Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kes Lelaki Anime: Tukar Wajah, Tukar Nasib Dan Tukar Persepsi

12-7-2017 02:00 PM |Dilihat: 5627| Komen: 41

Tukar wajah, tukar nasib dan tukar persepsi. Sejauh mana ketiga-tiga perkara itu signifikan dengan fenomena yang kita lalui mutakhir ini? 

Tidak dinafikan saya peminat tegar siri Korea, Let Me In yang memaparkan tentang peserta-peserta yang mahukan wajah dan tubuh mereka dikontsrak agar menjadi cantik. Mereka ini dilahirkan dengan pelbagai jenis kecacatan dan kekurangan fizikal.

Dalam rancangan ini, pakar-pakar bedah plastik dan doktor perubatan bergabung untuk mengubah seorang insan yang serba kekurangan menjadi gadis jelita.
Perkara yang membuat saya tertarik dengan siri ini ialah mereka mengupas permasalahan para peserta terlebih dahulu.

Mereka ke rumah, menemubual keluarga dan rakan-rakan. Kemudian, diadili oleh pakar-pakar bedah kosmetik. Barulah mereka kemudiannya akan dipilih untuk memenangi hadiah berbentuk pembedahan & pemulihan percuma.

Para peserta tentulah terdiri daripada mereka yang kurang pendapatan atau miskin yang tidak mampu untuk membiayai pembedahan sendiri. Siri ini memang mendapat rating yang tinggi.

Memang ada pro dan kontranya pembedahan plastik ini. Apatah lagi kalau ia bersifat kosmetik iaitu bertujuan untuk mencantikkan dan bukan kerana kesihatan.



TUKAR WAJAH TIRU KARAKTER ANIME

Di negara kita, telah viral kisah seorang pemuda Melayu melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajahnya. Namun, saat terdengar tentang kisahnya, saya segera teringatkan artis cilik suatu ketika dulu, Siti Musliha.

Siapa yang membesar pada sekitar tahun 90-an pasti tahu kisah Siti Musliha ini. Keadaan Siti Musliha hampir dengan sesetengah peserta Let Me In. Kisahnya viral meskipun dulu tak ada internet dan smartphone. Malah, saya yakin kisahnya jauh lebih viral berbanding Amirul Rizwan Musa atau Miyyo Rizone.
Waktu itu, rakyat Malaysia menyumbang hampir RM1 juta untuk membantu Siti Musliha membuat pembedahan pada wajahnya.

Bayangkan pada waktu itu pun kita sudah mampu mengumpul wang sebanyak RM1juta untuk didermakan kepada Siti Musliha kerana rasa simpati dan mahukan gadis itu tampil cantik.

Bagaimanapun, wajah Siti Musliha tidak banyak berubah kerana pembedahannya lebih kepada membetulkan bahagian mata dan hidungnya yang kurang sempurna.


TUKAR WAJAH SAMPAI DIKECAM
Berbeza dengan Siti Musliha, rakyat Malaysia mengecam tindakan Miyyo. Mengapa Miyyo dikecam dan dimaki sebegitu rupa? Apa yang membezakan antara Miyyo dan Siti Musliha?

Kita lihat perbezaannya di sini:

Pertama, Siti Musliha adalah kanak-kanak Istimewa (OKU) yang mengalami kecacatan pada wajahnya sejak lahir.

Kedua, dia menyanyi dan menghasilkan album untuk mengumpul wang bagi memulihkan penglihatan dan hidungnya yang tidak sempurna.

Ketiga, dia adalah budak yang bijak dan petah serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Keempat, setelah dewasa, Siti Musliha tidak lagi menyanyi. Dia kini lebih tenang dengan kehidupan peribadi.

Sisi berbeza Miyyo adalah seperti berikut:
Pertama, Miyyo tidak mengalami kecacatan kekal melainkan kulit mukanya banyak jerawat dan agak gelap.

Kedua, dia sering diejek hingga membuatkan dia hilang keyakinan diri. Lantas mula memasang angan-angan untuk meniru wajah Ken (Teman Lelaki Barbie dan karekter anime Squall Leonhart dalam Final Fantasy)

Ketiga, dia melakukan pembedahan atas biaya sendiri melalui perniagaan dan kerjaya sebagai model sambilan serta sebagai juru mekap. Kos pembiayaan sekitar RM150 ribu.

Keempat, isu viral ini telah membantu menaikkan jualan produk pemutih kulit milik Miyyo yang kini merupakan usahawan muda yang berjaya.

Kelima, Ibu bapa Miyyo menentang pembedahan wajah itu. Namun sebagai ibu bapa, mereka tetap teguh di belakangnya.

Foto: Carian internet

Tukar Persepsi Diri dan Masyarakat
Biar apapun tindakan Miyyo, kita sebagai orang luar usahlah cuba menghukumnya. Bagi kita, ada peranan yang perlu dimainkan agar tidak terlahir lagi isu seperti Miyyo ini.

Elakkan sifat suka mencemuh dan memandang rendah insan-insan istimewa ini termasuklah yang gemuk, hitam, muka menggerutu, buruk, pendek, katik, kengkang, sepet dan sebagainya.

