Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Majlis Nikah Dikecam, Betul Macam Dalam Gereja Ke Melayu Memang Cepat Melatah?

6-7-2017 10:51 AM |Dilihat:7883| Komen: 126
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dan biasanya semua bakal pengantin akan membuat persiapan dan memilih yang terbaik untuk majlis kahwin mereka.

Ada yang lebih gemar memilih konsep tradisional dan selebihnya pula sukakan konsep yang moden dan kontemporari.

Namun mungkin disebabkan mahukan sesuatu yang berbeza dan unik, majlis akad nikah pasangan Melayu ini jadi kecaman kerana dikatakan menyerupai suasana di dalam gereja.

Gambar yang dimuat naik oleh sepupu pasangan ini di Twitter mendapat perhatian netizen dengan lebih 15 ribu retweets setakat ini.

Kapsyennya berbunyi, "Whoever designed the akad for my cousin, hit me up."

Biasalah kalau sudah namanya pun manusia, elok pun dikeji apatah lagi yang sememangnya 'mengundang' seperti ini pasti akan dikecam.

Namun ada juga yang mempertahankan rekaan seperti ini dengan mengatakan kaum Melayu memang cepat "triggered" atau melatah serta berfikiran sempit.
Benarkah rekaan seperti ini sememangnya menyerupai gereja? Anda nilailah sendiri. -CARI

Foto: Twitter @ssyedvmin

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 125
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cmf_shalom 9-7-2017 05:28 PM
chazey replied at 7-7-2017 02:42 AM
Orang Islam sendiri memang banyak menyerupai  penganut agama lain disebabkan pertembungan budaya ...

Khubah masjid tu dr seni bina gereja gak asalnya...

Lain-lain Komen

Quote chinta89 6-7-2017 11:00 AM
Edited by chinta89 at 6-7-2017 11:01 AM

pemikiran sempit ke tak sempit ke.. bg aku kalau dh nk meyamai sesuatu kaum/agama, x pyh la tiru if nk cri kelainan sgt pun.

sanding pun ikut hindu, xde sape bising?? berinai? n etc??
Quote CrowneGlory 6-7-2017 11:16 AM
dah dia mampu sediakan kerusi apa salahnya dr bersimpuh atas lantai... good thoughts... kesian acik2 dh tua kaki kebas lama2 ddk atas lantai
Quote DaisyD 6-7-2017 11:21 AM
Haah elok je letak kerusi, nampak tersusun.
Quote matchstick 6-7-2017 11:26 AM
Xsalah nk sediakan kerusi..
penganting tu harap jgnlah berangan hidup nk tiru style kapir siap ada muzik bila bride masuk diiringi bapaknya sambil groom menunggu penuh debar bersama tok kadi kt depan tu. Siap akad nikah terus pengantin comolot dpn tok kadi.
Quote ChildrenOfBodom 6-7-2017 11:29 AM
Boh lagu canon rock plak music background mmg sempoy, hallelujah
Quote -electrifying- 6-7-2017 11:33 AM
tp nmpk sgt mcm ikut kristian... pndgn aku la, lain org lain pndgn nya
Quote Skuau 6-7-2017 11:42 AM
Sepatah dua kata drp pakar agama bertauliah....
Quote pearl.silver 6-7-2017 11:43 AM
Artis ramai je buat stail western ni..terutama yg pilih garden wedding. Masa tu xde plak org kata salah tiru wedding org putih
Quote KucingKedai 6-7-2017 11:44 AM
Selalu kalau nak letak kerusi utk org tua2, kita akan letak kat satu area. yang boleh duduk bawah, akan bersila keliling pengantin. Selalunya lah.. gamba pon 360 sbb keliling pengantin. Yang ni mmg menyerupai la.. Agak mengundang sbnrnye, tp lantak le ko nye wedding..
Quote haliamerah 6-7-2017 11:46 AM
kan mmg dh trend majlis nikah mcm ni..tetamu duduk kat kerusi...pengantin kat depan duduk kat kusi jugak....

tp bagus jgk duduk kt kerusi..sbbnye makcik2 yg skt lutut tu xyah la susah2 duk bwh..
Quote Missfadh 6-7-2017 11:47 AM
Okay je layout mcm tu. Nmpk kemas. Yg selama ni bersanding tak pikir pula tiru agama Hindu.
Quote miemiecha 6-7-2017 11:50 AM
mek ok je.. nmpk santek.. suka nau kait kan dari satu ke satu org mesia nih,, adpioi..

bak kata komenan kat fb tu.. nmpk mcm tu dah gelabah, nmpk masejid xde plak nk beria.. dasar!!!
Quote Artemesiaa 6-7-2017 12:01 PM
Apa salahnya sediakan kerusi macam tu.  Zaman sekarang bukan acik2 nenek2 je sakit lutut yang muda2 pun mau kebas kaki kalau duduk lama2.  Jadi demi keselesaan semua jemputan tak ada salahnya kalau kerusi disediakan untuk mereka.  Kalau semuanya nak sentap mana nak datang keamaman dalam jiwa, komen itu ini lagi le dah kira mengumpat kan tak pasal2 dapat dosa.
Quote debab76 6-7-2017 12:10 PM
ni menempa namanya mcm taktau ummah meleis gimana. haramm harammm..
Quote Defcon2 6-7-2017 12:24 PM
Ikut je cara Rasulullah SAW bernikah. Mudah dan praktikal.
Quote nut.legacy 6-7-2017 12:29 PM
masyarakat dah biasa dgn cara duduk di bersila... so bila ubah skit terus komen mcm2
Quote tinacuak 6-7-2017 12:32 PM
Ikut niat la. Mmg mula2 tgk mcm dlm gereja...tp bila dua kali tgk it is just a chair ja...tp berbalik pada niat depa. Kalau depa niat nak nmpk cool konon nmpk mcm dlm gereja susun krusi camtu, maka dia dpt la apa yg allah ckp dlm quran GOLONGAN YG MENYERUPAI SESUATU KAUM ITU, MAKA DIA TERGOLONG DALAM KAUM ITU, DAN ALLAH TIDAK SUKA...

Heran jugak zmn skrg..bangga kan sgt barat...kalau stkt budaya xpala, ni babit agama kot. Haram wei
Quote nisako 6-7-2017 12:37 PM
mcm mcm org sekrg ni............
Quote missinpiece 6-7-2017 01:17 PM
Ikut korangla, korang nye wedding. Moga berbahagia till jannah la

Lihat semua komen(126)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062791s Gzip On
To Top