Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kalau P.Ramlee Masih Ada

9-6-2017 04:42 PM |Dilihat: 4841| Komen: 121


Baru-baru ini, aktivis seni terkenal Dinsman membuat posting dilaman facebooknya seperti berikut :

“Filem filem P.Ramlee dulu banyak yang mendidik positif. Filem filem sekarang?”

Benar. Filem filem P.Ramlee membawa pelbagai mesej dan pengajaran positif. Dengan cara Allahyarham tersendiri menerusi kisah sedih mahu pun komedi . Filem komedi P. Ramlee khususnya sarat dengan sindiran tajam bertujuan membawa pengajaran.

Persoalan saya ialah jika Allahyarham masih hidup adakah Allahyarham boleh lakukan apa yang dilakukan dulu ?


Contoh. Filem komedi popular “Seniman Bujang Lapok“. Tentu kita ingat babak Ramlee, Sudin dan Aziz pergi ke studio Jalan Ampas untuk mencari kerja . Nak jadi filem star kata Ramlee .

Babak yang saya ingin paparkan ialah apabila Sudin disuruh Ramlee untuk bertanya pengawal studio berkenaan. Lantas Sudin terus menyapa si pengawal (istilah lama “jaga”) yang kebetulan seorang Punjabi lalu berkata “Hoi sini bikin filem kah ?” (lebih kurang begitulah bunyinya. Sila rujuk youtube).

Si “jaga” tidak respon. Namun ketika Sudin beredar dia bersuara : Awak nama saja Melayu .Sikit Bahasa pun takda. Saya tunggulkah? Kayukah ? Saya takda nama ka ?”

Seorang Punjabi memarahi seorang Melayu. Pada hematnya orang Melayu mesti berbudi bahasa tinggi. 

Penggemar filem ketika itu, yang menonton buat kali pertama babak itu, tidak pula tersinggung perasaan. Begitu saya difahamkan. 

Rata-rata mereka orang Melayu tetapi tidak rasa marah P. Ramlee memasukkan adegan bangsanya sendiri dimarahi bangsa bukan Melayu.


Satu lagi contoh. Filem Ali Baba Bujang Lapok. Babak sarjan ( lakonan Ibrahim Pendek ) dalam lokap di gua atau markas penyamun yang diketuai P.Ramlee. 

Sarjan sebelum itu tidak menjalankan tugas dengan baik mengesan rumah Ali Baba di kota Baghdad seperti yang diarah ketuanya.

Kerana kegagalan itu, sarjan ditempatkan di lokap dan dimarahi ketua penyamun. Rasanya ramai yang ingat kata-kata ketua penyamun kepada sarjan. Lebih kurang begini : “Bodoh, kelabu asap, banyak makan belacan”. 

Banyak makan belacan. Itu yang menarik. Yang membawa pengertian banyak makan belacan membuat sarjan jadi seorang yang bodoh. Dan kita tahu penggemar belacan dalam masakan ialah orang Melayu .

Sekali lagi orang Melayu penonton filem zaman dulu tidak melenting, tersinggung perasaan atau terasa terhina.

Ada lagi contoh tapi cukuplah setakat itu. Cuma ingin saya nyatakan dalam filem komedi P Ramlee kerap “bahasa kasar” ditonjolkan dalam dialognya.

Umpamanya “Bapak kau kan dah mampus“? Seperti yang diajukan Labi kepada Labu dalam filem Nasib si Labu Labi . 

“Memaki"  dengan kata kata “bodoh,” “bahlul” dan sebagainya kerap digunakan. Dan waktu itu tiada siapa yang terguris hati dan menuduh bahasa kasar yangdigunakan membawa kesan negatif  kepada masyarakat Melayu khususnya kanak kanak.

Orang “dolu dolu" tidak terlalu sensitif. Itu kesimpulannya.

Foto: The Star
Lalu berbalik kepada persoalan jika Allayarham P.Ramlee masih hidup, adakah Allahyarham bebas berkarya kreatif memuatkan babak dan dialog yang dihuraikan tadi dalam filem arahannya? 

Atau mungkin golongan yang mendakwa diri mereka “pembela bangsa” akan membuat laporan polis demi laporan polis, protes dan sebagainya terhadap Allahyarham kerana “mengaib dan meghina orang Melayu”? 

Dan menuduh Allahyarham “merosakkan" minda anak bangsa dengan menggunakan bahasa kasar dalam filemnya? Lantas mengongkong kreativiti dan mengganggu Allahyarham P.Ramlee.
 
Saya mengajukan persoalan sedemikian kerana pada masa ini dikalangan masyarakat moden tahun 2017 wujud ramai (dalam bentuk NGO khususnya) yang terlalu sensitif. Atau buat buat sensitif. Beralasan bertindak demi bangsa dan agama. Dilakukan atas sebab sebab tertentu. Politik mungkin ? 

Itu sekadar pendapat saya. Waullahualam. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Reply: 121
Komen

Komen Terbaru

Quote pyropura 13-6-2017 09:22 PM
lalala22389 replied at 13-6-2017 05:46 PM
bila keyboard warrior menulis..setakat pungpang dalam forum kat dunia luar menikus buat apa..sekur ...

