Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

DIY Masker Wajah Untuk Si Darah Manis, Tak Jemu Punyalah Suami Pandang Nanti

7-8-2017 06:18 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1869| Komen: 21

Kalau tanya bakal-bakal pengantin di luar sana apa yang paling diimpikan semasa majlis perkahwinan nanti, mestilah jawapannya nak kelihatan cantik dan berseri-seri. 

Malunya kalau tetamu yang hadir nanti mengatakan wajah pengantin kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jangan risaulah, ada petua yang berkesan khas untuk si darah manis.

Nak tahu apa? Boleh amalkan tips yang dikongsikan oleh Facebook BellaCare Beauty ini.

Sediakan 4 bahan asas iaitu:
Daun pudina 
Yogurt asli
Clay Mask
Kopi yang dah dihancurkan, ditambah dengan gula perang dan shea butter dan digaul sebati


Langkah-langkah

1. Lurutkan daun pudina dari batangnya

2. Tumbuk hancur daun pudina sehingga keluar airnya 

3. Campurkan bahan campuran kopi tadi ke dalam lesung batu dan gaulkan sebati sehingga naik bau

4. Masukkan pula clay mask sebanyak 3 atau 5 sudu kecil dan gaulkan sehingga sebati

5. Letakkan yogurt, gaul sebati dan siap!

6. Sapu rata di muka dan amalkan 3 kali seminggu. Pastikan kulit muka bersih dulu baru boleh pakai masker ini

Hasilnya, nah tengok sahaja sendiri. Berseri-seri tak?


Bukan bakal pengantin sahaja, wanita yang sudah berkahwin pun boleh amalkan. Mesti tak jemu suami pandang punyalah! Selamat mencuba dan selamat berjaya! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
7
Komen: 21
Komen

Previous : Hanya 4 Bulan Hilangkan Jerawat Batu, Amalan Gadis Ini Bukan Lagi Rahsia

Next       : 9 Cara Paling Mudah Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Bersisik

Komen Terbaru

Quote maisakurada 16-8-2017 04:10 PM
nk membuat tu malas...sbb tu aku x lawa2

Lain-lain Komen

Quote syidasaleh 7-8-2017 06:25 PM
mana nak cari shea butter?
Quote pearl.silver 7-8-2017 07:43 PM
Gambo yg kononnya berseri tu nampak mekap je
Quote helicornia 7-8-2017 10:51 PM
daun pudina tu tambah dlm teh panas hoii sedapnya{:good
Quote matchstick 7-8-2017 11:49 PM
Soalan 'berseri seri tak?'
Jwpn aku x tanggal mekap mana aku nk tau berseri ke idok..
Quote buapakperut 8-8-2017 08:00 AM
bukan pakai mekap ke tu siap maskara lg
Quote nisako 8-8-2017 08:30 AM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote chinta89 8-8-2017 09:24 AM
ak nmpk muke mekap je tu?
Quote ItisDD 8-8-2017 11:29 AM
Muka bertepek make-up mmglah nmpk berseri2

Cuba ko tanggal itu make-up, ermmmm
Quote sapeka 8-8-2017 12:04 PM
pastikan lesung tu baru ya..
jangan yg korang guna tumbuk cili bawang belacan segala
sepatut dapat result cantik
alih2 dapat kesan hauk
Quote Cyempaka 8-8-2017 02:47 PM
penat je ko tempek macam2 dek.. last2 ko guna kuasa mekap dan camera360 jugak . nenek aku pun bleh beseri mcm ni
Quote bawangputeh 8-8-2017 03:27 PM
kos nye lebih kurang masker je...penat mnumbuk baek beli je...bhan payah nau ncarik nye
Quote AvaAdore 8-8-2017 04:46 PM
Lol gambar pakai makeup. Kalo gitu aku pon berseri
Quote kimchipedas 8-8-2017 06:31 PM
Berseri ka? Dah ko tempek mekap dgn camera 360 seri celah mananya..
Quote JaneLow21 9-8-2017 11:39 AM
tak tunjuk pon gambar ori
Quote Elle_mujigae 9-8-2017 04:49 PM
  takpelah..elok la tu rajin....
Quote sapeka 10-8-2017 08:12 AM
sapeka replied at 8-8-2017 12:04 PM
pastikan lesung tu baru ya..
jangan yg korang guna tumbuk cili bawang belacan segala
sepatut dapat ...

tq admin for the credit


Quote prettyrara 14-8-2017 11:55 AM
Rajin dik ko menumbuk bagai. Sis pakai bedak sejuk campur kunyit je.
Quote Aquarius9283 14-8-2017 12:18 PM
Will try
Quote rainbow259 15-8-2017 09:35 PM
tq bg tipss.. insyaAllah bole try 😊

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048035s Gzip On
    To Top