Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Dah Tua-tua Tapi Terlupa Adab Ketika Di Rumah Orang

17-7-2017 10:33 AM |Dilihat: 3198| Komen: 14

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasihi. Alhamdulillah dah masuk separuh bulan Syawal iaitu bulan meraikan kemenangan selepas menjalankan ibadah puasa. Orang kata kita raya sebulan dan dalam bulan ni ramailah yang sibuk menganjurkan rumah terbuka. Masa ini harus digunakan untuk mengeratkan hubungan kawan-kawan kat bandar pulakan.

Tapi kadang-kadang kita buat-buat lupa bahawa datang rumah terbuka ni bukan sekadar suka-suka nak makan jer. 

Sebenarnya ada adab dan juga etika yang harus kita jaga supaya niat untuk menghadiri rumah terbuka memberi pahala kepada kita. Maha bukanlah pakar sangat cuma sekadar berkongsi daripada pemerhatian terhadap orang-orang kita sekarang bila datang rumah terbuka. 

Pertama sekali bila nak datang rumah terbuka ini niat kita kena betul. Bila nak datang rumah terbuka pasti niat untuk mengeratkan silatulrahim. Bukan datang untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Jadi guna platform rumah terbuka ini untuk menjanlinkan kasih sayang sesama kita. 

Pekara kedua adalah menjaga adab ketika makan kerana kita kadang macam hantu bila nampak makan banyak kat rumah terbukan ni betul tak.



Adab Sebelum Makan 
1) Jangan mencela/mengutuk makanan yang hendak kita makan. Walaupun makan itu tidak sedap atau tidak elok tapi sebaiknya kita bersyukur dan tinggalkan sahaja makanan itu jika tidak mahu dimakan.

2) Mencuci tangan sebelum makan. Kebersihan sangat-sangat ditekankan dalam proses makan kerana bahan makanan yang bersih masak dalam perut akan menjadi darah daging kita.
3) Membaca Basmalah dan juga doa makan. Ikut kepercayaan masing-masing ini menandakan kita bersyukur dengan makanan yang kita terima.

Adab Semasa Makan
1) Makan menggunakan tangan kanan. Walaupun tuan rumah sediakan sudu atau garfu kita digalakkan menggunakan tangan kanan. Menurut kajian makan menggunakan tangan kanan sangat bagus untuk membantu proses pencernaan makanan kerana hujugn jari tangan kanan mengeluarkan enzim pencernaan lebih banyak.

2) Tidak bersandar ketika makan dan makan sambil duduk. Adalah lebih sopan kalau makan sambil duduk dengan tertib dan tidak bejalan-jalan ketika makan.

3) Utamakan makanan yang dekat dahulu. Kalau kita makan dalam satu hidangan pastikan kita ambil makanan yang berhampiran dengan kita dahulu dan kalau nak ambil makanan angkat pinggan kita untuk ambil makanan yang jauh sikit.

4) Makan dalam keadaan yang senyap. Maksudnya makan tidak mengeluarkan bunyi yang kurang selesa kepada kawan-kawan yang berada berhampiran anda. Lebih jelas lagi apabila kunyah pastikan perlahan-lahan dan tidak berbunyi. 


Adab Selepas Makan
1) Kutip makanan yang terjatuh dari pinggan anda dan pastikan keadaan tempat makan bersih selepas makan. Jangan lah lepas makan tinggalkan tulang atau sisa makanan atas meja.

2) Sentiasa bersyukur selepas makan dengan berdoa atau memuji makanan yang sedap.

3) Cuci tangan sehingga bersih selepas makan agar tiada sisa makanan dan bau yang melekat pada tangan.
Tu baru adab masa nak makan adab untuk menghadiri rumah terbuka juga kita kena jaga. Ini bukanlah undang-undang untuk menyusahkan kita tapi ia untuk membuatkan sambutan itu lebih nampak mulia dan bersopan-santun. Kitakan orang Timur banyak budaya yang baik yang orang luar respek kita.

