Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ragam Reunion Sekolah, Nak Menunjuk-Nunjuk Atau 'Trowback' Kenangan Lalu?

21-7-2017 03:46 PM |Dilihat: 6164| Komen: 93

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Syawal yang penuh dengan rahmat Allah. Semoga hari mendatang menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya.

Untuk segmen kali ini, saya ingin berceloteh TANPA fakta yang serius mengenai Ragam Kawan Lama. Dengan wujudnya bermacam aplikasi dan media sosial, kita semakin mudah untuk mewujudkan kembali persahabatan lama yang telah terpisah. Add & Approve, Join Group Whatsapp dan lain-lain akan tercetus tarikh baru untuk reunion.

Ye, benar, reunion adalah suatu yang sangat baik apabila kita berpeluang untuk bertemu kembali rakan-rakan lama sewaktu persekolahan atau universiti. Namun, apa yang membuatkan saya kurang senang adalah sikap beberapa rakan-rakan yang menjadikan reunion ini sebagai tempat untuk show off. Saya pasti ramai yang pernah menghadapi rakan-rakan yang sebegini. 


Teringat saya satu peristiwa seorang rakan lama yang kembali berhubung. Selepas beberapa topik dibincangkan melalui panggilan telefon, saya membuat cadangan kepada beliau untuk mengadakan pertemuan bersama rakan-rakan lama. Namun, tidak langsung saya jangka, beliau boleh menolak cadangan saya dengan berkata ;

Aku malas la nak jumpa kawan-kawan kita. Aku bukan apa, diorang semua sure pakai kereta Malaysia.

Hah?? Kereta Malaysia? Jadi? Apa masalahnya dengan kereta Malaysia dan yang utamanya apakah kaitannya dengan reunion? Ini antara kejadian yang tidak akan saya lupakan. Jika semasa zaman persekolahan, sifat sombong, bongkak dan angkuh sebegini tidak kelihatan namun, apabila dikurniakan sedikit nikmat dalam kehidupan, diri mula mendabik dada sehingga mempersoalkan kenderaan rakan-rakan lain. 

Belum lagi terjadinya reunion, hanya cadangan namun terserlah kesombongannya. Bayangkan jika berlalu reunion, apa pula yang akan dipersoalkan dan dibandingkannya dengan rakan-rakan yang lain. 

Ada juga yang gemar menjadikan pertemuan ini sebagai medan pembentangan kerjaya. Satu soalan sahaja diajukan mengenai kerjayanya, namun, dijawab sepanjang lebar dan intipati cerita kerjayanya lebih untuk menunjuk-nunjuk. Jawatan tingginya, gaji dan elaun yang tinggi dan bermacam lagi gaya menunjuknya. 


Apatah lagi sekiranya sahabat lain hanya bekerja biasa jika dibandingkan dengannya. Cumanya, ada juga yang berkongsi kepada saya, sikap rakan sebegini selalunya apabila saat untuk membuat pembayaran makan minum, dia cepat bersuara;

Wah, harini kau belanja aku kan?

Aik? Bercerita hebat bukan main lagi, apabila masa untuk membayar, cepat mengelakkan diri. Ye benar, masih wujud lagi golongan sebegini. Inilah hakikat yang perlu kita hadapi. Pun begitu, tidaklah semua berpengalaman sebegini. Ada sahaja reunion berlangsung dengan baik dan mesra. 

Sikap merendah diri, wajah manis sentiasa tersenyum, berkongsi peluang kerjaya dan perniagaan (Saya tak maksudkan MLM ye), menceritakan kembali kisah-kisah lampau bersama-sama rakan-rakan dan bermacam lagi yang akan menjadikan saat reunion tersebut lebih bermakna. 

Biarpun reunion berlangsung dengan baik tanpa sebarang sikap yang menjelikkan, wujud pula satu kemungkinan yang menyeramkan. Seperti banyak kisah yang telah kita baca dan dengar, ada pula mereka yang menjadikan medan reunion ini untuk mencari jodoh. 

Jika jodoh pertama bukanlah masalah malah digalakkan, yang mungkin memberi kesan yang tidak baik apabila pertemuan ini mempertemukan dua insan (telah berkahwin) yang pernah suatu ketika dahulu bercinta sakan dan barangkali menjadi pasangan kekasih yang paling hot di sekolah. 

Foto: Carian internet
Akibatnya, kedua-dua mereka mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melupakan seketika pasangan masing-masing di rumah. Dari saat itu, kisah kenang mengenang disambung di dalam telefon seterusnya timbul kembali bibit-bibit cinta yang bakal menyaksikan peperangan rumahtangga tercetus.

Oleh itu, wahai pembaca sekalian, teruskan mencari kenalan lama dan turut sama bertemu beramai-ramai namun biarlah pertemuan itu berlaku seikhlasnya dengan menghormati persahabatan yang telah terjalin lamanya. 

Juga, yang telah berumahtangga, usahlah mengenang kembali kisah-kisah percintaan lampau kerana ia bakal mengakis sedikit demi sedikit perasaan saying terhadap pasangan anda. Percayalah. Selamat Ber Reunion?

