Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Jul
27

Raih Ilmu Niaga, Usahawan Lama Dan Baru Berkumpul Dalam Satu Persidangan

27-7-2017 06:43 PM|Kandungan Tajaan | Dilihat: 645| Komen: 0

Seramai enam ratus peserta termasuk ahli perniagaan dan usahawan disasarkan oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia untuk sama-sama menyertai Persidangan Usahawan Jenama pada tahun ini.

Menurut presidennya Datuk Eric Chong, persidangan yang bakal berlangsung pada 7 Ogos ini akan menarik lebih ramai lagi orang muda termasuk pelajar kolej dan universiti kerana ia turut memfokuskan kepada pendigitalan perniagaan.

Persidangan sebelum ini hanya menumpukan kepada perniagaan konvensional, namun berbeza sekali tahun ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada perniagaan baharu dan model perniagaan masa depan.

Malah, peserta bertuah terutama usahawan muda akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju perniagaan.

Enam belas orang speaker, moderator serta panelis yang hebat dan berpengalaman akan turut serta turun padang bagi berkongsi ilmu di persidangan ini.

Bertemakan Sailing in Uncharted Waters C Opportunities & Threats in this Ever Changing World, ia bertujuan untuk menimbulkan kesedaran terhadap komuniti bisnes tempatan tentang kepentingan penjenamaan dengan cara berinteraksi bersama tokoh perniagaan dan usahawan berjaya di Malaysia.

Bukan itu sahaja, persidangan ini menjadi platform bagi syarikat untuk mengembangkan ilmu dan lebih faham tentang kepentingan budaya dan identiti jenama, yang menjadi kunci utama kejayaan dalam perniagaan.

Persidangan Usahawan 2017 dianjurkan oleh Persatuan Penjenamaan dengan kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), selain disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai persidangan ini, sila hubungi Persatuan Penjenamaan Malaysia di talian 03-56117266 atau layari laman web www.brandingmalaysia.com untuk maklumat lanjut. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041300s Gzip On
To Top