Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Didakwa Riak Dalam Ibadah, Selfie Bertelekung Janna Nick Dikecam

14-6-2017 11:40 AM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 6033| Komen: 75

Biasalah kalau dalam bulan Ramadan kita nampak gadis-gadis muat naik gambar selfie sambil bertelekung kan?

Tidak ketinggalan juga dengan artis Janna Nick yang baru-baru ini memuat naik gambarnya bertelekung di Instagram selepas mengerjakan solat tarawih.

Disebabkan itu dirinya dikecam kerana dikatakan menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah.

Mengulas mengenainya, pelakon berusia 23 tahun ini berkata, "Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap!" 

"Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan. Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja," tambahnya lagi kepada mStar Online.

Foto: IG Janna Nick
Pemenang Pelakon Drama Wanita Terbaik ABPBH 2017 ini turut menjelaskan tujuan utama bergambar sedemikian adalah untuk mempromosikan telekung yang dijualnya itu.

"Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain. Tak tunjuk solat witir wak, tunjuk telekung tu. Beli la saya jual, kalau tak tunjuk macam mana nak bisnes, terima kasih," tulisnya.

Alahai sabar sahajalah layan karenah peminat yang sentiasa negatif tu ya Janna? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 74
Komen

Previous : "Tunjuk Banglo Pun Salah, Takkan Nak Kongsi Gambar Kubur?" -Wak Doyok

Next       : "Pernah Nampak Saya Mengangkang Ke?" -Kak Ogy Berang Difitnah

Komen Terbaru

Quote mohdcrow 12-7-2017 04:21 PM
Dia x heran pun...peminat tetap jilat walaupun apa pun terjadi

Lain-lain Komen

Quote DianaSaksen 14-6-2017 11:42 AM
Biasa jer..Ramai jer yang buat macam ni..baik artis ataupun orang biasa
Quote asmara_me 14-6-2017 11:53 AM
bodohnya yang komen tu , hadoi .. orang yang bukan artis pun melambak2 buat selfie camni, semua salah .. tah ape ape
Quote fox. 14-6-2017 11:54 AM
Orang selfie pakai telekung pun nak pikir negatif,lain la dia berbikini di bulan ramadan
Quote umbut 14-6-2017 11:55 AM
Janna ni comel, cantik.. Tapi lakonan over.. Suka terjerit2
Quote terpaku 14-6-2017 11:55 AM
yang berselfie menangis depan kaabah tu taknak kecam?
Quote akumak 14-6-2017 11:56 AM
hmmmm berbaur kedengkian sgt komen2 tu.
Quote AbukRokok 14-6-2017 12:06 PM
#donetrawih
Quote de_ikea 14-6-2017 12:07 PM
Comel janna nick in real. Polos je mula takde mekap. Sll sgt dia bertarawikh ikut sis kt sini. Mbak oki dpt lah bertukar senyum. Nk selfie, meols tak kosser
Quote Aduradura 14-6-2017 12:08 PM
Dpt bayang mek jenna menjerit "ade aku kisah"
Quote harrypoter 14-6-2017 12:13 PM
jual telekung??
tak cecuai la
Quote Zasss777 14-6-2017 12:15 PM
Lain kali nak selamat takyah la selfie #doneterawih #donesolat #donemengaji semua ni. Buat kerana Allah dan tak payah post. Habis cerita.
Quote aleesyasofia 14-6-2017 12:20 PM
ig sheols ikut ske sheols la nk post gmbr pape pon..
Quote babycc 14-6-2017 12:22 PM
terpaku replied at 14-6-2017 11:55 AM
yang berselfie menangis depan kaabah tu taknak kecam?

Sape??    
Quote eyesarrein 14-6-2017 12:26 PM
Nak kena dgn sis ni depa ni Dok kecam anak dia..#mynyawaa blaaaa2
Quote dazzledazzle 14-6-2017 01:04 PM
alahai.. dengki ye la manusia ni..
menyebuk je ngan gmbr org lain..
tak kisah la artis ke sape2..
bg aku tak suka takyah tgk.. ape susah.. gatal gak tgn org nak komen..
Quote deebiz14 14-6-2017 01:26 PM
lahai... bukan sheols post  tudung bunga2 lobang2 smpi kene kecam cenggitu skali.
Quote virgo19 14-6-2017 01:48 PM
biar je la dia, apa yg menunjuknya solat terawih tu? amalan biasa kot di bulan ramadan ni, lain la kalau dia menunjuk dia sedekah kat orang, sebab sedekah tu tak semua org mampu buat. solat terawih ni semua org sihat mampu buat, antara nak dgn tak nak je, yg orang nak terasa dia menunjuk tu dah kenapa.
Quote barto 14-6-2017 01:53 PM
X rasa dia menunjuk pun
Quote CauPandin 14-6-2017 01:54 PM
itulah perks nak jd retis katanya, adakalanya dikecam,dipuji, dimaki gicewwwww



bertabahla deknonnnn


Lihat semua komen(75)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069695s Gzip On
To Top