Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Puteri Sultan Johor Nikah 14 Ogos, Jejaka Belanda Jadi Pilihan

16-7-2017 03:42 PM |Dilihat:4598| Komen: 26

sumber : Johor Royal Press Office

Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki Belanda, Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos 2017 ini.

Demikian pengumuman yang dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu sidang media di Bukit Timbalan hari ini. 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah memberi perkenan dan restu untuk Tunku Tun Aminah melangsungkan perkahwinannya. 

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene dan diikuti dengan istiadat nikah.

Tuanku Sultan berkenan mewakilkan Mufti Negeri Johor, Datuk Muhammad Tahril Bin Datuk Shamsudin sebagai wali.

Tambah beliau, istiadat persandingan akan diadakan di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru disebelah malam pada hari yang sama.

Dennis telah memeluk agama Islam pada 31 Mei 2015.- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote haruslah 17-7-2017 12:54 PM
leen_shaza replied at 17-7-2017 12:33 PM
OHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan kerana membuat kenyataan menghina puteri ...

ape la yg budak tu dah buat
rms kena kutuk xde ke rakyat selgor report?
hihihi

Lain-lain Komen

Quote pocongkiutss 16-7-2017 03:56 PM
Selamat pengantin baru TTA
Quote leen_shaza 16-7-2017 04:04 PM
Hari ini, rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor menerima perkhabaran gembira apabila anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bakal melangsungkn perkahwinan pada 14 Ogos nanti.

Tapi siapakah jejaka yang menjadi pilihan Tunku Tun Aminah itu?

Memetik laporan Bernama, Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka dari Belanda.

Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Bagaimanapun, Dennis bukannya seorang yang asing buat Tunku Tun Aminah.

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

"Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan.

Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal," kata Abdul Rahim.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang foto Dennis yang ditemui.
Quote bit 16-7-2017 04:11 PM
Nenek pun orang putih, bapak half orang putih
Quote bit 16-7-2017 04:11 PM
Nenek pun orang putih, bapak half orang putih
Quote putehkundor 16-7-2017 04:13 PM
Menyenak aje khuens taste sheols
Quote auwa 16-7-2017 04:17 PM
masih kulupan tak boleh sholat kat masjid
Quote ItisDD 16-7-2017 05:23 PM
Tahniah TTA.  Meriahlah Johor nanti
Quote MissNigga 16-7-2017 05:50 PM
woite reputzzzz cari .. trid dah ada ler ngok ...
panggil ngok kang .. marah pulop ...
Quote RatuDunia94 16-7-2017 07:01 PM
Helokkkkk sgt laki sheols.. Huntung lah..
Quote Jorja 16-7-2017 07:07 PM
Congrats..subhanAllah hensemnya bakal suami tunku
Quote ShiningStars 16-7-2017 08:00 PM
Tahniah TTA
Quote AbukRokok 16-7-2017 08:55 PM
untungla... bertambah elok genetik nti
Quote ultra78 16-7-2017 10:05 PM
Luaskan kuasamu
Quote babynina30 17-7-2017 12:23 AM
Eh td mcm ada gmbr bkl suami dia ?
Quote lil_sparky 17-7-2017 12:39 AM
congrats TTA. Xsabar nk tgk baju2 kawen TTA. Mst stylo
Quote white_musk 17-7-2017 12:56 AM
lil_sparky replied at 17-7-2017 12:39 AM
congrats TTA. Xsabar nk tgk baju2 kawen TTA. Mst stylo

Dah tentu. Dia memang peminat fashion kan
Quote Minami2013 17-7-2017 01:14 AM
Okay la kawin mat saleh improve sikit keturunan...
Quote keexj 17-7-2017 01:36 AM
congrats TTA
Quote alinone78 17-7-2017 08:48 AM
xde gambo?
wah mesti special gila ni

kalah anak dara pingitan

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.090158s Gzip On
To Top