Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tanda-Tanda Badan Terlalu Berasid Dan Cara Mengatasinya

9-8-2017 11:44 AM|Oleh : Hafiz BZ | Dilihat: 2086| Komen: 6



Tahukah anda badan kita boleh berasid dan apa akibat buruknya jika ia berlaku? 

Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan badan kita berasid, antaranya jika kita kurang bersenam, kurang tidur, merokok, minum alkohol, mengambil ubat-ubatan dalam tempuh yang panjang, tekanan perasaan dan mengamalkan pemakanan yang tak seimbang. 

 
Natural Supplement For Natural Beauty

Memetik biovco.com, tubuh manusia boleh mengawal keseimbangan paras pH secara berkesan. Walau bagaimanapun, jika ia berada dalam keadaan terlalu berasid, fungsi ini akan terhalang.

Dalam usaha untuk menjadi sihat, tahap pH badan perlu berada pada 7.35 - 7.45. Jika melebihi tahap ini, ia boleh dianggap tinggi dimana ia boleh mengganggu sistem penghadaman. Jumlah maksimum tahap pH yang dibenarkan adalah 7.36. Oleh itu, ia perlu dikawal untuk mengekalkan kesihatan anda.
 
Berikut adalah masalah yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pH :


 
1. Radang gusi atau gusi sensitif
2. Imuniti yang lemah
3. Masalah jantung, aritmia, tachycardia
4. Jangkitan yis
5. Kekurangan tenaga dan keletihan yang kronik
6. Masalah pernafasan, sesak nafas, batuk
7. Masalah kardiovaskular, seperti penyempitan saluran darah dan berkurangnya bekalan oksigen
8. Penuaan pra-matang
9. Penambahan berat badan, obesiti dan kencing manis
10. Jangkitan pundi kencing dan buah pinggang
11. Alahan, jerawat
12. Peningkatan radikal bebas
13. Sciatica, sakit pinggang, sakit leher
14. Loya, muntah-muntah, cirit-birit
15. Osteoporosis, tulang rapuh lemah, patah tulang pinggul, dan tulang taji
16. Sakit kepala, kekeliruan, mengantuk
17. Sakit sendi, sakit otot dan pengumpulan asid laktik

 
Oleh itu, untuk mengalkalikan badan anda dengan berkesan, anda perlu melakukan perkara berikut:
 
- Sering mengawal tahap pH
- Mengelakkan makanan berasid
- Minum banyak air beralkali
- Mengelakkan soda, kopi dan gula
- Tidak mengambil makanan yang diproses
- Sering mengambil salad hijau, seperti Collard hijau dan daun salad
- Minum minuman hijau, kopi herba, teh herba, badam dan susu kelapa dan smoothies

Kredit foto - pinterest.com

 
Kesimpulannya, amat penting untuk menyedari kesan keasidan kepada kesihatan anda. Sama-samalah kita menjaga kesihatan badan sebaiknya untuk menghindarkan diri dari sebarang penyakit. - CARI
 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Asyik Sakit Kepala, Sakit-Sakit Badan? Ini Tips Mujarab Tanpa Guna Sebiji Pain Killer Pun!

Next       : Gugur Berkali-kali Sebanyak 6 Kali, Rupanya Virus Salah Satu Penyebab Tak Lekat...

Komen Terbaru

Quote KulitKayuManis 15-8-2017 10:32 PM
thanks for the info! iols dah la jenis susah nak keluar peluh..kena eksesais dalam bilik takyah bukak kipas takyah bukak ekon baru nak peluh kot

Lain-lain Komen

Quote rocksteady 9-8-2017 03:26 PM
buat bekam lah.tu sebabnya jadi sunnah nabi
Quote Jorja 9-8-2017 05:06 PM
Ruginya lah orang yg malas bersenam.. nanti masuk 50s baru menyesal semaunya
Quote CiliPadiSedap 14-8-2017 12:47 AM
Seram pula tgk chart tu. Selama ni fikir kfc alakaline..
Quote Aquarius9283 14-8-2017 12:15 PM
Detox dulu
Quote rainbow259 15-8-2017 09:37 PM
rupanya penting jaga thp pH
Quote KulitKayuManis 15-8-2017 10:32 PM
thanks for the info! iols dah la jenis susah nak keluar peluh..kena eksesais dalam bilik takyah bukak kipas takyah bukak ekon baru nak peluh kot

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043901s Gzip On
    To Top