Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Awas, Dilarang Guna Perkataan Bufet Ramadan Jika Tiada Sijil Halal

19-6-2017 05:51 PM |Dilihat: 970| Komen: 5

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. 

Alhamdulillah hari ni kita dah pun hampir menyempurnakan sebulan berpuasa seperti mana yang dituntut dalam agama. Bulan Ramadhan inilah seperti mana yang kita tahu adalah bulan penuh keberkatan dan juga pahala digandakan. 

Bila tiba bulan Ramadhan setiap tahun pasti akan banyak tempat mula menyediakan pelbagai strategi untuk menarik minat pelanggan mereka agar datang berbuka puasa ditempat mereka. 

Paling popular adalah Buffet Ramadhan hampir kesemua hotel malah juga restoran dan tempat makan menyediakan konsep Buffet Ramadhan ni.

Pulak tu buffet bukan sikit-sikit makanan ada setengah tempat tu boleh cecah 300 jenis hidangan yang disediakan. Tak rambang mata ker kita yang nak datang makan kat situ. Mula lah jadi semua makanan nak dicubanya tapi hakikat hanya nafsu semata-mata. Satu tips yang Maha selalu amalkan bila makan kat buffet ini iaitu jangan ambil banyak kuantiti satu makanan. Tapi ambil banyak variasia makanan tapi dalam kuantiti yang sikit.

Contohnyalah kalau kuih tu cukup ambil 1 biji untuk setiap jenis kuih yang kita boleh makan jangan ambil lebih biar banyak jenis baru dapat cuba semua. Apa pun semua terpulang pada kita nak makan jangan ikut nafsu sangat.


Tapi satu yang Maha perhatikan Buffet Ramadhan kat seluruh Malaysia ni mesti wajib ada Kambing Golek. Bagaikan menjadi satu yang tak sah kalau tak ada Kambing Golek. Masalahnya kat bahagian kambing tu paling ramai orang bebaris panjang nak ambil. Adalah satu dua buffet yang sediakan daging Rusa Golek dan ada satu tu sediakan daging Unta Golek, yang ni kena cuba.

Bestnya bufet Ramadhan ni yang Maha suka tengok adalah dekorasi mereka setiap tempat memberikan kita suasana yang berbeza. Ada yang memberikan kita mood untuk berhari Raya, ada juga yang buat suasana seperti satu pesta dan kalau tengok betul-betul dah macam sarkas pun ada. Apa pun konsep bufet Ramadhan yang ditampilkan ia adalah satu daya tarikan kepada kita untuk pilih mana tempat kita nak makan dengan selesakan.

Apa sebab-sebab yang membuatkan anda memilih satu tempat untuk berbuka puasa tersebut. Adakah kerana harga yang ditawarkan murah atau pilihan makanan yang banyak dan pelbagai mungkin juga kerana lokasi tempat makan tersebut menarik dan dekat dengan rumah. 

5 perkara yang boleh anda pertimbangkan sekiranya nak memilih tempat untuk berbuka puasa. 

1) Jenis makanan yang ditawarkan. Ini kerana buka semua yang kita nak makan masa berbuka tu hanya yang kita selera sahaja betul tak.

2) Harga yang berpatutan. Nak nilai harga dengan makanan kena tengok berapa banyak jumlah hidangan disediakan kalau sedikit tapi harga mahal agak tak berbaloi.

3) Kemudahan yang disediakan. Kemudahan seperti tempat untuk solat dan juga ruang rehat kalau kita kepenatan.


4) Jarak dan juga pengangkutan. Kalau yang datang drive sendiri tiada masalah cuma kena tengok kawasan parking banyak ker atau terhad. Bagi  yang datang naik pengangkuran awam tu kena tahu senang tak nak pulang selepas habis makan sebab selalu dah kenyang mata mula mengantuk macam-macam boleh terjadi.

5) Paling penting sekali adalah status Halal sesatu makanan itu. Bab Halal ni Maha nak kupas banyak sikit sebab ia agak serius bagi kita terutama orang muslim. Bila kita dan berpuasa satu hari dan tiba waktu berbuka tu kita makan dengan makanan yang tidak Halal. 

Apakah kita akan dapat pahala untuk berpuasa itu atau hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja. Ingat apabila tulis Buffet Ramadhan itu tidak menjaminkan Halal sesuatu makanan itu.

Sebab itu JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri telah mengeluarkan kenyataan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dilarang menggunakan perkataan Buffet Ramadhan sekiranya premis atau tempat makan tiada sijil Halal dari JAKIM. Jika disabit kesalahan pengusaha premis atau tempat makan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 untuk kali pertama dan kesalahan berulang denda tidak melebihi RM500,000. 

Bukan perkara main-main tentang penggunaan perkataan Buffet Ramdhan ini yer kawan-kawan semua. Sebagai pengguna Islam tanggungjawab kita untuk mencari yang halal lagi meyakinkan itu adalah wajib.

Pilihan ada ditangan kita panduan telah diberi bagaimana kita membawa diri untuk mencari yang terbaik pasti baik jadinya.
Sekali sekala untuk kita menikmati buffet Ramadhan yang sedap-sedap tak salah. Bawalah keluarga atau insan tersayang menikmati nikmat dunia iaitu menjamu makanan yang enak dan lazat. 

Tapi ikut kemampuanlah kerana yang mahal tu tidak semestinya sedap dan yang indah itu tidak semestinya cantik. Jangan lupa follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook @Mahamahu juga ok. Selamat berpuasa semua dan selamat bebuka puasa juga. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 5
Komen

Komen Terbaru

Quote Alais 21-6-2017 04:26 PM
Bazar ramadhan. Kenapa boleh pula.

Lain-lain Komen

Quote cik-jaja 20-6-2017 04:37 PM
xrajin berbuka buffet..xpuas makan..mcm xnikmat
Quote chinta89 21-6-2017 08:16 AM
thn lps dan tahun ni x berbuka buffet. sb bukan mkn semua, byr mahal2.

beli je kat kedai nasi sebungkus, mkn kat rmh. buat air tea o sendiri. kenyanggg yg amat dah..
Quote -electrifying- 21-6-2017 09:26 AM
pilih buffet sbb murah dan setahun skali bru dpt mkn beramai2 dgn kwn2 lama...
busy lpas kahwen, ssh nk jmpe, wktu tu je boleh berjumpa... wajib buat la...
Quote palmolive 21-6-2017 03:06 PM
setakat ni orang duk belanja makan buffet ramadhan ni...
Quote Alais 21-6-2017 04:26 PM
Bazar ramadhan. Kenapa boleh pula.

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054832s Gzip On
To Top