Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Tahu Hamil Bayi Lelaki Atau Perempuan? Lihat Tanda-Tanda Ini

3-8-2017 03:23 PM|Oleh : Hafiz BZ | Dilihat: 1466| Komen: 8


Setiap kali hamil, sudah menjadi satu kemestian buat para ibu bapa untuk mengetahui jantina bayi sebelum proses kelahiran.

Sebenarnya, terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada bayi dalam kandungan si ibu adalah lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah dikumpulkan daripada serata dunia. 

Kadar degupan jantung
Bayi lelaki - kurang daripada 140 degupan seminit
Bayi perempuan -  lebih cepat daripada 140 degupan seminit

Bentuk perut
Bayi lelaki - memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah'
Bayi perempuan - perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi'

Wajah
Bayi lelaki - sangat berseri-seri ketika hamil.
Bayi perempuan - tidak berseri-seri (konon bayi perempuan telah mengambil seri ibu)

Alahan
Bayi lelaki - tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertamakehamilan.
Bayi perempuan - mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertamakehamilan.

Payudara
Bayi lelaki -  kanan lebih besar
Bayi perempuan - kiri lebih besar

Mengidam
Bayi lelaki -  mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging
Bayi perempuan - mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

Suhu badan
Bayi lelaki -  Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
Bayi perempuan - Suhu badan lebih panas

Cincin perkahwinan
Bayi lelaki -  Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
Bayi perempuan - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.

Tekstur kulit
Bayi lelaki - Kulit menjadi kering
Bayi perempuan - Kulit menjadi lebih lembut

Rambut
Bayi lelaki -  menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil
Bayi perempuan - menjadi lebih nipis dan kering.

Posisi tidur
Bayi lelaki -lebih kerap menghadap utara, ke kiri
Bayi perempuan - lebih kerap mengjadap ke selatan, ke kanan

Tanda-tanda lain
Bayi lelaki - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau dada.
Bayi perempuan -  Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah mama

Ini hanya sebagai penduan awal bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tanda-tanda bayi anda adalah lelaki ataupun perempuan. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul! 

Kredit foto - faro.ir


Jika ingin mengetahui lebih tepat tentang jantina bayi yang masih dalam kandungan si ibu, anda disyorkan melakukan ultrasound scan di klinik atau hospital berdekatan. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Sudahlah Canggih, Jimat Pula 3 Tahun Tak Payah Beli Baju Anak!

Next       : Asyik Isteri Je Yang Berkorban, Suami Buat Apa? Hadam Pesanan Lelaki Ini

Komen Terbaru

Quote rainbow259 16-8-2017 06:42 PM
hahaha ada jgkk

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 3-8-2017 03:55 PM
sajat dulu lahir tanda2 lelaki tp dah dewasa tanda2 shemale tetap ada
Quote GigaMom 3-8-2017 04:46 PM
Mabuk teruk, muka bseri
Yg kuarny lelaki
Quote miemiecha 3-8-2017 04:51 PM
hurm... mek tggu masa lah ni.. masa nk cr jodoh.. hwaaaaaa
Quote miemiecha 3-8-2017 04:51 PM
CiliPadiSedap replied at 3-8-2017 03:55 PM
sajat dulu lahir tanda2 lelaki tp dah dewasa tanda2 shemale tetap ada

mek ngat dr dlm [perut dia dah kompius sistur
Quote raihaneem 3-8-2017 04:58 PM
Pnglmn ngandung ank2 boy...suka mngiting ke kanan,baby syik dok belah kanan, suka mkn coklat, tak suka mknnmanis n pedas.
Bentuk perut ka pusat ka..smua sama yg masa ngandung.ank.girl pun
Quote Sufimaisarah 3-8-2017 05:08 PM
Kami 2 anak girl dua2 xde alahan sangat n kuat makan .kerja makan ja.tapi badan xberapa naik.tang perut ja naik.anak laki xtau Blum ada rezeki boy.teringin nk boy +kembar sbb suami kembar
Quote fishcracker 3-8-2017 11:20 PM
Iol dulu yang alahan n mengidam je sama..lain2 the opposite pulak,
Quote rainbow259 16-8-2017 06:42 PM
hahaha ada jgkk

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.049921s Gzip On
    To Top