Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

"Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu,"-Sharifah Amani Bengang Dikecam

22-6-2017 04:40 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 14878| Komen: 186

Baru-baru ini Sharifah Amani dikatakan bengang dengan netizen yang mengecam cara pemakaiannya.

Dalam foto yang dimuat naik di Twitternya, pelakon ini menggayakan baju kurung Kedah yang dipadankan dengan seluar jeans koyak.

Foto: Twitter Sharifah Amani
Kapsyennya, "Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands."

Terus sahaja entrinya itu mendapat reaksi dari para netizen yang kebanyakannya mengkritik dan mengeluarkan kata-kata negatif. 


Mereka berpendapat bahawa Sharifah Amani tidak sepatutnya memadankan kedua elemen tersebut kerana tidak bersesuaian dengan budaya Malaysia.

Dia sepatutnya lebih peka dengan baju yang dipakainya supaya dapat menjaga tradisi pemakaian baju kurung yang sedia ada.

Ada juga yang mendakwa aktres filem ini tidak sensitif dan mempersoalkan tentang keluarganya yang dikatakan tidak melarang dirinya daripada berpakaian sebegitu.

Bagi membalas balik semua kata-kata 'longkang' itu, Sharifah Amani bertindak memuat naik sekeping gambar bersama neneknya.

“Aku pakai baju kurung Kedah dan jeans kau yang rasa panas. Nenek gua tak sekejam nenek lu bro,” tulisnya.

Tapi macam biasalah, netizen mula membalas balik.

Kalau macam ni gayanya, sampai bila pun tak selesai. Tak begitu? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 181
Komen

Previous : Penangan Pose Aedy Ashraf, Buat Iman Perempuan Berterabur

Next       : Alami Keguguran, Raja Farah Sayu Berpantang Tanpa Bayi

Komen Terbaru

Quote roses 16-7-2017 04:28 PM
huwaaa.. mek dr 5 tahun lepas dh pakai baju kurung kedah ngan jeans n pants .. ooo xboleh yer .. anyway jeans tuh xkoyak ler ..

Lain-lain Komen

Quote barfi 22-6-2017 04:43 PM
Tak pernah suka dengan sharifah amani ni sejak zaman SEPET sampai la BUTANG sampai la sekarang.

Bior la org cakap lakonan dia hebat sempoi bagai, iols tak pernah impress pun. Kalau ada dia berlakon dalam mana2 cerita iols akan pilih utk tidak tengok.
Quote prettyuglybabe 22-6-2017 04:55 PM
dia ni memang berbakat..
tapi macam ada aura negative yang buat orang kurang suka..
Quote missinpiece 22-6-2017 04:55 PM
Lawa jah pkai ngan jeans. Tp yg koyak tuh
Quote cmf_blingblings 22-6-2017 04:56 PM
mak dia very happening tapi anak entah lerrr
Quote skinsandstars 22-6-2017 04:58 PM
Betul la. Dia ni ada negative vibe.
Quote cmf_blingblings 22-6-2017 04:59 PM
ada dua perbezaan antara outspoken dgn rude
Quote ubiwankelubi 22-6-2017 04:59 PM
missinpiece replied at 22-6-2017 04:55 PM
Lawa jah pkai ngan jeans. Tp yg koyak tuh

kan.... cantik je top tu dgn jeans. spoilt by koyak2. tapi, lama2 akan jadi trend and takde sape kesah dah
Quote mohdcrow 22-6-2017 05:03 PM
lu bajet orang puji...sekali kena keji..tu yg mengamuk...so lu perasan fesyen lu cantik la kan?
Quote barto 22-6-2017 05:04 PM
tau kena kecam xpyhla upload
Quote sayang_mulut 22-6-2017 05:05 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2017 08:55 AM
dia ni memang berbakat..
tapi macam ada aura negative yang buat orang kurang suka..

iols rasa lakonan di so so je tapi sebab she was in the right movie.. tu nampak lakonan die okay..

kalau film2 lain atau drama2 die berlakon.. biasa je..

watak die menjadi kalau die jadi macam cikki2 bohsia sebab perangai die kan ala2 bohsia sket.. cara cakap etc.
Quote Aduradura 22-6-2017 05:06 PM
Pakai jeans tu ok je, tp tapayah la jeans yg koyak koyak
Quote mokcikKSKB 22-6-2017 05:06 PM
Cantik je aku tgk...



Tp tang sedap2 labelkan org pelacor tu nak sama dh ngan porumer bengong nan sekor tu.
Quote umbut 22-6-2017 05:06 PM
Kasut dia cantik. Brand apa tu?
Quote kiambang 22-6-2017 05:07 PM
Dia ni memang tak boleh ditegur ...
Quote paz 22-6-2017 05:08 PM
Sibuk betul semua orang ni, bukan dia paksa orang lain ikut.
Quote cha-cha 22-6-2017 05:09 PM
Overnya rakyat malaysia menghencap. Pantang dapat peluang
Quote qiqi 22-6-2017 05:11 PM
umbut replied at 22-6-2017 05:06 PM
Kasut dia cantik. Brand apa tu?

timberlands
Quote taji2906 22-6-2017 05:20 PM
u look stupid with that outfit.. tenkiu
Quote pocongkiutss 22-6-2017 05:23 PM
Nasib baik yg koyak tu bkn kt bhg pet pet

Lihat semua komen(186)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.073433s Gzip On
To Top