Usah jatuhkan air muka dan keyakinan diri mereka. Berilah mereka sokongan agar mereka dapat hidup selesa dalam masyarakat meskipun mereka berkeadaan begitu. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan rohani.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
5
Reply: 41
Komen

Komen Terbaru

Quote monkeydonkey 18-7-2017 05:33 PM
Penah je nampak dia nie kt area permaisuri tu.
Muka dia takde la runcing n bersegi naw mcm dlm gmbar tu.
In fact klu tgk ig dia pun, kantoi kot dia edit gila gmbar dia sampai besi2 & tiang2 jadi senget.
Tapi lantak la dia. Hadek2 kan. Memang perangai memanjang berangan.
Haish.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 12-7-2017 02:20 PM
Biar apapun tindakan Miyyo, kita sebagai orang luar usahlah cuba menghukumnya. Bagi kita, ada peranan yang perlu dimainkan agar tidak terlahir lagi isu seperti Miyyo ini.

Elakkan sifat suka mencemuh dan memandang rendah insan-insan istimewa ini termasuklah yang gemuk, hitam, muka menggerutu, buruk, pendek, katik, kengkang, sepet dan sebagainya.


btl tu, org yg sibuk mengutuk tu yg mbuatkan org spt miyo membelakangkan agama buat pembedahan plastik tanpa ade sb yg kukuh.
Quote jahcomel 12-7-2017 02:25 PM
mcm org kutuk lelaki lembut lh...aku sgt marah...lelaki lmbut nih lbh baik lg dr lelaki sado gagah pkasa coz diorg lbh btanggungjawab bila diaorg berumahtangga...
Quote buragazz 12-7-2017 02:35 PM
Aku waima buruk sekli pun takde le dalam hati ni terniat nak tukar2 muka .. sebab awajah yang dah dikurnia ni wajah asli..
Quote manehnya 12-7-2017 02:37 PM
fake fake fake, semua benda kt socmed fake blako, blame 360
Quote xy_daen 12-7-2017 03:07 PM
Kepamnyer acik yg menulis artikel...
Quote RatuDunia94 12-7-2017 03:10 PM
Xde beza pon org yg operate muka dgn yg pakai mekap berkati2 kt muka.. Tujuan nya sama nk cantik kan muka.. So x payah la nk kutuk2 org..
Quote jetrofa 12-7-2017 03:56 PM
kat fb kwn heol kata semua tu fake...guna aplikasi camera360 dan beauty plus katanya
Quote zorrro_03 12-7-2017 03:58 PM
jahcomel replied at 12-7-2017 02:25 PM
mcm org kutuk lelaki lembut lh...aku sgt marah...lelaki lmbut nih lbh baik lg dr lelaki sado gagah p ...

byk lah bertanggunjawab.  mcm yakin je kau ye...  
Quote neurelle 12-7-2017 07:16 PM
Janji merasa femes
Quote neurelle 12-7-2017 07:16 PM
Janji merasa femes
Quote ~boolean 12-7-2017 11:01 PM
dah habis beratus ribu buat surgery, lepas tu guna filter untuk cantikkan lagi mukanya.

aku boleh terima lagi kalau dia buat surgery sebab kurang keyakinan diri akibat dicemuh,
tapi miyo ni aku kategorikan jenis tak bersyukur, fake, guna populariti untuk lariskan jualan krim pemutih...fake! fake! fake! selayaknyalah dicemuh. kalau betul muka dia dah elok terletak lepas surgery, kenapa perlu lagi menipu dengan filter? apa lagi yang dia tak puas hati?
Quote ~boolean 12-7-2017 11:07 PM
dah habis beratus ribu buat surgery, lepas tu guna filter untuk cantikkan lagi mukanya.

aku boleh terima lagi kalau dia buat surgery sebab kurang keyakinan diri akibat dicemuh,
tapi miyo ni aku kategorikan jenis tak bersyukur, fake, guna populariti untuk lariskan jualan krim pemutih...fake! fake! fake! selayaknyalah dicemuh. kalau betul muka dia dah elok terletak lepas surgery, kenapa perlu lagi menipu dengan filter? apa lagi yang dia tak puas hati?
Quote dani-rox 13-7-2017 05:46 AM
Usah jatuhkan air muka dan keyakinan diri mereka. Berilah mereka sokongan agar mereka dapat hidup selesa dalam masyarakat meskipun mereka berkeadaan begitu. Tiada manusia sempurna di dunia ini. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan rohani.



I don't care if it hurts, I want to have control

I want a perfect body, I want a perfect soul
I want you to notice, When I'm not around,
You're so fkng special, I wish I was special.



Quote makton 13-7-2017 07:35 AM
btw, ape khabar siti musliha tu skrg?
Quote AbukRokok 13-7-2017 07:43 AM
x boleh kutuk gay lah mcm ni ye
Quote shanshero 13-7-2017 09:39 AM
tengok putih kulit miyo ni buat ramai
nak beli dari miyo produk ni.
Quote batmana 13-7-2017 10:46 AM
yg suke berubah muka ni psl hidup dia tk pnah bergaul ngn org susah

tk pnah bantu mangsa kemalangan eksiden maut kt tepi jln
tk pnah tgk mayat org yg hancur mukanya
pstu tk timbul rasa bersyukur dgn apa yg ada
Quote SuRiaGreeNz 13-7-2017 10:53 AM
ubh pkai app je kot..
Quote beautifulliar 13-7-2017 10:53 AM
makton replied at 13-7-2017 07:35 AM
btw, ape khabar siti musliha tu skrg?

Teringat dulu ms kecik2 salu tengok siti musliha kat tv..tp mak meols tak suka katanye siti musliha kdg2 mcm over sikit

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045585s Gzip On
To Top