Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Demam Panas, Saleem Iklim Dikejarkan Ke Hospital

6-7-2017 11:08 AM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1108| Komen: 0

Peminat di laman sosial mula tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku kepada vokalis kumpulan Iklim, Saleem selepas tular gambar penyanyi itu dimasukkan ke dalam wad. 

Memetik laporan Astro Awani, Saleem  dikejarkan ke Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras kerana demam. 

Ia turut dikongsikan oleh anggota kumpulan Khalifah, Harry menerusi laman Facebook miliknya. 

“Salam kepada penyokong-penyokong Apak, Khalifah dan Saleem... Minta jasa baik kalian untuk mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagenda tanah air "RAJA BALADA"… 

"Beliau masih kuat untuk melawan penyakit… Semoga Saleem di permudahkan segalanya... Amin...,” tulisnya. 


Manakala, Harian Metro melaporkan penyanyi berkenaan mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.

Dikatakan juga punca sebenar penyakit tersebut masih belum dikenalpasti. 

Saleem dilaporkan turut mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan hari ini, namun ia bergantung kepada tahap kesihatannya. - CARI 

Foto: Astro Awani

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Previous : Buka Tudung Dalam Rumah Ahya Rosli, Ini Penjelasan Zulin Aziz

Next       : Lebih Tenang Begini - Mizz Nina

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047934s Gzip On
To Top