Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dakwaan Beras Plastik Tidak Benar, Cap Rambutan Disahkan Guna Beras Tulen

19-6-2017 12:06 PM |Dilihat:1786| Komen: 15

Baru-baru ini heboh di media sosial dengan perkongsian pengguna Facebook yang mendakwa beras tempatan berjenama terkenal di Malaysia diperbuat daripada plastik.

Pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Azli Jaafar turut memuat naik tiga rakaman video yang menunjukkan beras yang telah dimasak kemudiannya dikepal dijadikan bulat lalu dilemparkan yang jelas kelihatan tidak hancur atau pecah seperti kebanyakan beras-beras lain.



3 rakaman video berkenaan sehingga kini telah mendapat puluhan ribu perkongsian dengan rata-rata netizen turut menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan agar pengguna tidak ditipu malah berkemungkinan termakan beras berkenaan yang dikatakan akan meninggalkan kesan sampingan.

Susulan itu, memetik laporan FMT, pejabat Kawal Selia Padi negeri bertindak menjalankan pemeriksaan bersama sepasukan lima anggota ke atas pemborong beras terbabit dan siasatan awal mendapati beras di kilang tersebut diambil dari sumber yang sah.

"Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen."

"Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik," katanya 

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap akan menghantar sampel beras berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan dan komposisi sebenar, sekali gus mengetahui keputusan yang lebih tepat.- CARI

sumber : Sinar Harian






Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sembangbimbang 19-8-2017 10:54 AM
{:sing Selalu beli yg ni

Lain-lain Komen

Quote meteorspeed 16-6-2017 04:42 PM
takut plak aku nak beli nasi mcm nie
Quote MissVixen 16-6-2017 08:09 PM
Tipu ke apa. Nasi dilenyek2 memang la macam tu.
Quote Rahman.Mulhid 17-6-2017 08:36 AM
bodoh pe? beras kalau dimasak akan ada KANJI...... bengap kaa?  
Quote NekNgah 17-6-2017 09:26 AM
Nak tau,  apa rasanya bila di makan?
Quote CrowneGlory 17-6-2017 12:28 PM
X memasal cap rambutan jd mangsa
Quote peko_lolo 17-6-2017 01:54 PM
Aku try buat td jadi gini jgk.mmg gitu la wei bile jd nasi.
Quote pearl.silver 17-6-2017 03:58 PM
Mmg baling2 tak pecah ke
Cap rambutan boleh saman aci ni
Xde bukti pun nasi dlm periuk tu cap rambutan punya
Quote peko_lolo 17-6-2017 06:16 PM
pearl.silver replied at 17-6-2017 03:58 PM
Mmg baling2 tak pecah ke
Cap rambutan boleh saman aci ni
Xde bukti pun nasi dlm periuk tu cap ramb ...

Ye x pecah pun.aku try pki beras cap bestari
Quote pearl.silver 17-6-2017 06:54 PM
peko_lolo replied at 17-6-2017 06:16 PM
Ye x pecah pun.aku try pki beras cap bestari

Ohh..nasi lembek sikit eh..
Quote AbukRokok 17-6-2017 10:56 PM
beras Faezah ?
Quote haniryan 18-6-2017 02:09 PM
How to Identify Plastic Rice or Fake Rice

Here I will share some tricks and tips to identify fake rice. Even you do not need any chemicals just simple you can find out at home. Its a very important to find out fake rice. If you will have fake rice it may cause any unknown diesease. So should be careful about this matter.

Just take one glass of water and drop some rice in the glass. Just little bit stirs it. Now you can find out the fake rice will float at the top because the fake rice will mix with plastic thats why. This process is very simple and easy.
There is another simple process. Just take rice and simply burn the rice by using matchbox. If any rice made with plastic then its come out the plastic smell.
You may also check the rice after boiling it. Simply take the boiled rice in one bottle then just leave it like 2-3 days. If rice has plastic then it will not get funguss otherwise same as it is. Because plastic does not affect whether or temperature or any seasons. Plastic will remain same.
There is another possible way to identify fake rice. Just take some rice and drop into some real hot oil. The oil temperature will be really 200 c degrees. Now you can find out fake rice or plastic rice will be the bottom of the bowl.
You can also identify fake rice while boiling time. Just observe rice during the boiling time. Because if there is a plastic then it will become start forming a thick layer at the top of the pan.
Quote helicornia 19-6-2017 02:53 PM
agak2 yg kasi viral kata beras plastik ni kena saman tk dgn toke beras cap rambutan ni
Quote Sembangbimbang 19-8-2017 10:54 AM
{:sing Selalu beli yg ni

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.104490s Gzip On
To Top