Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Jun
16

OPPO Menceriakan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sempena Bulan Ramadan

16-6-2017 06:08 PM | Dilihat: 783| Komen: 8


OPPO Malaysia meningkatkan usaha mereka untuk berbakti bulan Ramadan ini dengan membawa kegembiraan dan keceriaan kepada 424 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim di Lembah Klang, Kota Bharu, Kedah, Johor, Perak, Kuantan, Melaka, Sabah, dan Sarawak. 

Untuk menyemarakan kemeriahan perayaan, OPPO telah menghulurkan sumbangan berbentuk keperluan harian dan kewangan berjumlah RM 200,000.00 


Di kawasan Lembah Klang, 35 orang kanak-kanak telah menerima bantuan kewangan dan barangan keperluan harian daripada pihak OPPO Malaysia. 

Khusus di kawasan Lembah Klang, OPPO telah melawati Pusat Jagaan Kasih Murni untuk membawakan pelbagai aktiviti yang menarik dan persembahan kepada kanak-kanak di rumah tersebut. 


Keceriaan di rumah tersebut dimulakan dengan persembahan oleh Ollie, mascot OPPO yang cukup terkenal dan disayangi ramai. Kanak-kanak dihiburkan dengan tarian dan pelbagai aktiviti oleh OLLIE. 

Setelah tamatnya persembahan, OPPO menghulurkan bantuan kewangan, serta barang keperluan harian kepada rumah tersebut.

Dalam langkah yang mengejutkan ahli-ahli rumah, OPPO juga mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan peluang pekerjaan kepada kanak-kanak yang layak bekerja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang, setiap kanak-kanak adalah istimewa dan patut merasa gembira dan selamat pada setiap masa khususnya sempena perayaan. 

"Kami percaya bahawa dengan sumbangan kami ini akan sedikit sebanyak membantu pihak Pusat Jagaan Kasih Murni untuk menyediakan keperluan asas para kanak-kanak dengan lebih mudah "

Jelas William Fang, sumbangan yang diberikan kepada setiap rumah anak yatim itu merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang perlu dilakukan OPPO Malaysia. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote neurelle 15-7-2017 09:04 AM
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 16-6-2017 06:45 PM
Bulan posa ni banyak syarikat tampil memberi sumbangan harap2 ia berterusan pada bulan2 lainnya
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:28 PM
harapnya berterusan
Quote bocorantogel 4-7-2017 02:19 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Quote neurelle 15-7-2017 09:04 AM
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka.

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058338s Gzip On
To Top