Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Antara Jubah Dan Baju Melayu

24-6-2017 03:17 PM |Dilihat: 3493| Komen: 100

Aidil Fitri ini anda pakai jubah atau baju Melayu? Baju kurung atau abaya? 

Saya bukanlah pakar fesyen. Tapi setahu saya musim Raya lalu, apa yang dipanggil jubah “ hipster” agak populuar di kalangan anak muda.

Bagi Muslimah ( muda dan yang tak berapa muda ) abaya pilihan mereka. Namun populariti abaya bukanlah perkara baru. Maksud saya “trend” itu tidak bermula Raya lalu.

Saya menimbulkan ini kerana persoalan atau “tuduhan” bahawa orang Melayu mengalami proses “Arabisation” masih diperkatakan. Hingga ke hari ini.


“Arabisation” membawa makna penerapan budaya Arab yang dikatakan sedang atau sudah mengaburi budaya Melayu.

Dalam bahasa simple “Arabisation “ ialah orang Melayu nak jadi Arab. Ada sesetengah pihak berpendapat ini berlaku apabila orang Melayu mendekati Islam dan mengangap budaya Arab ialah budaya Islam .

Lalu kata mereka orang Melayu sekarang gemar berjubah, tidak lagi berteluk belanga dan bersarung ketika ke masjid umpamanya. 

Kata mereka lagi orang Melayu kini menggunakan istilah “solat” bukan istilah “sembahyang.

Berbuka puasa diganti dengan “iftar”. Ucapan Selamat Hari Raya pula berbunyi “Eid Mubarak “. Semuanya demi Islamik kata mereka.

Gologan yang “bimbang” dengan perkembangan ini bagaimana mengakui tidak salahya menghampiri  agama. Malah digalakkan. 

Cuma yang mereka “risau” ialah budaya Melayu terhakis. Apatah lagi ada orang Melayu yang merujuk diri mereka sebagai “ana” bukan lagi “saya ” atau “aku”. Untuk “kamu, engkau, awak “ digunakan “ente”.

Betul ke budaya Melayu terkakis dengan perkembangan ini?


Adakah benar orang Melayu nak jadi Arab? Waullahualam. Tepuk dada tanya selera kata orang Melayu dulu dulu.

Saya sekadar ingin menyatakan rasanya orang Melayu termasuk yang menggunakan istilah Arab rata rata tahu  tidak peru jadi orang Arab untuk jadi Muslim.

Jika “polemiknya” tidak membabitkan aspek “spiritual” dan sebagainya Alhamdulilah.

Sudut luaran iaitu pemakaian,percakapan tidaklah membimbangkan sangat.

Foto: Carian internet
Lantas bagi saya berbaju Melayu lengkap dengan sampin,songkok dan capal mahu pun berjubah “hipster” atau yang longgar fesyen lama pada Syawal ini bukan masalah.

Begitu juga memakai abaya atau berbaju kurung.Kebaya juga. Yang penting kita tahu kita Islam.


Selamat Hari Raya semua
Maaf zahir dan batin.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
4
Reply: 89
Komen

Komen Terbaru

Quote bijigetah 27-6-2017 07:18 AM
Jgn salah anggap ye.. jubah tu sunnah nabi..

Jom kita hidupkan sunnah nabi...

Lain-lain Komen

Quote pyropura 24-6-2017 03:32 PM
Dengan cuaca  panas panas lembab nak bejubah bagai ... cemana lah kepam jadinya tuh
Quote finesse 24-6-2017 03:37 PM
pyropura replied at 24-6-2017 03:32 PM
Dengan cuaca  panas panas lembab nak bejubah bagai ... cemana lah kepam jadinya tuh

Sibuk jd Arab.. bang pyro jgn jd Arab tau...
Baju Melayu dh beli ke belum?
Quote Dovahkiin 24-6-2017 03:43 PM
Baju melayu ke jubah ke, baju kurung ke, abaya ke, tetap la sama panasnya. Sukati la nak pakai apa, yg penting aurat jaga.
Quote pyropura 24-6-2017 03:45 PM
finesse replied at 24-6-2017 03:37 PM
Sibuk jd Arab.. bang pyro jgn jd Arab tau...
Baju Melayu dh beli ke belum?

