Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tertanya Juga, Bolehkah Daun Pisang Dimakan Sebenarnya?

15-6-2017 01:12 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1969| Komen: 40


Daun pisang memang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Asia, Afrika dan juga Amerika Selatan.

Apatah lagi di Malaysia sendiri, ia begitu sinonim dengan makanan tradisional. Paling mudah untuk diingati ialah nasi lemak. 

Aroma daun pisang memang sangat menggetar rasa. Biasanya dijadikan alas atau pun balutan kepada makanan seperti lemang, kuih koci, tapai, lepat, ikan salai dan banyak lagi. 

Namun, persoalannya bolehkah daun pisang ini dimakan sebenarnya? 

Memetik Live Strong, daun pisang yang tua atau matang mengandungi serat tinggi termasuklah lignin dan juga selulosa. 

Ia juga mengandungi nutrisi seperti gula dan juga protein yang sekaligus membuatkan daun pisang bukanlah sesuatu yang mudah dihadam dalam badan. 

Live Strong turut menyatakan berbanding bahagian lain pada pokok pisang, daunnya ini sangat berserat yang membuatkan manusia sukar mengambilnya sebagai makanan. 


Satu kelebihan daun pisang ialah ia boleh digunakan untuk mengekalkan rasa makanan dan juga kelembapan yang asli tanpa menambah elemen lemak atau kalori pada makanan itu. 

Memang banyak kelebihan daun pisang ini, namun rasanya tak perlulah sampai anda menjadikan ia makanan. Seperti diterangkan tadi, serat pada daunnya menyebabkan ia sukar dikunyah dan dihadam.

Cukuplah dijadikan alas atau pun pembalut makanan yang menambah keenakan makanan! - CARI 

Foto: Internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 27
Komen

Previous : Mandi Malam Adalah 'Ubat Tidur' Paling Mujarab, Percaya Tak?

Next       : Jangan Berani Campurkan Susu Dengan Teh Atau Kopi, Aduh Apa Sebabnya?

Komen Terbaru

Quote ShiningStars 15-7-2017 07:23 PM
Sesuai utk bungkus makanan je

Lain-lain Komen

Quote matchstick 15-6-2017 01:15 PM
Apa xde makanan sgt dh ke nk dimakan..Kalu boleh dimakan pun x hingin aku memakan daun pisang. Terasa spt kambing pulak makan dedaun
Quote kuzaime 15-6-2017 01:25 PM
X pernah lagi aku dngar org telan daun pisang tp suka nasik lemak yg berbungkus ngan daun pisang. Aroma dia sedap sgt walaupun rasa nasik @ sambal tu ala kadar aje..
Quote Artemesiaa 15-6-2017 01:29 PM
Sesuai untuk membungkus atau buat alas makanan juga masa memangang ikan supaya tak melekat
Quote zawara 15-6-2017 01:31 PM
keras nak mkn cmne
Quote mynameisjoe 15-6-2017 01:52 PM
boleh telan, risiko tanggung sendiri
Quote lonso 15-6-2017 02:10 PM
sedap nya makan dengan daun pisang....
Quote eizarz 15-6-2017 03:07 PM
lonso replied at 15-6-2017 02:10 PM
sedap nya makan dengan daun pisang....

rupa nya kambing pun pandai berforum...   
Quote harrypoter 15-6-2017 03:12 PM

hai..
Quote lonso 15-6-2017 03:31 PM
eizarz replied at 15-6-2017 03:07 PM
rupa nya kambing pun pandai berforum...

apa yang merepek ha? maksud aku bestnya makan guna daun pisang
Quote fox. 15-6-2017 03:34 PM
Isk,, kasi try gigit daun pisang pun akak tak tergigit
Quote kambinggila 15-6-2017 03:37 PM
jantung pisang boleh la ku telan ehehe, daun? tak sanggup seh
Quote zawara 15-6-2017 03:44 PM
harrypoter replied at 15-6-2017 03:12 PM
hai..

mana ada pm  
Quote harrypoter 15-6-2017 03:57 PM

seganla..
tiada keyakinan diri
Quote palmolive 15-6-2017 04:19 PM
makanan yg boleh makan dibuang...
alahai
Quote fazamania 15-6-2017 05:17 PM
Lembu makan ok jah
Quote pittjie 15-6-2017 05:53 PM
apa motif artikel ni? mcm lah ada menu yg diperbuat dr daun pisang .. nak persoalkan sesuai ke tak daun pisang di makan
Quote WhiskeyScotch 15-6-2017 05:59 PM
Sedap pula tengok gambar nasi lemak bungkus tu.
Quote beautifulliar 15-6-2017 06:41 PM
WhiskeyScotch replied at 15-6-2017 05:59 PM
Sedap pula tengok gambar nasi lemak bungkus tu.

Ingtkan nk ckp sedapnye klo boleh makan daun pisang tu   
Quote WhiskeyScotch 15-6-2017 09:06 PM
beautifulliar replied at 15-6-2017 10:41 AM
Ingtkan nk ckp sedapnye klo boleh makan daun pisang tu

Hari ni puasa paling mencabar tau. Punyalah dahaga sehaus-hausnya. Dengan lapar lagi. Mencabar betullah hari ni. Nasib baik berjaya lalui.

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.058786s Gzip On
    To Top