Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Penting Minum Susu Ketika Sahur, Kenapa?

19-6-2017 04:06 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1931| Komen: 32

Raya oh raya, tak sabarnya! Nanti dulu! Ada berapa hari lagi anda perlu berjaga pagi untuk bersahur. Bagi memastikan kesihatan anda terjaga, ambillah makanan dan minuman yang tepat ketika sahur dan berbuka.

Kita sepatutnya mengambil makanan yang kaya dengan khasiat dan nutrisi pada waktu sahur. Tujuannya supaya kita bertenaga walaupun seharian berpuasa.

Menurut doktor pakar Rachmad Wishnu Hidayat, minum segelas susu ketika sahur dapat buat anda berasa kenyang lebih lama kerana kandungan proteinnya.
 

Foto: Crave Bits

Selain bagus untuk tulang, susu mengandungi vitamin yang memperkuat daya tahan tubuh ketika berpuasa di siang hari.

Malah, meminum susu di malam hari akan membantu memudahkan tidur malam anda. Kalau begitu, janganlah minum susu ketika berbuka, nanti takut tertidur ketika menunaikan solat sunat Tarawih pula. 


Foto: Livestrong

Ini gurauan saja ya. Sebenarnya susu mengandungi asid amino triptofan yang dapat memberi efek menenangkan pada tubuh, sekali gus meningkatkan efek merangsang tidur.


Foto: Internet

Jadi, dalam beberapa hari ke depan ini sediakanlah stok susu di dalam peti ais anda ya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Previous : Jangan Berani Campurkan Susu Dengan Teh Atau Kopi, Aduh Apa Sebabnya?

Next       : Ketahui Bahaya Menanti Jika Anda Gemar Mengisi Air Dalam Botol Plastik!

Komen Terbaru

Quote redapple10 15-7-2017 08:15 PM
susu goodday sedap tu

Lain-lain Komen

Quote mzzenma 19-6-2017 04:09 PM
mzz memang sahur minum susu..kalau dah tak boleh nak buka mata tu at least bedal lah segelas susu
Quote pearl.silver 19-6-2017 04:15 PM
Sebelum ni minum anlene...pg esoknya senang sgt membuang..
Ni dah tukar omega plus..tp kecewa xde dah efek senang membuang tu..
Quote cik-jaja 19-6-2017 05:11 PM
susu kotak ok, susu tepun no-no
Quote Zasss777 19-6-2017 05:27 PM
Susu sejuk saja. Yg tak sejuk susah nk telan.
Quote izzat1987 19-6-2017 07:06 PM
Aku minum susu sebab nak elak gastrik time berpuasa. Aku ni memang pesakit gastrik tapi itu bukan alasan untuk x nak puasa
Quote manjalara_01 19-6-2017 08:31 PM
pearl.silver replied at 19-6-2017 04:15 PM
Sebelum ni minum anlene...pg esoknya senang sgt membuang..
Ni dah tukar omega plus..tp kecewa xde d ...

cer mkn pisang..i pulak prefer mkn buah or pisang nak elak sembelit ni..
susu i x lalu minum utk sahur...tp mkn nasi or mee or something yg heavy utk sahur...
Quote pearl.silver 19-6-2017 08:33 PM
manjalara_01 replied at 19-6-2017 08:31 PM
cer mkn pisang..i pulak prefer mkn buah or pisang nak elak sembelit ni..
susu i x lalu minum utk  ...

Pisang lambat sikit...
Susu kesan dia hampir serta merta   

Tapi dgn susu omega ni tak jadi pula..
Quote manjalara_01 19-6-2017 09:08 PM
pearl.silver replied at 19-6-2017 08:33 PM
Pisang lambat sikit...
Susu kesan dia hampir serta merta   

lagi pun susu ni tahan lame..banding dgn pisang kan? pisang tu 2,3 hari je dah kena buat cekodok
Quote mummyNSA 20-6-2017 06:22 AM
Setiap hari sahur minum susu dgn kurma
Memang tahan lapar sampai ptg
Quote susukambingbest 20-6-2017 06:29 AM
Aku wajib mnum susu tiap hari, sdappp
Quote susukambingbest 20-6-2017 06:34 AM
izzat1987 replied at 19-6-2017 07:06 PM
Aku minum susu sebab nak elak gastrik time berpuasa. Aku ni memang pesakit gastrik tapi itu bukan al ...

Uol mnum susu lembu ke susu kmbing? Utk psakit gastrik, susu lembu mmg kepantangan, blh mnybbkn perut ulser sdikit demi sdikit dlm tempoh pnjng. Blh mnum susu kmbing je. Ni info dr doc pakar
Quote ffbeauties 20-6-2017 07:38 AM
susukambingbest replied at 20-6-2017 06:34 AM
Uol mnum susu lembu ke susu kmbing? Utk psakit gastrik, susu lembu mmg kepantangan, blh mnybbkn pe ...

Opportunist nye uolls   
Quote tengku_anggun00 20-6-2017 09:49 AM
betoi, aku malas2 mkn bagun minum susu sejuk 2 mug jaaa, terus sambung tido. Kalo rajin sket, mkn oat + susu + kurma, kenyang gak...
Quote haryatie 20-6-2017 09:55 AM
sahur minum air rendaman kurma (air nabeez)  jerk selama ni
so far ok jerk...
Quote chinta89 20-6-2017 11:36 AM
iols minum bliss je... lawas perut x sembelit. kyg pun lama. kdg2 minum yeo's yeogurt.
Quote susukambingbest 20-6-2017 04:46 PM
ffbeauties replied at 20-6-2017 07:38 AM
Opportunist nye uolls

Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:16 PM
susu kurma - sedap
Quote redapple10 15-7-2017 08:15 PM
Thanks for good tips
Quote redapple10 15-7-2017 08:15 PM
susu goodday sedap tu

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.074632s Gzip On
    To Top