Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gara-gara Berkira Untuk Sedekah, Fizo Omar Dapat Balasan 'Cash' Depan Mata

6-7-2017 06:08 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 11995| Komen: 131

Pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi kisah menerusi laman Facebook miliknya, bagaimana dia hampir kehilangan kamera bernilai ribuan ringgit dalam sebuah kereta Grab. 

Kisahnya, dia yang menaiki kenderaan tersebut mula memasang niat untuk memberi sumbangan kepada pemandunya. 

Ini kerana Fizo berasa tersentuh dengan situasi atau kehidupan pemandu berkenaan yang dikatakan sukar dan daif. 

“Mulanya berhajat nak bagi RM50, tapi bertukar bagi RM20 sahaja,” kata Fizo. 


Katanya lagi, dek kerana berasa kasihan, dia mahu memberi sumbangan bernilai RM50 itu. Namun, ketika sampai ke destinasi dia mula berasa ragu-ragu dan cuma menghulurkan RM20 sahaja. 

"Mula-mula saya nak bagi dalam RM50, nak bagi dekat mak dia untuk makan tapi niat itu berubah apabila ‘dihasut’… hmmmm buka wallet tengok ada duit RM20 dan RM50. 'Hasutan’ tu membuatkan saya ubah niat dengan bagi dia RM20 je," katanya. 

Namun, seakan mendapat pembalasan secara 'cash', ditakdirkan kamera miliknya tertinggal di dalam kereta Grab itu.  

"Masa nak balik saya baru perasan kamera kesayangan yang baru dibeli tercicir dalam kereta tadi. Apa lagi, terus call dia. Dalam hati macam... hmmm… bye bye sudah kamera tu... terus fikir negatif macam-macam.

Foto: FB Fizo

"Tiba-tiba, pemandu itu hubungi saya semula beritahu kamera itu ada padanya," ujarnya. 

Siapa sangka, pemandu tersebut begitu baik hati dan datang memulangkan semula kamera milik Fizo. 

Dari situ, suami kepada Mawar ini berasa sangat terkesan dan terus menyesali perbuatannya yang dianggap berkira dan kedekut. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 131
Komen

Previous : Aeril Zafrel Rugi Puluhan Ribu, Wanita Perdaya Dengan Transaksi Palsu

Next       : "Nak Tegur Biarlah Kena Caranya" - Bapa Puteri Balqis

Komen Terbaru

Quote suka2je 10-7-2017 04:02 PM
iols dpt grab driver suka berborak eh kosser sgt sibuk tanya mcm2. nasib dekat. iols bagi 2star je hihihi

Lain-lain Komen

Quote milot 6-7-2017 06:11 PM
Pastu kasi x rm50...aft dpt kamera?
Quote she 6-7-2017 06:14 PM
Terus rating dreba naik tinggi mencanak seumpama buih nasik tengah ditanak dalam rice cooker
Quote sepitsiput 6-7-2017 06:17 PM
Edited by sepitsiput at 6-7-2017 06:19 PM

dah xde cerita sgt dah ke wartawan cari oi? story ni mengesahkan lagi syakwasangka meols bahawa apakah benar wartawan cari porem dibayar oleh retis2 spt lupya omar, pasa jandha, fizo omar utk kluarkan artikel kt porem ni....coii

ada baiknya wartawan cari pergi interview abu kohlipe ke, dj syabu tun nadia ke, dik eman tino yg baru kematian nenek ke...sapa2 lah yg ada content gossip..kalau stakat cerita humble brag xde isi camni..baik berhenti je lah jd wartawan cari..buat busuk nama porem yg gah ni sajork..

