Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Langgar Syarat Polis, Bekas Isteri Kedua Adi Putra Dihadap Ke Mahkamah

15-7-2017 05:02 PM | Dilihat: 7731| Komen: 76


sumber : internet 

Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.

Memetik laporan Bernama, Norshahida Zolkifly yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.

Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.- CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 76
Komen

Previous : Minta Maaf Dalam Masa 24 Jam, Kalau Tidak Saya Saman- Rita Rudaini

Next       : Rosyam Buka Pasaraya Borong, Lebih 10,000 Barangan Kering & Basah Akan Dijual

Komen Terbaru

Quote miemiecha 19-7-2017 05:16 PM
kesiaannnyaaaa.. dah d berhentikan lah ek... naya jeeee

Lain-lain Komen

Quote ReginaGeorge 15-7-2017 05:08 PM
Penyangak lelaki yg gemar aktiviti kawen-cerai.  Go to hell AP
Quote idakamaruddin 15-7-2017 05:17 PM
kesian plak aku ngn shahida ni..mcm malang je kawen ngn AP..dah la kene ceraikan kene buang keje..skg ni dh jd bakal banduan plak..karma apa yg mengikut kau ni dekkk oiii
Quote doubleA 15-7-2017 05:18 PM
zaibo ni masih status pegawai imigresen kah? atau digantung tugas?
Quote milot 15-7-2017 05:22 PM
doubleA replied at 15-7-2017 05:18 PM
zaibo ni masih status pegawai imigresen kah? atau digantung tugas?

Katany bekas pegawai imigresen
Quote insulin 15-7-2017 05:24 PM
Hmmm.... Takziah. Kerja sebelumnya elok, now dah jadi bekas pula.
Quote doubleA 15-7-2017 05:37 PM
milot replied at 15-7-2017 05:22 PM
Katany bekas pegawai imigresen

aah la tak perasan, fokus pada bekas isteri jah tadi

thank you ya
Quote milot 15-7-2017 05:47 PM
doubleA replied at 15-7-2017 05:37 PM
aah la tak perasan, fokus pada bekas isteri jah tadi

thank you ya

No prob.. sian jgk sheols.
Quote boongalalang 15-7-2017 05:49 PM
idakamaruddin replied at 15-7-2017 05:17 PM
kesian plak aku ngn shahida ni..mcm malang je kawen ngn AP..dah la kene ceraikan kene buang keje..sk ...

Kenapa nak kesian plak? Dia buat keje haram tu before kawen ngan AP kan?
Quote Acei007 15-7-2017 05:55 PM
Dia ni msih ngn ap lg kot...ap promote shawl kt ig..dia pun sbuk repost tlg promote jgk...pastu smua posting ap dok menge'like' jer
Quote toxicated 15-7-2017 05:57 PM
Ceh kene buang daerah dekat nilai je pun. Aku ingt kena pegi ulu banat mana
Quote eyansss 15-7-2017 05:58 PM
Acei007 replied at 15-7-2017 05:55 PM
Dia ni msih ngn ap lg kot...ap promote shawl kt ig..dia pun sbuk repost tlg promote jgk...pastu smua ...

kalo masih, nape ditulia bekas? ke dedua tu propa je?
Quote edoraixora 15-7-2017 06:15 PM
Ada rasa nak kesian, tapi jenayah dia buat pemerdagangan manusia kot
Lagi kesian kt manusia2 yg didagangkan tu, dia sesedap enjoy the money
So now balasan utk dia, kalo xde rasa insaf & menyesal, xtau lah
Quote offwhite 15-7-2017 06:21 PM
bekas bini ke..bkn rujuk balik adibird dgn kedua2nye..
Quote SelakLangsir 15-7-2017 06:26 PM
doubleA replied at 15-7-2017 05:18 PM
zaibo ni masih status pegawai imigresen kah? atau digantung tugas?

Ada tulis "bekas pegawai" atas tu
Quote edoraixora 15-7-2017 06:27 PM
Edited by edoraixora at 16-7-2017 12:32 AM

Dabel post ropenye  
Quote aleesyasofia 15-7-2017 06:46 PM
nak ksian tp sndri yg cri pnyakit dan msalah..
Quote Cucucaca 15-7-2017 06:57 PM
edoraixora replied at 15-7-2017 06:27 PM
Ada rasa nak kesian, tapi jenayah dia buat pemerdagangan manusia kot
Lagi kesian kt manusia2 yg did ...

Pemerdagangan manusia tu maksudnya dia bawa pati masuk malaysia dan bagi perlindungan sementara. Dia akan buat visa dan permit ikut pintu blkg. Which is warga asing kena datang dgn permit dan visa bekerja yg sah dulu baru boleh bekerja. Tp dia guna warga asing yg datang pakai visa pelancong dan buat visa dan permit kemudian. Bukan jual orang
Quote ShiningStars 15-7-2017 07:01 PM
Nasiblah kak..sapa suruh buat kerja terkutuk tu
Quote redapple10 15-7-2017 07:10 PM
Mak aiiii dahsyat gak kes minah ni

Lihat semua komen(76)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063781s Gzip On
To Top