Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dibelasah Sekumpulan Individu, Lelaki Berlumuran Darah Di Tempat Letak Kereta

15-7-2017 12:17 PM |Dilihat:1626| Komen: 7

sumber : Borneo Post

Lelaki ditemui cedera parah yang dipercayai dibelasah sekumpulan individu di sebuah tempat letak kereta Medan Selera Linggi di Limbang,Sarawak malam tadi.

Memetik laporan Bernama, mangsa berusia dalam lingkungan umur 40-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 11 malam sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dilihat dipukul sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan sebelum ditinggalkan dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan pada atas kepala, bibir dan dagu."

Beliau berkata, siasatan lanjut giat dijalankan dan polis perlu menunggu mangsa stabil sebelum keterangan daripadanya dapat diambil bagi mengetahui motif kejadian.

Mohd Bukhori berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan.- CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote redapple10 15-7-2017 07:20 PM
nasib baik hidup lagi... kalo cacat nsb la

Lain-lain Komen

Quote minahlejen 15-7-2017 12:33 PM
rantai emas besar tu. repo tarik kereta?

Quote neurelle 15-7-2017 01:16 PM
Ganas gak diaorg ni
Quote Skuau 15-7-2017 02:11 PM
Semenjak 2 menjak ni...ada jer kes ore 'naik minyak',minyak naik harga.....mmm....
Quote edee_91 15-7-2017 03:37 PM
hhmmmmmmmmmm............
Quote Pink_Purple 15-7-2017 03:42 PM
kejamnya                 
Quote ShiningStars 15-7-2017 06:07 PM
Harap2 ada saksi..nasib baik hidup lagi
Quote redapple10 15-7-2017 07:20 PM
nasib baik hidup lagi... kalo cacat nsb la

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102404s Gzip On
To Top