Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kenapa Ramai Buat Kebajikan Hanya Ketika Bulan Ramadan?

16-6-2017 04:55 PM |Dilihat: 1174| Komen: 11

Bulan Ramadhan dan Kebajikan.
 
Setiap kali tiba bulan Ramadhan masyarakat akan berlumba-lumba untuk buat kebajikan, alasannya untuk mendapat keberkatan, kemuliaan, pahala berganda dan sebagai melengkapkan projek CSR.
 
Adakah kita hanya melakukan kebajikan di bulan Ramadhan ?
 
Adakah Tuhan itu menilai dan memberi pahala hanya pada bulan Ramadhan ?
 
Adakah kita hanya ada masa pada bulan Ramadhan ?
 
Adakah kita hanya ada rezeki lebih pada bulan Ramadhan ?
 
Beberapa contoh di bawah program yang  sangat popular masyarakat lakukan di bulan Ramadhan.

 
ANAK YATIM DAN RAMADHAN :
 
Seperti kebiasaan anak-anak yatim di rumah kebajikan akan mendapat jemputan berbuka selama sebulan, ada kala sehingga moreh mereka mendapat tajaan, jadual mereka akan sentiasa penuh setiap kali tiba Ramadhan. Bukan hanya Ramadhanjemputan yang mereka dapat sehingga Syawal.
 
Kelibat mereka hanya kelihatan pada bulan Ramadhan dan Syawal sahaja. Sebulan selepas Hari Raya mereka akan dilupakan, mereka akan dipinggirkan.
 
Itulah lumrah menjadi anak-anak yatim di rumah perlindungan hanya diingati apabila tiba bulan Ramadhan dan Syawal.
 
GELANDANGAN DAN RAMADHAN :
 
Sering kali abanG nyatakan apabila tiba bulan Ramadhan jangan buat CSR berkenaan gelandangan (Street Feeding), jangan bagi mereka makan di bulan Ramadhan, kalau nak buat juga cuba fikir keluar KOTAK sikit, jangan hanya nak bagi mereka makan sahaja...
 
Kenapa ?
 
Setiap kali tiba bulan Ramadhan, kemewahan mereka mendapat makanan sehingga menyebabkan PEMBAZIRAN yang ketara, jika hari-hari biasa mereka mendapat sehingga 5 pack makanan, bulan Ramadhan mereka akan mendapat berganda-ganda pack makanan. Situasi ini sangat menyedihkan berapa banyak yang kita boleh makan dalam sehari, berapa banyak yang mereka boleh simpan.
 
Gelandangan di KL sudah cukup makan harian mereka, NGO/NGI yang konsisten bantu mereka setiap hari bukan hanya bulan Ramandhan telah wujud sejak bertahun yang lalu. Kita yang buat setahun sekali ini. Cari idea untuk buat perkara lain.

 
Jangan bagi mereka makan, sebaliknya bagi benda lain seperti contoh  :
 
1.    Toiletries

2.    Selipar

3.    Kain sarong

4.    Kopiah

5.    Minyak angin

6.    Ubat nyamuk

7.    Pads untuk wanita

8.    Berus gigi dan ubat gigi
 
Tak perlu bagi semua sekali di atas ini, boleh bagi setiap seorang satu sahaja dan tambahan air mineral untuk setiap seorang, mudahkan.

 
FAKIR MISKIN DAN RAMADHAN :
 
Golongan fakir miskin di luar bandar dan bandar besar juga antara golongan yang boleh kita fikir untuk bantu, kebanyakan antara mereka ini mempunyai rumah dan tempat berteduh akan tetapi mereka STRUGGLE` untuk membeli juadah berbuka dan menyediakan persiapan RAYA.
 
Adakah kerana mereka ada rumah dan tempat berteduh kita tak nak bantu ?
 
Silap kita melihat mereka dari pandangan ini
 
silap kita kerana berfikiran mcm ni
 
silap kita kerana kurang pendedahan dan research
 
Golongan miskin bandar dan luar bandar lebih memerlukan perhatian.
 
Mungkin keadaan mereka berbeza dia antara MISKIN BANDAR dan MISKIN LUAR BANDAR, akan tetapi situasi mereka sama MISKIN.

 
PROJEK RAMADHAN DAN KITA :
 
Apa akan kita lakukan selain dari kebajikan di bulan Ramadhan ? Sendiri fikir ya.
 
Love C abanG -

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Reply: 9
Komen

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 2-7-2017 08:53 PM
sebab bulan ni saja pahala digandakan.

Lain-lain Komen

Quote seramado 17-6-2017 05:54 PM
Ok good one tt
Quote MisXoXo 19-6-2017 10:31 AM
tq for sharing
Quote Jorja 19-6-2017 01:47 PM
Hamba ramadhan bukan main perli orang tak p solat terawih kt mesjid tapi solat subuh tak pernah dia nak bangun. Yg sunat didahulukan.. yg wajib ditinggal2kan
Quote Artemesiaa 19-6-2017 02:41 PM
etul tu pastikan golongan sasarnya.  Jangan buat asal menderma je tapi tak benar2 membantu takut nanti jadinya pembaziran akibat tersalah pilih golongan sasar
Quote lolita737 19-6-2017 03:30 PM
kadang2 rasa kesian dengan org susah mcm ni..

bulan puasa baru masyarakat nampak kelibat mereka..termasuklah anak yatim..

menteri2 dan syarikat2 korporat nampak kewujudan mereka pun hanya dalam bulan ramadhan..
Quote siskepoh 19-6-2017 05:07 PM
ya.smpai mbazir makanan tak habis. sume blumba2 nk sedekah. abes bulan posa sume pon kelaut. sedekah sepanjang taun xboleh ka?
Quote cik-jaja 19-6-2017 05:09 PM
sedekah kan separuh dari iman..bukan bulan pose je..npe nk tunggu bulan pose...?
Quote mynameisjoe 2-7-2017 02:25 PM
semoga terus berterusan
Quote HannahMontana 2-7-2017 08:53 PM
sebab bulan ni saja pahala digandakan.

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043133s Gzip On
To Top