Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Asyik Cari Kesalahan Pasangan, Sampai Terlupa Jenguk Kebaikan Suami

6-7-2017 12:28 PM |Dilihat: 2087| Komen: 5

Assalamualaikum dan Salam Syawal,

Masih ingat lagi tentang tips mengelakkan suami mencari lain? Sebelum ini, beberapa tips telah saya kongsi,  dan ini bermakna tinggal 4 sahaja lagi tips yang penting untuk diamati dan diamalkan oleh para isteri. Tips seterusnya ini adalah Jenguk Kebaikan Suami.

Seperti sabda Rasulullah SAW semasa baginda dan para sahabat melakukan solat gerhana, Rasulullah SAW melihat Syurga dan Neraka dan bersabda kepada para sahabat:

  dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : Mengapa (demikian) wahai Rasulullah? Baginda s.a.w menjawab : Kerana kekufuran mereka. Kemudian ditanya lagi : Apakah mereka kufur kepada Allah? 

"Baginda menjawab : Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


Menariknya, sabda Rasulullah SAW ini sesungguhnya telah terbukti dengan hasil kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan wanita apabila dalam perhubungan sama ada perhubungan kekasih atau pun suami isteri dan perhubungan itu telah terjalin lama, maka wanita akan lebih cenderung melihat perkara negatif pasangannya berbanding kebaikan yang dilakukannya. 

Ada sahaja yang tidak kena dengan perlakuan si suami. Sebagai contoh, si suami bertungkus lumus mencari nafkah sehingga adakala terpaksa pulang lewat ke rumah, maka isu ini akan dibangkit dan dibentangkan dengan rakusnya oleh si isteri tanpa memikirkan kenapa si suami bertindak sedemikian. 

Lebih parah sekiranya isu itu dibangkitkan dengan emosi yang tidak stabil sehingga C

1. Tidak bercakap dengan suami.

2. Tidak mempedulikan kewujudan suami di rumah.

3. Menaikkan suara apatah lagi memaki hamun suami.

4. Merendah-rendahkan suami seperti ungkapan kerja bukan main, duit takde juga dan seumpama dengannya.

5. Melontarkan tuduhan atau fitnah melulu seperti ungkapan Dengan betina mana yang you duk sibuk sangat! dan seumpama dengannya.

6. Menafikan tanggungjawab suami seperti ungkapan Suami tak bertanggungjawab dan seumpama dengannya.


Perlu sentiasa ingat bahawa si suami adalah manusia biasa yang tidak sama sekali sempurna dan pastinya ada kekurangan yang dilakukannya.  Samada dilakukan secara tidak sengaja mahupun disebabkan faktor sekeliling yang memaksa dirinya bertindak sedemikian. 

Namun, sebagai seorang Isteri Unggul, seharusnya...

1. Sesekali jengok kebaikan yang dilakukan si suami. Bukan hanya ketika kebaikan itu dilakukan tetapi simpanlah ia sebagai kenangan untuk diri sentiasa menghargai si dia. Maka secara tidak langsung, tanpa disedari, anda juga akan mudah memaafkannya sekiranya ada kesilapan yang dilakukan.

2. Menghadiahkan kemanisan kata dengan menasihatkannya untuk sesekali berehat demi kesihatannya jika si isteri melihat suami bertungkus lumus berusaha mencari nafkah untuk memberi yang terbaik untuk keluarga daripada gemar mempersoalkan masanya. 

3. Tidak melihat perkara negatif sahaja, sebaliknya fikirnya juga dari sudut positif tentang sesuatu tindakan si suami.

Foto: Carian internet 
Jika tidak, lambat laun, si suami akan mula rasa tidak dihargai.  Lantas, bisikan syaitan mudah mempengaruhi si dia untuk melakukan sesuatu yang tidak baik kononnya sebagai balasan terhadap isteri yang tidak memahaminya. 

Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang. 

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Reply: 5
Komen

Komen Terbaru

Quote pucuk-kelompang 1-8-2017 01:55 PM
nice sharing

Lain-lain Komen

Quote melnanzz 13-7-2017 02:45 AM
Good article.
Quote mily 15-7-2017 12:34 AM
Huhu...tgh gaduh ngan suami skrg...hmm...
Quote bangcak 19-7-2017 02:50 PM
mily replied at 15-7-2017 12:34 AM
Huhu...tgh gaduh ngan suami skrg...hmm...

takbaik gaduh2 nga somi.
kene saling melengkapi


Quote bel146 24-7-2017 04:31 PM
bagus thread nih...
Quote pucuk-kelompang 1-8-2017 01:55 PM
nice sharing

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065220s Gzip On
To Top