Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan Terjatuh Dari Kereta Kabel Berketinggian Hampir 8 Meter

27-6-2017 09:32 AM |Dilihat:3761| Komen: 39

Seorang budak perempuan berusia 14 tahun terjatuh dari kereta kabel yang dinaikinya di ketinggian kira-kira 7.6 meter mujurnya terselamat berikutan berjay disambut oleh sekumpulan orang awam. 

Memetik laporan Mirror UK, kejadian tersebut berlaku di Taman Six Flags Amusement di New York, Amerika Syarikat. 



Paparan video jelas kelihatan budak perempuan itu tergantung dengan badannya berhayun di luar kereta kabel, manakala dibawah kereta kabel berkumpul ramai orang awam yang cuba membantunya. 

Ketika itu, mangsa kelihatan memekik kuat akibat panik, menerusi video kedengaran ada orang menjerit "lehernya tersangkut", adik kepada mangsa yang berada di dalam kereta kabel kelihatan berusaha tenangkan kakaknya dan cuba mengalihkan kepalanya dari penghadang. 

Pada masa itu, kedengaran pula ada orang menjerit kuat : " Terjun saja, saya akan sambut awak! "

Akhirnya budak perempuan itu menerjun ke bawah dan berjaya disambut oleh orang awam.

Kemudian mangsa segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan dilaporkan mangsa hanya cedera ringan sahaja. 

Susulan itu, walaupun kebanyakan pengunjung bimbang dengan tahap keselamatan kereta kabel di taman tersebut, tetapi pihak pengurusan taman memaklumkan kemudahan semuanya beroperasi dalam keadaan normal dan tiada masalah. 

Setakat ini, punca sebenar yang menyebabkan budak perempuan itu terjatuh dari kereta kabel masih tidak diketahui. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 3-7-2017 02:55 PM
aduhhhhhhhhhhhh mcmne la boleh jd mcm tu

Lain-lain Komen

Quote insulin 27-6-2017 09:34 AM
Mujur selamat....
Quote Pink_Purple 27-6-2017 09:55 AM
ngerinya baca berita mcm ni
Quote manjalara_01 27-6-2017 10:31 AM
sape2 rajin bleh la gi csi fb adik mangsa ke...nak tau jgk ape yg terjadi sebenarnye..
Quote Changa 27-6-2017 11:32 AM
Birah nya kau dek
Quote KucingKedai 27-6-2017 11:35 AM
mujur takde pape..
Quote ultra78 27-6-2017 12:03 PM
Teringat sebuah filem tentang pemain ski yg naik kereta kabel ke sebuah gunung. Tiba-tiba kereta kabel terhenti separuh jalan dan hari itu pulak last day dlm season tu. Maknanya kena tunggu beberapa bulan lagi baru operator ski tu resort buka balik. Nak terjun karang cedera parah atau mati. Ada serigala pulak tu. Nak tunggu dlm kereta kabel maknanya akan mati beku di situ.
Quote white_musk 27-6-2017 12:07 PM
ultra78 replied at 27-6-2017 12:03 PM
Teringat sebuah filem tentang pemain ski yg naik kereta kabel ke sebuah gunung. Tiba-tiba kereta kab ...

Film APA tu? Berdebar2 Akak baca
Quote taikor 27-6-2017 12:24 PM
ultra78 replied at 27-6-2017 12:03 PM
Teringat sebuah filem tentang pemain ski yg naik kereta kabel ke sebuah gunung. Tiba-tiba kereta kab ...

tak bawak henfon ker? apa nama filem itu?
Quote ultra78 27-6-2017 12:33 PM
white_musk replied at 27-6-2017 12:07 PM
Film APA tu? Berdebar2 Akak baca

Frozen (2010)
Quote Pajeri_Nenas 27-6-2017 01:11 PM
kenapa aku bc kereta kebal?
Quote uhuStic 27-6-2017 01:22 PM
jenis tak reti duduk diam ke apa?
penghadang tu elok je tak terbuka
org sebelah pun elok je duduk
Quote uhuStic 27-6-2017 01:22 PM
ultra78 replied at 27-6-2017 04:03 AM
Teringat sebuah filem tentang pemain ski yg naik kereta kabel ke sebuah gunung. Tiba-tiba kereta kab ...

lepas tu apa jd?
Quote SalenaGomez 27-6-2017 01:32 PM
ultra78 replied at 27-6-2017 12:33 PM
Frozen (2010)

Hahahha bior betik... frozen katun tu ke??
Quote Burong_Hantuk 27-6-2017 02:16 PM
ini jenis tak tau dudok diam nih.nawuzubilla
Quote Burong_Hantuk 27-6-2017 02:16 PM
ini jenis tak tau dudok diam nih.nawuzubilla
Quote ultra78 27-6-2017 02:52 PM
SalenaGomez replied at 27-6-2017 01:32 PM
Hahahha bior betik... frozen katun tu ke??

Frozen kartun release 2013. Filem ni release 2010


Quote dubuk 27-6-2017 02:57 PM

thanks for the good movie. baru lepas tengok kat youtube.

ada lagi tak cerita best macam ni? boleh bagi tajuk? tengah kenyang ni layan movie banyak syokk.. selamat hari raya

Quote mjla 27-6-2017 03:20 PM
Dok lam tu cam ulek nangko mendapek ko dek
Quote MamaMima711 27-6-2017 03:37 PM
ultra78 replied at 27-6-2017 12:33 PM
Frozen (2010)

Wah...mcm best.nk tgk lah

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092804s Gzip On
To Top