Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Rupanya Kulit Kiwi Lebih Tinggi Serat Berbanding Buahnya, Jadi Makanlah Kulitnya!

4-7-2017 03:48 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1241| Komen: 14


Memang terdapat beberapa jenis buah-buahan yang digalakkan bersekali dengan kulitnya. Ia bertujuan mendapatkan kandungan nutrisi secara maksimum.

Ini termasuklah epal, pir, jambu dan juga kiwi. Sekejap, biar betul kulit kiwi pun turut digalakkan untuk dikonsumsi?

Ya, mungkin ramai yang masih tidak biasa malah mungkin tidak mengetahuinya. Namun menurut California Kiwifruit Comission, 

"Kulit buah kiwi benar-benar boleh dimakan dan malah kandungan nutrisinya lebih banyak."


Memetik laman Purewow, terdapat kajian mendapati kulit kiwi mengandungi tiga kali lebih serat berbanding isinya. Satu fakta yang sangat penting, bukan?

Dari segi rasanya, memang ia terasa agak pelik namun bagi mereka yang biasa mengambil kulit kiwi ini, teksturnya mirip dengan kulit buah pic.

Cara mengambilnya, pastikan buah kiwi dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian keringkan bahagian kulit kiwi dengan kain bersih atau kitchen towel untuk menghilangkan bulu-bulunya. - CARI 

Foto: Carian internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : 5 Tip Kembalikan Mood Bekerja Selepas Cuti Raya

Next       : Kumpul Pahala Berganda, Dah Tahu Ke Belum 9 Sunah Melayan Tetamu Ini?

Komen Terbaru

Quote neurelle 10-7-2017 03:34 PM
eiii x sedap kot kulit tu

Lain-lain Komen

Quote ngee 4-7-2017 04:31 PM
oo..mcm tu.pasni xpayah kupasla kulit dia
Quote Nenasketum 4-7-2017 04:41 PM
Tak gatai ka lidah makan bulu2 haluih dia?
Quote Artemesiaa 4-7-2017 05:19 PM
Walaupun statement tu kata bagus tapi masih belum lalu nak telan kulitnya yang sebegitu
Quote CrowneGlory 4-7-2017 05:39 PM
Takpe je la buah dia pun aku x berapa gemar
Quote likecandy 4-7-2017 08:30 PM

X pernah suka buah kiwi dan x pernah suka kulit dia yg berbulu bulu tu
Quote moocoww 4-7-2017 10:23 PM
Suka makan buah kiwi..cuma yg x tahan lepas mkn lidah jadi gatal2 mcm makan nenas
Quote kucen_miang 5-7-2017 11:02 AM
tak gatal ke anak tekak. buah kiwi ni sedap makan ngan eskrem vanilla.
Quote shanshero 6-7-2017 12:42 PM
next time nak makan kiwi cuma cukur
bulu kiwi dan ngap. !
Quote zorrro_03 6-7-2017 08:27 PM
Habis tu sisa2 kesan semburan tu nak kena telan sekali kah?   Hmmmmmm. Tak sesuai....
Quote DeeHanania 8-7-2017 01:44 PM
x ke lelas makan gan kulit kiwi tu skali...
gatal kat tekak
Quote damian_lee 8-7-2017 09:52 PM
Kiwi ni baguihh kalau ada masalah nak membuang
Lebih baguih dr betik
...
Quote indenial 8-7-2017 11:46 PM
Tak makan kiwi la pulak
Quote neurelle 10-7-2017 03:34 PM
eiii x sedap kot kulit tu

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.053264s Gzip On
    To Top