Saya senaraikan beberapa adab yang boleh diikuti ketika hadir rumah terbuka :-

1) Buat anda yang datang rumah terbuka jangan duduk terlalu lama hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad. Cukup sekadar dapat menjamu selera, betegur sapa dan bertanya khabar dengan tuan rumah dan kawan-kawan yang ada.

2) Patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh  tuan rumah. Kalau boleh datang awal atau tepat masanya, ini akan memudahkan tuan rumah meyediakan makanan dan memastikan tetamu dapat tempat duduk.

3) Datanglah dengan pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata untuk menghormati tuan rumah dan juga majlis yang dianjurkan oleh tuan rumah. 

4) Paling penting menjaga akhlak dan juga tingkah laku ketika berada di rumah terbuka. Ini penting kerana kadang-kadang tetamu datang beborak terlalu kuat, ketawa sehingga menganggu tetamu lain. 

5) Ingat datang rumah terbuka untuk beramah mesra dan mengerat silatulrahin bukan untuk mengadap handphone sahaja. So kalau boleh simpan dulu handphone tu dan berborak dengan tuan rumah atau rakan-rakan yang ada masa tu.


6) Lagi satu yang selalu berlaku bila berada di rumah terbuka adalah mengumpat atau mengata. Elakkan daripada mengumpat dan mengata orang lain. Tujuan datang rumah terbuka adalah untuk mengerat silatul rahim bukan untuk memburuk orang lain.

7) Akhir sekali bila nak pulang kena maklum kepada tuan rumah dan tegur sebelum meninggalkan majlis. Bagi yang Mahram digalakan bersalam dan juga memberi salam untuk meninggalkan majlis. Ingat dengan bersalaman yang Mahram akan gugurlah dosa-dosa dari cari celah jari-jemari mereka. Jadi tak nak kah kita yang memang dah banyak dosa ini.

Sebenarnya ada banyak lagi adab hadiri rumah terbuka tapi ini sedikit perkongsian untuk peringatan diri sendiri dan juga pembaca sekalian. Eratkan silatulrahim sesama kita di bulan mulia ini. Guna masa yang ada ini kerana mungkin kita tiada masa lain untuk bersama kawan-kawan rapat. 

Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook @Mahamahu juga ok. Moga majlis rumah terbuka anda berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin semua ok.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
3
Bosan
4
Reply: 14
Komen

Komen Terbaru

Quote moonbug 18-7-2017 11:37 PM
Bagus reminder ni

Lain-lain Komen

Quote nisako 17-7-2017 11:15 AM
org muda pun byk yg lupa adab2 ni......
Quote Artemesiaa 17-7-2017 01:09 PM
Bagus diperingatkan tips2 sebegini.  Sebagai tambahan kalau boleh walau apa juga alasannya dalam pukul 9.30 malam keatas tak perlu le nak gi bertandang untuk beraya lagi.  Simpan2 le gi siang hari esoknya pulak, kesian tuan rumah kadang dah mula kepenatan nak layan tetamu time tu.  Mereka pun nak rehat juga.  Melainkan mereka dengan tegas nak kan kedatangan tetamu time tu lain citer.
Quote Ayda89 17-7-2017 01:25 PM
Nice tips..
Quote ctsueraya 17-7-2017 03:30 PM
Edited by ctsueraya at 17-7-2017 03:32 PM
Ingat datang rumah terbuka untuk beramah mesra dan mengerat silatulrahin bukan untuk mengadap handphone sahaja. So kalau boleh simpan dulu handphone tu dan berborak dengan tuan rumah atau rakan-rakan yang ada masa tu.