Ai pakai baju Barong ajah, kerana ai urang Asia Timur ... lagipun sejuk berangin pakai   


https://s-media-cache-ak0.pinimg ... ilipino-wedding.jpg
Quote leen_shaza 24-6-2017 03:47 PM
Tahun ni kurta
Quote leen_shaza 24-6-2017 03:47 PM
Tahun ni kurta
Quote emelia1509 24-6-2017 03:52 PM
Baju melayu lagi macho..Jejaka malaya gitu...

Tak payah nak mengerbang sana sini dengan jubah bagai feeling pak arob..
Quote finesse 24-6-2017 03:52 PM
pyropura replied at 24-6-2017 03:45 PM
Ai pakai baju Barong ajah, kerana ai urang Asia Timur ... lagipun sejuk berangin pakai   

...

Sempat lg kau eh..
Fin tanya elok2 nih..    
Quote finesse 24-6-2017 03:53 PM
emelia1509 replied at 24-6-2017 03:52 PM
Baju melayu lagi macho..Jejaka malaya gitu...

Tak payah nak mengerbang sana sini dengan jubah bag ...

Khenn. Lagi2 yg cekak musang punya baju melayu.  
Quote penmarker 24-6-2017 03:58 PM
Apesal sakit jiwa sgt sesetengah org ni dgn fesyen apa org nak pakai..ko takut perniagaan ko mufliskah?

Apesal baju melayu jadi wajib di hari raya n perhimpunan agong umno  sj kenapa x wajibkan pakai hari2 ke pjbat segala?
Kalau betul ko nak sgt mempertahankan baju melayu ko tu?
Aku mmg tak faham pemikiran manusia macam ni.. mmg nampk sgt sakit hati org pakai jubah konon nak jd arab..ko x cakap pulak hari2 dorg pakai suit n kemeja  ke ofis tu ? Yg setahun sekali nilah yg disibukkan
Quote emelia1509 24-6-2017 03:58 PM
finesse replied at 24-6-2017 03:53 PM
Khenn. Lagi2 yg cekak musang punya baju melayu.

Pakai pulak dgn butang keris yang tengah viral tu..hehe..
Quote pyropura 24-6-2017 04:02 PM
finesse replied at 24-6-2017 03:52 PM
Sempat lg kau eh..
Fin tanya elok2 nih..

Seroiusly, sejak 3-4 lalu si tak pakai baju mulayu dah time raya, rimas esp bab sampin tuh  
Quote ultra78 24-6-2017 04:07 PM



Quote kakiselit 24-6-2017 04:13 PM
finesse replied at 24-6-2017 03:37 PM
Sibuk jd Arab.. bang pyro jgn jd Arab tau...
Baju Melayu dh beli ke belum?

blum kena penangan jantan arab lagi, kecam la sana sini. Allah swt nak ajar mulut celupar senang je, diizinkan kawin dgn pak arab. Silap haribulan , hang yg akan terlebih arab dari yg arab tu sendiri. padan muka hang.
Quote batu kikir 24-6-2017 04:17 PM
Aku geli geleman pakai baju maxi ni.
Jantan pakai maxi.....apa ke jadahnya.
Pakai baju Melayu the best.
Quote famri7 24-6-2017 04:17 PM
last time pakai jubah zaman khatan Koran dlu..no more sis..xselesa ..Baju meleis all the way.

xda makna nk berkepam pakai jubah sambil kepit man clutch rambut undercut bagai pastu jalan kontrol macro...ajat hati nk langgar jah dgn kereta biar mampos.

baju melayu fit dimaafkan jika badan kau sedap..kalau bemok air kopek sebesar kuih pau juga haruslah dilanngar sehingga mati.
Quote famri7 24-6-2017 04:18 PM

jewjiknya baju sis
Quote nishikido 24-6-2017 04:46 PM
I lagi bernafsu tngok lelaki pakai baju melayu.haaa,gitu statement iols.nmpk hensem n segak lagi tasty..kalau lelaki brjubah kurang sikit nk pandang.. Xtahu kenapa..macam trtutup pandngan oleh kuasa kesaktian gituh..lulz
Quote KucingKedai 24-6-2017 05:21 PM
nishikido replied at 24-6-2017 04:46 PM
I lagi bernafsu tngok lelaki pakai baju melayu.haaa,gitu statement iols.nmpk hensem n segak lagi tas ...

Betol. Somehow rasa lelaki berbaju melayu ni nampak lg ensem n gagah la gittew  

Lihat semua komen(100)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047520s Gzip On
To Top