Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gambar Buka Tudung Tersebar, Apa Penjelasan Fathia Latiff?

21-7-2017 11:54 AM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 4123| Komen: 0

Kecoh betul bila gambar Fathia Latiff yang membuka tudungnya di sebuah majlis rumah terbuka baru-baru ini tersebar.

Dalam gambar tersebut, pelakon ini duduk bersebelahan seorang lelaki yang didakwa sebgai kekasihnya.

Walau bagaimanapun, Fathia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan mengatakan lelaki itu adalah salah seorang saudaranya.

"Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung," katanya kepada portal Malaysian Digest.

Aktres drama Dia Isteri Luar Biasa ini turut memohon maaf andai ada pihak yang terganggu dan terasa hati dengan perbuatannya itu.

Foto: IG Fathia Latiff
"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu. Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

"Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan", tambahnya.
Foto: IG Fathia Latiff
Biasalah kalau nama pun selebriti, semua perkara pun jadi perhatian. Harap Fathia terus bertabah dan lebih berhati-hati selepas ini ya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 0
Komen

Previous : Mohon Hadiahkan Lelaki, Dayang Nurfaizah Teringin Sangat Nak Bersuami

Next       : Tak Nak Kalah, Sajat Pun Nak Nyanyi! Bakal Keluarkan Lagu Duet

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047678s Gzip On
To Top