Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Dera UPNM: Doktor Klinik Tidak Lapor Adalah Salah, KKM Panggil Untuk Penjelasan

19-6-2017 12:46 PM |Dilihat:3370| Komen: 50

Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis."

Demikian penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berhubung tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dalam tempoh terdekat. 

Tambah beliau tindakan memanggil doktor berkenaan dilakukan berdasarkan etika profesional yang diguna pakai Kementerian Kesihatan.

Sekiranya laporan tidak dibuat, ia merupakan satu kesalahan kerana itu adalah tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan oleh doktor yang merawat pesakitnya, tegasnya.
 
Tindakan doktor itu yang tidak melaporkan kes jenayah seperti ini boleh dipersoalkan... bagaimanapun kes ini tetap di bawah seliaan dan siasatan pihak polis, katanya.

Mangsa sebelum itu dipercayai menerima rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berkenaan dan difahamkan doktor yang merawat mangsa tidak mengarahkan mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari keadaan mangsa parah. 

Zulfarhan Osman, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di universiti itu meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur di badan.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 48
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote UMAIRAHUMAIR 21-6-2017 08:25 AM
she replied at 19-6-2017 10:44 PM
Selalunya kalau kita bawak anak2 pergi klinik sebab demam...korang perasan tak doktor akan cek mata  ...

aku selalu gak pg klinik ni klu betul klinik yg dmaksudkn....tp klu owner klinik yg bt rawatan kat anak2 setakat ni dr tu mmg alert smua bnda....siap bebel kat aku bab penjagaan ank pemakanan smua tp kat klinik tu mmg ramai dr muka baru...tp klu dpt rwtn dr doc (owner klinik) @ wife dia mmg drg check betul2....

Lain-lain Komen

Quote fazamania 19-6-2017 01:10 PM
Mana la doktor nak tahu itu kes jenaya ke tidak...kesian doktor kat klinik tu plak nak dipersalahkan..
Quote akumak 19-6-2017 01:13 PM
kalau kita bawa budak2 lebam pun, Dr boleh laporkan kita atas tuduhan penderaan. tambah2 kalau kes teruk mcm ni. tapi maybe lah suspek2 tu bg alasan yg Dr tu boleh terima kot.
Quote tahanlasak 19-6-2017 01:15 PM
Prosider tetap prosider jgn mnjadi talam 2 muka .... sepatutnya DR lebih arif dlm bidang yg di ceburi TIDAK sepatutnya ... INI MACAM ...
Quote umbut 19-6-2017 01:20 PM
fazamania replied at 19-6-2017 01:10 PM
Mana la doktor nak tahu itu kes jenaya ke tidak...kesian doktor kat klinik tu plak nak dipersalahkan ...

Dah burnt 3rd degree pun x report.. lebam2 patah tgn pun kena report ye.. ini lagi dah mcm mumia... memang salah doktor lah, sambil lewa :
Quote Mary_jane 19-6-2017 01:21 PM
Kalau dah berbalut satu badan, takkan si doc tak suspicious langsung? Ntah apa budak2 tu kelentong baik punya. #justice4farhan
Quote fazamania 19-6-2017 01:22 PM
Doktor x salah dlm hal ni. Sekian.
Yg salah bebudak tu.
Harap kasi mati budak2 tu.
Quote tahanlasak 19-6-2017 01:35 PM
ijazah kedoktoran bergulung2 xkan prkara mcm nie pn DR xboleh fikir ....
Quote mrs_salvatore 19-6-2017 01:41 PM
bg aku doktor pun salah jugak. takkan ko tak perasan apa apa yg mencurigakan kot? kalau dr tu report awal mungkin arwah masih boleh diselamatkan tapi...
Quote onexox97 19-6-2017 01:46 PM
habis berkait kait pulak sebab nam jahan*** tu
siyan lak kat doktor mak ayah lecturer cikgu cikgu habis disalahkannya
Quote shernazz 19-6-2017 02:08 PM
biasanya kalau cedera yang auspicipus
mmg dia akan call polis...

ini mmg sengaja xnal call polis
nak duit saja
Quote shernazz 19-6-2017 02:08 PM
biasanya kalau cedera yang auspicipus
mmg dia akan call polis...

ini mmg sengaja xnal call polis
nak duit saja
Quote pittjie 19-6-2017 02:15 PM
fazamania replied at 19-6-2017 01:22 PM
Doktor x salah dlm hal ni. Sekian.
Yg salah bebudak tu.
Harap kasi mati budak2 tu.

dik ... jelas dan terang kan menteri tu cakap .. doktor kena laporkan kalau ada keadaan pesakit yang mencerugikan. doktor lembam kut yang tengok pesakit dah tenat macam farhan tu ... tak dpt notice something bad had happened to him. tak ada perasaan suspicious langsung. ni namanya doktor tak buat keja. keja doktor bukan setakat tanya pesakit "mana yang sakit?"... dan "ok nanti saya bagi ubat" ya. ya doktor mmg bukan salah bersengkokol membunuh farhan. tapi dia salah sbb dia tak peka .. dan tidak melaporkan perkara ini.
Quote AshkieLa 19-6-2017 02:36 PM
mrs_salvatore replied at 19-6-2017 01:41 PM
bg aku doktor pun salah jugak. takkan ko tak perasan apa apa yg mencurigakan kot? kalau dr tu report ...

yes, yg pergi tetap pergi. cuma sekarang org ramai rasa ralat...
kenapa doktor mcm tak bertindak like a real doctor. Bukan nak 100% salahkan doktor.
Dia ade knowledge yg lebih details pasal human body.. takkan xde rasa suspicious.

Quote iniaroonz 19-6-2017 02:41 PM
macam ada bau-bau fish la....lecturer, warden, doktor semua cam tak kisah...menjadi-jadi kes buli.....nama aje belajar U tapi macam org dok dalam utan aje perangai....
Quote iniaroonz 19-6-2017 02:41 PM
macam ada bau-bau fish la....lecturer, warden, doktor semua cam tak kisah...menjadi-jadi kes buli.....nama aje belajar U tapi macam org dok dalam utan aje perangai....
Quote batmana 19-6-2017 02:47 PM
sangka baik

doktor tu mgkin cacat penglihatan..
Quote mixed 19-6-2017 02:49 PM
X kan doktor x pasan kesan sterika atau dh hilang kesan sterika

Quote -electrifying- 19-6-2017 02:59 PM
yg doc tu xsuspicious ke
Quote tahanlasak 19-6-2017 03:05 PM
batmana replied at 19-6-2017 02:47 PM
sangka baik

doktor tu mgkin cacat penglihatan..


Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.123150s Gzip On
To Top