Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Salah Faham, Lelaki Maut Ditikam Oleh 15 Remaja

23-6-2017 11:25 AM |Dilihat:5219| Komen: 127
sumber : FMT

Kelmarin, seorang lelaki berusia 22 tahun dari Kuala Besut, Terengganu mati di tempat kejadian akibat ditikam oleh 15 orang remaja hanya kerana ingin menyelesaikan masalah yang timbul akibat salah faham pada jam kira-kira 5.15 petang di Kampung Pengkalan Nyireh, Terengganu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, mangsa yang dikenali sebagai Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der bersama abang dan seorang rakannya pergi ke kampung salah seorang suspek untuk menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah mengetuk motosikal ibu suspek terbabit. 

Kemudian, mangsa turut memaklumkan sekiranya masih tidak puas hati dengan penjelasannya, suspek boleh membuat laporan polis berhubung isu tersebut. 

Tetapi ketika itu, keadaan bertukar menjadi tegang, tiba-tiba muncul seramai 15 orang remaja mula mengepung dan mengejar mereka.

Menurut abang kepada mangsa, Nik Mud Nek Der, semasa mereka melarikan diri, adiknya terjatuh dan terus ditikam dengan pedang oleh 15 remaja berkenaan .

Ketua Balai Polis Kuala Besut, Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian tersebut dan kesemua suspek yang berkaitan dalam kes tersebut sedang giat diburu pihak polis.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 111
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sueburn 26-6-2017 11:55 PM
Yg 15 ekor tu berani la time ramai-ramai.. cuba klu dia sekor kena mcm tu, mau ilang jugak telur lari nak selamatkan diri

Lain-lain Komen

Quote putehkundor 22-6-2017 10:59 PM
Gilanya budak budak la ni
Quote mrs.uzair 22-6-2017 11:00 PM
Ada tgk pic kat Fb, sampai terkepak kaki arwah. Apalah nak jadi dekat nak raya pi bunuh orang...
Quote lexania 22-6-2017 11:00 PM
Like seriously??? Dah kenapa mcm xda undang2 dlm negara ni? Nyawa org dah xda harga.
Quote xy_daen 22-6-2017 11:02 PM
mrs.uzair replied at 22-6-2017 11:00 PM
Ada tgk pic kat Fb, sampai terkepak kaki arwah. Apalah nak jadi dekat nak raya pi bunuh orang...

Tak sanggup nak tepek sini...kesian kat arwah dan keluarga...
Quote EJALTI 22-6-2017 11:03 PM
Manusia2 bangang...:
Quote xy_daen 22-6-2017 11:04 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... t-adik-mati-ditetak
Quote helle 22-6-2017 11:06 PM
Kasi gantung jer la semua lelaki2 tak berguna ni.
Quote mrs.uzair 22-6-2017 11:10 PM
xy_daen replied at 22-6-2017 11:02 PM
Tak sanggup nak tepek sini...kesian kat arwah dan keluarga...

Ye la kan, better don't. Tp pic tu pun x nmpk muka but still menyayat hati dgn kecederaan yg mcm tu  
Quote xy_daen 22-6-2017 11:12 PM
mrs.uzair replied at 22-6-2017 11:10 PM
Ye la kan, better don't. Tp pic tu pun x nmpk muka but still menyayat hati dgn kecederaan yg mcm t ...

Gambar kat metro tu dah blurred...kaki arwah patah riuk...ditetak rasanya... :  :  :
Quote b_n_c 22-6-2017 11:16 PM
dh pasai pa sesuka hati main tetak2 org ni astagfirullahalazimm.mmmm
Quote lasagnaklcc 22-6-2017 11:17 PM
Trauma abg dia tgk adik mati dpn mata. Kesiannya.... ni pon kes mcm farhan upnm. Org tak buat tp dituduh.
Quote Burong_Hantuk 22-6-2017 11:25 PM
nawuzubilla .
Quote lexania 22-6-2017 11:26 PM
So 302 utk pelaku2 ni?
Quote asfaz 22-6-2017 11:28 PM
helle replied at 22-6-2017 11:06 PM
Kasi gantung jer la semua lelaki2 tak berguna ni.

Lepas kena tangkap.. Nangis  
Quote slavehunter 22-6-2017 11:34 PM
mrs.uzair replied at 22-6-2017 11:00 PM
Ada tgk pic kat Fb, sampai terkepak kaki arwah. Apalah nak jadi dekat nak raya pi bunuh orang...

Yang bestnye dalam 10 hari terakhir Ramadhan boleh lagi berjemaah membunuh sesama muslim. Bukan setakat tak takut undang2, tak takut tuhan pun.  
Quote lonely_surina 22-6-2017 11:37 PM
Stok2 mkn pil mmg gila tetak org tanpa akal..
Blh kata salah faham, org da meninggal ditetak..
Harap sgt spesis sampah ni digantung mati..
Mmg x halal tax iolas byr smp byr lg unt bela depa dlm jail..
Quote batu kikir 22-6-2017 11:38 PM
Abang aruah akan jadi saksi penting dalam kes pembunuhan ini.
Bagi si pembunuh2 tersebut..........bersedialah ke tali gantung. You deserved that.
Alhamdulillah.........dunia tak perlu kepada pembunuh2 cilaka tersebut.



Quote mrs.uzair 22-6-2017 11:39 PM
slavehunter replied at 22-6-2017 11:34 PM
Yang bestnye dalam 10 hari terakhir Ramadhan boleh lagi berjemaah membunuh sesama muslim. Bukan se ...

Bulan Ramadan setan kena kurung, depa pakat jadi setan, 10 mlm terakhir orang cari lailatul qadar, depa pakat bunuh orang... Haih
Quote slavehunter 22-6-2017 11:45 PM
mrs.uzair replied at 22-6-2017 11:39 PM
Bulan Ramadan setan kena kurung, depa pakat jadi setan, 10 mlm terakhir orang cari lailatul qadar, ...

Kata la semalam hari Lailatulqadar....tak ker malaikat angkat semua perbuatan kau. Aku rasa adik ni tak bersalah ...sebab tu dia suruh pergi buat report polis. Innalilah utk adik ni....kesian kat family dia sambut raya dengan kesedihan.
Wajib gantung je budak2 ni....negara ni tak perlukan orang2 jahat.

Lihat semua komen(127)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.133237s Gzip On
To Top