setuju sangat dgn no 5, aku mmg suka kalau jumpa macam ni bercakap/beramah mesra/
kalau tak cakap pun bolehlah jadi pendengar atau tukang gelak dgr cerita
bukannya 24/7 dgn handphone..
aku selalunya, dh nak balik baru tgk hp sebab nak selpie
Quote mochi1098 17-7-2017 03:40 PM
No 5 tu. Duduk je mata dah mengadap phone. Makan pon sibuk scroll phone. Anak kecik melilau p kelain. Susun balang kuih raya jadi KL Tower. Kecut perut aku. Seb baik tak jatuh pecah berderai. Tak habis nak selfie. Hasilnya aku buat muka sakai dlm setiap gambar. Amik kao nak selfie sgt
Quote makkenits 17-7-2017 04:40 PM
lagi satu.. kalo nak beraya ke rumah orang, jgn gatal nak request mkn itu ini.. sila pikir keadaan tuan rumah yg mungkin x larat, sibuk melayan org, etc... mkn je apa yg tuan rumah hidang.. kalau x kena dgn selera ko, duduk la diam2 sambil minum air sirap tu..

aku br kena last weekend.. konon nak dtg beraya di rumah parent aku.. tp sblm dtg, siap request nak mkn laksa.. siap minta org tertentu masak laksa tu.. x mau org lain.. aku pun masak la wpun sebenarnya badan x sihat sgt dan penat melayan karenah anak2.. mmg asyik dok terbayang bantal dgn tilam je time tu.. kami tunggu sampai ke mlm, langsung x dtg org tu.. call or msg maklum x jadi dtg pun xde.. x psl2 berbakul aku maki org tu.. lps ni kalo dia dtg umah, mmg xde la aku nak melayan request dia tu.. kali ni buat pun sbb kenangkan dia tu orang tua... dok agak kot dia teringin nak mkn laksa tu.. haishhhhh

Quote lolita737 17-7-2017 04:53 PM
mochi1098 replied at 17-7-2017 03:40 PM
No 5 tu. Duduk je mata dah mengadap phone. Makan pon sibuk scroll phone. Anak kecik melilau p kelain ...

sebab tu la risau kalau nk pegi open house ni.. dengan anak2 kecik ni..mulut sy selalu bising bila kat rumah org..

sbb tgn budak2 xreti duk diam..ada je diaorg nak usik..
Quote ItisDD 17-7-2017 06:00 PM
Adab gi beraya ni mkn jer apa yg tuan rumah hidangkan.

Jgn nak mengada2 mintak tu mintak ni

Yang penting kita dpt menziarah, bknnya nak membedal jer.
Quote ~boolean 17-7-2017 07:55 PM
adab semasa makan nombor 1 tu..aku rasa sukahati tetamu lah nak makan guna tangan atau sudu garpu...itu bukan adab, itu pilihan...lagi-lagi kalau tuan rumah sendiri yang dah sediakan sudu garpu.

aku lebih suka makan di rumah orang guna sudu garpu,
kerana senang tak perlu basuh tangan..
kalau makanan yang berbau atau melekat pada tangan, memang aku tak suka bau tu melekat..macam belacan atau kuah kari..
aku ini basuh tangan memang perlu sabun dan aku sental habis-habis...
Quote sambaldurian 17-7-2017 08:34 PM
Tp ak pnh tercela gak mknn, mak ak tnya sedap x mknn tu, ak ckp pelan2 jgn amek tawar. Tp ak pnh kempunan nk mkn sate kt umah ak kunjung ni,tp x amek mkn la dulu ape yg dia msk, sekali tuan rumah angkut  xbwk2 kuar sate tu.pdhal bnyk lg.
Quote sapeka 18-7-2017 09:42 AM
makkenits replied at 17-7-2017 04:40 PM
lagi satu.. kalo nak beraya ke rumah orang, jgn gatal nak request mkn itu ini.. sila pikir keadaan t ...

kak ipar aku  selalu perangai request2 niberbulu je aku dengar request dia
Quote golden_rose 18-7-2017 02:03 PM
i akan pergi majlis macam ni tak boleh lama.lama. nanti kering idea nak bersembang apa.takut tuan rumah/majlis ingat menyombong pulak
Quote -electrifying- 18-7-2017 05:17 PM
ramai yg ambek ringan psl adab2 ni
Quote moonbug 18-7-2017 11:37 PM
Bagus reminder ni

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057013s Gzip On
To Top