apakah meols wajar sucikan dan wangikan hati meols dari busuk hati kt wartawan cari?
Quote matchstick 6-7-2017 06:23 PM
setuju dgn komen tok pit seperti di atas
Quote kambinggila 6-7-2017 06:24 PM
ok lah tu dari takde cerita.. kira ada topik utk fizo omar dalam bulan julai 2017
Quote matchstick 6-7-2017 06:24 PM
kalau driver tu x call n return kamera tu mesti ko report polis kan..
Quote matchstick 6-7-2017 06:25 PM
period bini dia dah teratur ke belum

dh disahkan pregnant x?
Quote exclusive_vvip 6-7-2017 06:42 PM
Haah,citer humble brag je ni...still dia nak bgtau yg dia hulur lebih dari tambang sepatutnya...sejujurnya,meols nyampah betul klu dengar org dok citer,lepas bagi sedekah tetiba berlaku sesuatu yg baik..takpun kalu tak sedekah,lepas tu kereta terguris la apa la...bukan retis je, marhaen pun ada yg buat statement gini...nak buat baik,buat je la..takyah la nak sentimental sgt...
Quote RatuDunia94 6-7-2017 06:49 PM
sepitsiput replied at 6-7-2017 06:17 PM
dah xde cerita sgt dah ke wartawan cari oi? story ni mengesahkan lagi syakwasangka meols bahawa apak ...


Haha.. Bila sifu bersuara!  
Cash utk wartawan cari.
Quote beruangmuda 6-7-2017 06:58 PM
Suka ambik driver chinese or indian sbb dorg tak kenal heols so theyols tak hipokrit dgn heolsss? Who are yusss fizo omar? Nama ko pun aku dah lupa apatah lagi nak hipokrit dgn ko
Quote DeeHanania 6-7-2017 06:59 PM
Edited by DeeHanania at 6-7-2017 07:01 PM

Pehh!!!Ayat bermula "kekadang suka ambik chinese@indian driver sbb suka bersembang,&diaorg x kenal sape aku, so xde lah diaorg nak jadik hipokrit@ nak bagi layanan istimewa ke hape?'
Membongak jek...
Femes ke ko tu,fizo oiii!!!
Hambooiii,kalo dpt driver melayu,kkonon mngeletis laa ngok ko...
Quote CiliPadiSedap 6-7-2017 07:01 PM
fizo dah tak de cerita , laki bini sama je
Quote AbukRokok 6-7-2017 07:05 PM
skrg driver tu dah tau fizo kedekut dan pernah berniat tidak baik
Quote kiah_karok 6-7-2017 07:06 PM
Meols prnh naik uber..dia cas 99sen tp meols bg lbih rm5.niat sdekah ajela kan.xplak kita hadap nk updte kt fb .sejujurnya saja la tu pijo nk up kan nma smbil2 mndapat pujian netizen biar netizen tau pijo tu msih wjud.githeww
Quote virgo19 6-7-2017 07:16 PM
DeeHanania replied at 6-7-2017 06:59 PM
Pehh!!!Ayat bermula "kekadang suka ambik chinese@indian driver sbb suka bersembang,&diaorg x kenal s ...

uber dan grab ni boleh ke nak pilih2 pemandu bangsa apa? bukan kalau kita request tu terus automatik dapat kat sesiapa je?
Quote GigaMom 6-7-2017 07:18 PM
beruangmuda replied at 6-7-2017 06:58 PM
Suka ambik driver chinese or indian sbb dorg tak kenal heols so theyols tak hipokrit dgn heolsss? Wh ...

Boleh pilih2 ke driver grab ni. Means ada 3 drv pd masa sama n kita pilih yg mana nk? Ot sket x penh naik grab. Cam uber mmg x leh pilih
Quote sixret 6-7-2017 07:22 PM
Alhamdulillah. Suka baca. Cerita yang ada nilai moral.
Quote beruangmuda 6-7-2017 07:26 PM
GigaMom replied at 6-7-2017 07:18 PM
Boleh pilih2 ke driver grab ni. Means ada 3 drv pd masa sama n kita pilih yg mana nk? Ot sket x pe ...

Boleh reject kalau tak nak driver tu
Quote annehuda 6-7-2017 07:27 PM
Kejap nak kasik rm10 pastu up rm50 pastu rm20 plak.  Amende die nk citer sbnrnye

Lihat semua komen(131)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061684s Gzip On
To Top