tlg tampalkan lah gambar tu hehehe
rosken.jpg





Quote uori 14-8-2017 02:39 PM
chinta89 replied at 14-8-2017 02:32 PM
xpe iols tlg tampalkan lah gambar tu hehehe

hehehehe
thanks!
krim ni lah yang ai guna sekarang.
tak sangka pulak elok
aritu sesaja beli sebab watsons buat sales
dapat RM9 je.
harga asal dalam RM15-16 kot
yang dalam bekas tiub tu
biji2 dan tempat mengelupas terus hilang dalam dua hari!
kagum sungguh.
so, sekarang letak kat opis satu, kat umah satu.
trylah tengok
ai ni dah macam duta rosken gituuuu
Quote chinta89 14-8-2017 03:40 PM
uori replied at 14-8-2017 02:39 PM
hehehehe
thanks!
krim ni lah yang ai guna sekarang.

iols akan beli nt. skg ni baru je beli vaseline aloe vera. tq u bg testimoni.
Quote imransulaiman 14-8-2017 05:29 PM
chinta89 replied at 14-8-2017 08:33 AM
erk.. iols x seberat tu lah!

50 pun tak sampai.

Setiap 25kg berat kita, kita perlu minum 1L air sehari...hehe!

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.056179s Gzip On
    To Top