Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jururawat Nyaris Meletup Dalam Kereta Kerana Bunyi 'Beep'

9-7-2017 05:25 PM |Dilihat:4479| Komen: 52
Alangkah terkejutnya seorang jururawat wanita apabila mendapati bunyi ‘beep’ di belakang keretanya adalah sebuah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Memetik mStar Online, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Sabtu itu, P. Janagi, 27, yang bertugas di sebuah klinik swasta di Pekan kapar, Klang, mendakwa terdengar bunyi berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Nesa Kampung Simpang 3, Jeram, Kuala Selangor.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, sebaik menyedari bunyi itu, mangsa terus singgah ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai di Kapar untuk meminta bantuan dan memeriksa punca bunyi itu pada keretanya jenis Proton Saga.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa menemukan objek berwarna hitam menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan di bawah bampar kereta itu dan mencabutnya. Semasa bapa saudaranya mencabut objek tersebut, ia masih mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis sejurus selepas itu,” katanya.


Foto: mStar Online

Tambah Fadzil, sejurus pihaknya menerima laporan berkenaan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian bagi pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan, mereka mengesahkan ianya merupakan bahan letupan buatan sendiri dari jenis IED.

Menurut laporan, objek terbabit terdiri daripada dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam serta dilengkapi papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

“Bom terbabit dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” katanya

Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sembangbimbang 19-8-2017 10:55 AM
Biar betul sapa letak bom tu

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 9-7-2017 06:18 PM
ganas seyh main bom.

ni kira dendam kesumat ni. akak ada beberapa orang nak bom juga terutama scammer akak. tapi sebab akak tahu Allah tu ada, akak sabar.  bom orang bukan dpt duit semula.

tp tak pelik pun nordin mat top terrorist asal malaysia pandai buat bomb..

daripada buat bomb baik bomb pasar raya hypermarket dengan produk kita. biar jadi kaya raya. setakat bom kereta perempuan nurse tu kerja pondan dik. telur tak cukup masak lagi jenis pondan tak siap.
Quote putehkundor 9-7-2017 06:20 PM
Siapakah dalangnya? Ex bf sheols kah?
Quote ice_sky92 9-7-2017 06:23 PM
Siapa ye agak2 suspek utama? Serius la main bom skg ni..
Quote Allthatnana 9-7-2017 06:24 PM
Serius takotnyaa..main bom plak dah..nnt adelah yg mniru ni..
Quote ice_sky92 9-7-2017 06:25 PM
CiliPadiSedap replied at 9-7-2017 06:18 PM
ganas seyh main bom.

ni kira dendam kesumat ni. akak ada beberapa orang nak bom juga terutama sc ...

Serius la kak ada orang nak bom akak. Hati-hati kak. Nanti tak dapat berforum lagi...
Quote CiliPadiSedap 9-7-2017 06:31 PM
ice_sky92 replied at 9-7-2017 06:25 PM
Serius la kak ada orang nak bom akak. Hati-hati kak. Nanti tak dapat berforum lagi...

akak yang nak bom orang dik, bukan orang nak bom akak. kita buat baik org pijak kita.. hancur badan di kandung tanah, hancur budi kena bomorg kena aniaya bukan setakat doa makbul dik, bom pun makbul lepas tu meringkuk dalam penjara.
Quote Siputjelly 9-7-2017 06:38 PM
wehhh serius lah kat malaysia ni? scarynyaaa main bom dah skrg
Quote AbigailWong 9-7-2017 06:47 PM
serius lah kat malaysia ni?
Quote lasagnaklcc 9-7-2017 06:50 PM
C4 susah dpt, so buat sendiri jela. Pandai jgk tu nak buat.
Quote cengkihgirl 9-7-2017 06:50 PM
Ni gara2 belajar dari u tiub la ni gamaknya
Quote mjla 9-7-2017 06:59 PM
Bom apo tak melotop pun
Quote jetrofa 9-7-2017 08:26 PM

syukurr.. bom tu tak meletup lagi...sempat panggil polis..
Quote Pink_Purple 9-7-2017 08:44 PM
nasib selmat,

nasib jumpa bom tu
Quote zorrro_03 9-7-2017 08:51 PM
Ni ada makhluk Laknatullah nak sebarkan budaya bom sana sini spt mana kapir IS buat di negara luar ke?  
Quote minguk 9-7-2017 09:03 PM
Takutnya main bom-bom
Quote aleesyasofia 9-7-2017 09:09 PM
bhayanya.. smga dijauhkn semuanya..
Quote PongKang 9-7-2017 09:19 PM
dah mcm kt selatan thai
Quote Knowlee 9-7-2017 09:32 PM
Dia syak ex bf dia yg buat.
Quote spiderman80 9-7-2017 09:39 PM
mjla replied at 9-7-2017 06:59 PM
Bom apo tak melotop pun

Made In China

Semua barangan buatan China boleh meletup kecuali bom.

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088919s Gzip On
To Top