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Reply: 81
Komen

Komen Terbaru

Quote kiutkiut 31-7-2017 08:33 AM
aku kalu kawan2 lama yg tiba2 kontek balik, sangkaan aku tak pernah salah.. sama ada dia nak ajak masuk MLM.. atau dia buat online bisnes. tak pun agent itu ini.. nak promote barang..
mmg bai bai je la.. terima kasih daun keladi sbb susah payah pm segala..

Lain-lain Komen

Quote vanillaninja 21-7-2017 03:55 PM
I tak pernah join reunion bagai ni. Whatsapp groups budak2 sekolah lama pun I left tanpa rasa bersalah
Quote palmolive 21-7-2017 03:56 PM
bukak grup wasap, ada jemputan reunion..okla..
bila hari acara, krik krik krik...berapa kerat yg mai...sembang kencang dlm wasap
Quote krustykrab 21-7-2017 03:58 PM
aku malas nak join reunion....kdg baca WA husb group kengkawan dia, ada gak la yg kaki show off...nasib tak join
Quote moonbug 21-7-2017 04:03 PM
Whatsapp group semua kena mute setahun. Kenapa la takde option mute forever
Quote hasharuddin 21-7-2017 04:11 PM
X minat nak join reunion2 ni. Yg kisah lama2 tu biarlah berlalu...
Quote taji2906 21-7-2017 04:16 PM
Alhamdulillah.. kawan2 baik aku takde nak show off bagai... walaupun dorang pny gaji 5angka..  tetap humble macam sekolah dulu.
Quote haryatie 21-7-2017 04:27 PM
join gak group WA sekolah
ada jugak dia org buat reunion
pernah gak join sesekali bila berkesempatan
so far xde pulak yg berperangai pelik2 sgt..
mengatal ker, sombong, berlagak  ...walaupun org ada2
kalau yg kaki menyakat, kelakar tu smpai ke tua la sama jerk..

Quote chaotic_soul 21-7-2017 04:32 PM
biaq p kt depa la...dok kalut buat apa
Quote harrypoter 21-7-2017 04:40 PM
group skolah aku ok je, sempoi mempoi walaupun ada yg berjawatan tinggi, kepala still gila2
mana yg left group tu sebenarnya korangla yg sombong..
Quote helicornia 21-7-2017 04:43 PM
tk minat nk join reunion sbb bkn sume yg dtg tu geng kita pun..biasanya we all time raya pakat gi raya kt rumah kawan2 ramai2. rasa lagi best sbb mmg geng2 kita belaka n tk payah nk susah2 cari date n venue
Quote CardiGans85 21-7-2017 04:51 PM
Reunion ni tgk ms n tempat.dl slalu gak join tp skrg,kurang sikit. Mana2 pegi akn mmg ade je yg show off..but sy buat x ksh je sbb niat kita nk eratkn silaturrahim.
Quote mzzenma 21-7-2017 04:58 PM
Mzz tak join reunion sebab mzz sorang je tercampak dekat melaka..yang lain semua kahwin, kerja semua dekat penang..malas nak travel
Quote noraidil_06 21-7-2017 05:00 PM
Reunion besar2 x join la.rase mcm out of place je.lbh pd jumpe minum2 dgn kwn baik ms sekolah.ade la dlm 10 org lelakj n perempuan. Hub platonik semata n kdg2 jd sesi networking.
Quote buragazz 21-7-2017 05:21 PM
taji2906 replied at 21-7-2017 04:16 PM
Alhamdulillah.. kawan2 baik aku takde nak show off bagai... walaupun dorang pny gaji 5angka..  tetap ...

Sama dengan... dalam runion sekolah aku ada GM ada MD tapi time event kitaorang cam zaman2 sekolah dulu.. dan aku sekolah lelaki so ni issue nak cari jodoh.. yang jenis kaki poyo tapi takde apa pun awal dah kene kick...
Quote missinpiece 21-7-2017 06:01 PM
Idokla berminat langsung nk bereunion bagai kalau sesi bjumpa dok menginterbiu dari A smpai Z silap salah org. Mmg pantang sket 1st jumpa dah tanya gaji laki kau brp n sekian2. Iols taula memasing teruja nk banding2kan diri ngn kengkawan lama, cuba blajar korek maklumat dari yg pro
Quote JDT 21-7-2017 06:04 PM
moonbug replied at 21-7-2017 04:03 PM
Whatsapp group semua kena mute setahun. Kenapa la takde option mute forever

Hahhaha...samalah macam saya..
Dah keluar, admin addkan balik..
Sekali sekali masuk, saya cuma clearkan chat tanpa bukak gambar atau video..
Beratkan peti simpanan saja.
Quote jerukkedondong 21-7-2017 06:20 PM
Join la jgk grup WA sekolah ....
Silent reader je kekadang je aku mencelah...
Reunion setakat ni dapat lg aku tahan nafsu nak join sekaki...
Bukan apa....aku malas dorang sikit2 nak datang rumah...sikit2 nak ngopi...
Kuaser lor...
Quote Skuau 21-7-2017 06:26 PM
vanillaninja replied at 21-7-2017 03:55 PM
I tak pernah join reunion bagai ni. Whatsapp groups budak2 sekolah lama pun I left tanpa rasa bersal ...

Sebab dan alasan nya?
Quote TulenBang 21-7-2017 06:35 PM
Perlu ke trobek zaman lepas? Reunion ni kekadang tempat org jual barang gak..selain tmpt cari jodoh

Lihat semua komen(93)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046048s Gzip On
To Top