Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Teruja Nak Berinai Raya Nanti? Elakkan Ukiran Ini Kerana Ianya Haram

16-6-2017 05:04 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2053| Komen: 9

Setiap kali musim perayaan, kaum wanitalah yang paling sibuk membuat persiapan.

Bermula dari membeli barang keperluan rumah, pakaian raya, sehinggalah aksesori  perhiasan diri, semuanya diambil kira agar dapat menyerlahkan lagi keanggunan diri di pagi Syawal.

Kalau sentuh tentang aksesori perhiasan diri wanita, memang terlampau banyak dan salah satu yang menjadi trend sekarang adalah melukis inai atau henna di telapak tangan mahupun di mana-mana anggota tubuh.

Foto: myrojak.net
Namun suka diingatkan, wanita perlu berhati-hati dalam memilih corak yang sesuai kerana dikhuatiri ukiran henna seperti Dreamcatcher akan merosakkan akidah seseorang. 

Dreamcatcher merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Bukan sekadar kata-kata kosong, perkara ini sudah dijelaskan oleh Mufti Kelantan sendiri iaitu Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Foto: Pinterest.com
Kalau perasan, ramai juga wanita di Malaysia yang memilih ukiran henna seperti ini kerana dirasakan unik dan menarik bila dipandang.

Walaubagaimanapun, corak seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain.

Jadi buat wanita di luar sana, jangan terlampau teruja nak menyambut hari raya dengan melukis henna begini ya. -CARI

Foto: Pinterest.com

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Wanita Millenia 'Sayang' Bulu Ketiak, Stres Katanya Asyik Mencukur

Next       : Payudara Sis Besar Sebelah! Normal Atau Tidak?

Komen Terbaru

Quote aTiKah_aYuNi 22-6-2017 11:24 AM
inai ni, mula2 je cantik, bila dh hujung2, time nak pudar+merekah, geli tgk...mcm org kena sakit kulit aje...

time nikah dulu buat corak smpai pergelangan tangan..3-5 hari lps majlis, teros tonyoh nak hilangkan inai kt tgn..x sanggup nak tunggu inai tu pudar sendiri...

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 16-6-2017 05:33 PM
So kalau buat corak tu terus x nak solat, buka tudung, sembah berhala ke cemana?
Btw jadah hape raya2 sibuk nk berinai..
Quote manjalara_01 16-6-2017 06:47 PM
mudah sgt terpengaruh dgn nonsense mcm ni. yaa i'm a square so what? hahahha
Quote apedehal 18-6-2017 10:23 AM
I think deyol just suka ja design mcm tu bkn tahu apa2 pun.. hadeh susah la mcm ni apapun xboleh.. tp jadah nya raya pun berinai.. buruk lahh berinai ni
Quote Rayna90 18-6-2017 04:01 PM
Semua tak boleh. Jangan buat apa lah senang
Quote suka2 18-6-2017 09:28 PM
Aku ada simpn dreamcatcher ni sbb org bagi. Alhamdulilah masih boleh mengucap solat 5 waktu puasa. Tp xtau la kot ada ummah yg murtad dek dreamcatcher ni?
Quote Missfadh 19-6-2017 01:17 AM
Ada lah juga perhiasan dream catcher ni. So far, masih Islam lagi ni. Tak terpesong lg.
Quote mummyNSA 20-6-2017 06:25 AM
Raya pun nak berinai bagai ke???
Nak braya ke nak kawin ni??
Quote miemiecha 20-6-2017 09:37 AM
ahahaha... melampau tau... smpai berinai bagai...
Quote aTiKah_aYuNi 22-6-2017 11:24 AM
inai ni, mula2 je cantik, bila dh hujung2, time nak pudar+merekah, geli tgk...mcm org kena sakit kulit aje...

time nikah dulu buat corak smpai pergelangan tangan..3-5 hari lps majlis, teros tonyoh nak hilangkan inai kt tgn..x sanggup nak tunggu inai tu pudar sendiri...

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.067486s Gzip On
To Top