Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pengemis Didapati Ada RM5000 Dalam Akaun, JKM Syak Dimanipulasi Sindiket

15-6-2017 12:54 PM |Dilihat:1431| Komen: 17

sumber: Berita Harian

Seorang wanita Rohingya pemegang kad pelarian UNHCR mengejutkan anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menahannya apabila didapati mempunyai RM5,000 dalam akaun ketika operasi bersepadu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di dua bazar Ramadan di Masjid Tanah, bermula jam 4 petang hingga 7 malam kelmarin. 

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata wanita berusia 50 itu sudah enam kali ditahan dalam tempoh dua tahun kerana kegiatan mengemis. 

"Kerajaan negeri memandang serius kegiatan ini dan akan memantau secara lebih kerap kerana dikhuatiri golongan terbabit dimanipulasi oleh sindiket tertentu." 

Sementara itu, Latipah berkata sepanjang tempoh lima bulan tahun ini, seramai 89 pengemis dan kutu raya dikesan melakukan kegiatan mengemis, yang mana 52 adalah warga tempatan, manakala bakinya warga asing. 

Sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 121 golongan sama ditahan dengan 100 daripadanya warga tempatan, baki selebihnya warga asing.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Jorja 16-6-2017 01:02 PM
Kita kerja separuh mati.. tiap bulan kena bayar bil loan semua tu.. dia sedap aje tadah tangan? Sorrylah I nak bagi peminta sedekah sekarang ni.. mudahan sindiket2 ni mati nanti perut terburai

Lain-lain Komen

Quote Andyscenes 15-6-2017 01:14 PM
Korg tempat kn dorg ni kat satu tempat, cari kilang yg boleh hire dorg. Kalau dorg mengemis gak, korg bg warning ckp nak hantar balik mymmar. Susah kalau ada org degil mcm ni.
Quote chaintea 15-6-2017 01:16 PM
siap ada kenderaan antorkn..

yg dekat ngan rumah yg antor tu naik toyota wish gitu
Quote kuzaime 15-6-2017 01:23 PM
Pernah nmpak depan mata sndiri..waktu malam masa pasar malam pun dh habis beroperasi..yg ada kt area tu pun beberapa peniaga aje tgh kemas2 packing balik brg jualan dorang.
Pemintak2 sedekah yg ada kt pasar malam tu smua sekali balik dgn dibawak boleh 1 van..
Quote ira79 15-6-2017 01:45 PM
nih dekat sebelah LRT ampang park mmg tiap2 hari ade warga asing perempuan mengemis siap bawk anak2 skali. hari2 lalu gi keja pagi, petang muka yg sama.. anak main tukar2. rasanya mmg ade group sbb beberapa org dewasa n budak2 yg ditukar2 sesama mereka. kekadang ade org cina buta pegang tongkat... kalau hari jumaat lg ramai lah. geng lelaki n anak2 mereka yg dah remaja pun join skali agak2 masing2 jarak 50meter. hmmmmm.... xtau nk ckp apa dah.

sekali dua dlm setahun ade nampak penguatkuasa angkut diorang. tapi lps 1-2 hari kembali mcm biasa. cuma xperasan lagi depa dtg situ pkl brape, balik pkl brape.. sapa yg hantar amik. huhu
Quote sebu1 15-6-2017 01:48 PM
Bodohnya sape yg sedekah kat pengemis sb bg sindiket kaya raye :zz
Quote Skuau 15-6-2017 02:03 PM
Tak wajib pon bg...klo nk sgt bersedekah tu....ramai je ank yatim;ibu tunggal dan warga emas seluruh negara...apa da korang ni???:
Quote irwansuhadi 15-6-2017 02:18 PM
rakyat malaysia baik hati. bagi kaya bangsa lain atas angin je.
Quote matamata 15-6-2017 02:32 PM
Diaorg ada lesen besar dari UN, tu yg payah sikit, selagi tak buat jenayah, undang2 UN diaorg ni tak blh diambik bekerja dan tak blh amik permit kerja..tu yg payah sikit
Quote fly_in_d_sky 16-6-2017 05:59 AM
bukan kata kedekut .. tapi sekarang ni nak bagi sedekah kena fikir 100 kali ...
sihat tubuh badan tapi minta sedekah ...
Quote hungryhenry 16-6-2017 06:03 AM
ira79 replied at 15-6-2017 01:45 PM
nih dekat sebelah LRT ampang park mmg tiap2 hari ade warga asing perempuan mengemis siap bawk anak2  ...

Meols setuju. Lagi2 hari jumaat tengahari buta kat bazar jumaat dpn tabung haji tu penuh ummah depa. Dgn baby nyenyak tidur tengah panas. Sakit hati aku tgk anak2 dieksploitasi mcm tu.
Quote FOTHER-MUCKER 16-6-2017 06:27 AM
  ingatkan badut sarkas mana tadi.
Quote Buritan 16-6-2017 06:29 AM
FOTHER-MUCKER replied at 16-6-2017 06:27 AM
ingatkan badut sarkas mana tadi.

Emm betul.. ingatkan pondan siyal mana td
Quote Ayda89 16-6-2017 08:18 AM
Dah malas bagi klau yg kat tepi2 jalan n ketuk2 tingkap keta tu. Kalau yg jual buku ke minyak ke kismis ke ha baru bagi walau xambik pun brg jualan derang tu
Quote -electrifying- 16-6-2017 08:21 AM
kdg2 kena kejam skit, xyh nk simpati sgt la
Quote Victorioussss 16-6-2017 12:55 PM
Adoii dorang ni tak taku ke ayat "menyimpan untuk masa hadapan" dan "sikit sikit lama lama jadi bukit"

Pengemis ade 5k dalam akaun, salah ke? Abis dia kene ade 5 ringgit 50 sen jah patutnya dalam akaun?
Come on la jibauk..pergi tangkap yang ade 2.6bilion dalam akaun. Yang buta buta dia tak mampu nak kumpul ketahap tu seumur hidup dia.
Quote chazey 16-6-2017 12:57 PM
Sebab tu akak takkan bagi duit pada pengemis.  Ujung2 tokey meka yang kaya, bukan meka.
Quote Jorja 16-6-2017 01:02 PM
Kita kerja separuh mati.. tiap bulan kena bayar bil loan semua tu.. dia sedap aje tadah tangan? Sorrylah I nak bagi peminta sedekah sekarang ni.. mudahan sindiket2 ni mati nanti perut terburai

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.103157s Gzip On
To Top