Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cikgu Tekap Pengasah Pensil Panas, Pipi Murid Melecur Dan Bengkak

13-7-2017 04:36 PM |Dilihat:4189| Komen: 103

Add Image Caption Here

Seorang murid darjah dua dikatakan bermain pensil dengan dua orang kawan dan tidak mengambil tumpuan ketika dalam kelas.

Ini menyebabkan cikgu bertindak menampar sambil membuat tanda pada muka murid terbabit dengan cara menggeser penajam pensil yang panas pada wajahnya. 

Akibatnya bahagian muka murid tersebut mempunyai kesan melecur dan seperti terbakar. 

Memetik laporan Orienatal Daily News, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di Port Dickson, Negeri Sembilan Selasa lalu.

Perkara tersebut diketahui apabila ibu mangsa mendapati anaknya, Mohammad Fekri mengalami kecederaan pada mukanya. 

Add Image Caption Here

Setelah mengetahui kejadian yang berlaku, bapa mangsa iaitu Mohd Firdaus seorang pemandu lori membuat aduan dan mendapatkan bantuan daripada ahli undangan negeri Port Dickson, Rawi. 

Tegas Rawi, pelajar sekolah rendah berkelakuan nakal adalah perkara biasa, namun guru terbabit pula sanggup mengambil tindakan yang begitu kejam untuk menghukum pelajar. 

Tambah beliau, laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat ini dan tindakan undang-undang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Difahamkan setelah kejadian itu berlaku, pihak sekolah telah memohon maaf buat ibu bapa mangsa, dan berjanji tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas guru tersebut dan perbuatannya tidak akan dibiarkan begitu sahaja.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 102
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote OrenTheReturn 22-7-2017 08:23 AM
zorrro_03 replied at 21-7-2017 07:46 AM
Taliban jgn cuba sebar budaya  kebencian di Tanah Air ini lah.

Talibann tua sentapppp....dasarrr lobaiiiii!


Lain-lain Komen

Quote batmana 13-7-2017 04:38 PM
cmne cikgu panaskan penajam pensel body plastik tu...
Quote palmolive 13-7-2017 04:40 PM
batmana replied at 13-7-2017 04:38 PM
cmne cikgu panaskan penajam pensel body plastik tu...

pakai penunu bunsen kot
Quote saviour_09 13-7-2017 04:42 PM
apa la budak ni dah goreng bapak dia.....
Quote ainashiqa 13-7-2017 04:45 PM
gile ah cikgu ni..tp mcm mna la panaskn sharpener tu?curious aku
Quote minahsenget 13-7-2017 04:45 PM
batmana replied at 13-7-2017 04:38 PM
cmne cikgu panaskan penajam pensel body plastik tu...

dia geser kat muka,i pun tak sangka grumit(sharpener) kecik mcm ni boleh jadi panas
Quote zawara 13-7-2017 04:48 PM
dia jemur sharpener  tu tgh panas dulu kot
Quote felinecat 13-7-2017 04:52 PM
bebudak zaman sekarg...:zz
Quote missinpiece 13-7-2017 04:52 PM
Fishy sangat, kalau me baik me rotan je budak tu.
Xtaula kot2 cikgu tu betul2 hilang sabar ngan telatah budak2 tu sampai sanggup buat benda2 pelik.
Me yg mengajar kelas tuisyen ni pon slalu je jumpa perangai pelik budak2 ni buat yg boleh bikin cikgu menangis kat bucu katil
Quote akakmasihvogue 13-7-2017 04:55 PM
cikgu stress nak handle budak2
Quote leylapple 13-7-2017 04:56 PM
mcm mana dia panaskan sharpener tu? tak cair pun plastik tu?
Quote lin2000 13-7-2017 05:01 PM
cikgu banyak pandai
Quote prettyuglybabe 13-7-2017 05:24 PM
padan la budak-budak makin jahat..
sebab semua anggap budak nakal perkara biasa
Quote neurelle 13-7-2017 05:25 PM
X tercapai ilmu sains aku.. maybe time cikgu tgh ajar,aku tido kot lols
Quote sabbath_shalom 13-7-2017 05:31 PM
Ni macam buli2 budak sekolah rendah....tapi cannot brain bila cikgu kementerian buat.

Nanti si @dodolgemok sepet babj tu cakap aku jeles tak jadi cikgu pulak....

#sarawakbabj
Quote abangadek 13-7-2017 05:39 PM
nakal budak budak sekarang ni nakal betul siap pandai buat cerita lgi
Quote cekelatkopi 13-7-2017 05:51 PM
Dulu2 zaman sekolah sharpener tu harga 20sen ada cermin...yg tak faham mcm mana boleh jadi panas?? Bakar dlm oven kah? Benda tu plastic
Quote -electrifying- 13-7-2017 06:12 PM
tendang aje la klau yg jnis degil ni
Quote missinpiece 13-7-2017 06:28 PM
Kalau bab panas memanas ni kekecik dulu selalu gosok benda tu lelaju kat meja ke lantai ke pastu letak kt tangan. Mmg menjerit sape yg kena. Tp cannot imagine la cikgu nk join skali
Quote Skuau 13-7-2017 06:32 PM
Bdk 8 taun jer pon....dh xde kaedah lain ke 'mendidik' bebudak tu???

Lihat semua komen(103)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088609s Gzip On
To Top