...aku ni objektif orangnya, yg tak betul aku kutok, yg bagus aku puji, macam tred Msia mendunia yg banyak aku bukak contih  macam yang ini:

https://bm.cari.com.my/forum.php ... page=1&mobile=2

Lain-lain Komen

Quote steven.l 9-6-2017 05:14 PM
Ya, org dulu lebih bertoleransi and senang berbincang. Saling hormat agama masing 2.
Org skrg sekejap shj sudah memaki hamun & keluar tumbuk. Tak ada toleransi
Quote mommymonster82 9-6-2017 05:22 PM
Siapa yg hina dan kenakan arwah dulu?

Quote sekngucing 9-6-2017 05:26 PM
p ramlee over rated..
Quote chazey 9-6-2017 05:27 PM
Akak lebih tertarik dengan penulis artikel. Pakcik nampak seperti wartawan bertauliah sebab buah fikiran pakcik boleh tahan. Lalu saya pun google tentang pakcik dan mendapat tahu pakcik juga menulis untuk Malay Mail. So pakcik wartawan profile tinggi kedua menulis khas untuk kolum Cari selain Richie Rachman, setahu saya. Kipidap!
Quote axl_bach 9-6-2017 05:40 PM
sekngucing replied at 9-6-2017 05:26 PM
p ramlee over rated..

Btol,  overated jer P Ramlee nih.... kalo nk cari yg negatif pun bleh tp dh penulis nk puji P Ramlee amik yg positif jer....

Aku paling nyampah kalo ckp pasal P ramlee nih lagu dia Madu Tiga tu.... jadah apa nk bermadu MESTI PANDAI PEMBOHONG MESTI PANDAI TEMBERANG.... baguslah sgt tips madu kena jadi pembohong....
Quote Elle_mujigae 9-6-2017 05:41 PM
chazey replied at 9-6-2017 05:27 PM
Akak lebih tertarik dengan penulis artikel. Pakcik nampak seperti wartawan bertauliah sebab buah fik ...

Kannnnn..iols pun suka baca penulisan tt ni... Best..
Quote sekngucing 9-6-2017 05:42 PM
axl_bach replied at 9-6-2017 05:40 PM
Btol,  overated jer P Ramlee nih.... kalo nk cari yg negatif pun bleh tp dh penulis nk puji P Raml ...

org ambik positive jaa,  dlm filem. beliau

1.beliau je dpt heroine
2. scene scene minum,  scene clubbing masy melayu zaman dulu..
3. melayu takde kerja,  menganggur,  pastu menipu...
4.guna violence sbg resolve kepada masalah..
Quote akusukaq 9-6-2017 05:43 PM
CARI_Kolumnis replied at 9-6-2017 04:42 PM
Baru-baru ini, aktivis seni terkenal Dinsman membuat posting dilaman facebooknya seperti berikut : ...


Quote Elle_mujigae 9-6-2017 05:45 PM
axl_bach replied at 9-6-2017 05:40 PM
Btol,  overated jer P Ramlee nih.... kalo nk cari yg negatif pun bleh tp dh penulis nk puji P Raml ...

Lirik tu bukan beri tips ala2 tips keluarga bahagia Dr Fadhilah Kamsah tapi memberitahu senario yg selalu berlaku pada lelaki yg berpoligami. Itu je la kerja,tipu sana tipu sini utk survived kekdahnya...
Quote axl_bach 9-6-2017 05:45 PM
sekngucing replied at 9-6-2017 05:42 PM
org ambik positive jaa,  dlm filem. beliau

1.beliau je dpt heroine

Ntahnya,  nk ikutkan ajaran P Ramlee lah timbul lawak bodoh dgn bahasa kasar KEPALA BAPAK KAU bagai tu..... lawak terjerit2 lawak tersilap sebut nama/perkataan.....
Quote Elle_mujigae 9-6-2017 05:47 PM
Nama Dinsman ni familiar la..ada forumer cari id serupa itu juga...
Quote DeeHanania 9-6-2017 06:02 PM
chazey replied at 9-6-2017 05:27 PM
Akak lebih tertarik dengan penulis artikel. Pakcik nampak seperti wartawan bertauliah sebab buah fik ...

Yup,
Kita setuju jugak,
Well Done Uncle Penulis Artikel...
Tapi ada juga,ayat2 yang Arwah P.Ramlee dalam filem2 nya,agak kasar, x elok tuk budak2 sebenar yer,tapi filem P.Ramlee nie juga laa malar segar,walaupun ditonton berkali2,x jemu...
Quote sebu1 9-6-2017 06:08 PM
axl_bach replied at 9-6-2017 05:40 PM
Btol,  overated jer P Ramlee nih.... kalo nk cari yg negatif pun bleh tp dh penulis nk puji P Raml ...

Realiti kebykan mcm tu le bile bermadu.  X semue dpt bini rela suami kawin 2 3 So betulle lirik lagu dia tu :zz
Quote axl_bach 9-6-2017 06:11 PM
Elle_mujigae replied at 9-6-2017 05:47 PM
Nama Dinsman ni familiar la..ada forumer cari id serupa itu juga...

DInsman nih kan penulis politik antara yg top zaman Reformasi DSAI dulu selain MSO dan dan Lutfi Ahmad x salah aku
Quote axl_bach 9-6-2017 06:12 PM
sebu1 replied at 9-6-2017 06:08 PM
Realiti kebykan mcm tu le bile bermadu.  X semue dpt bini rela suami kawin 2 3  So betulle l ...

Realiti yang berlaku mmg cenggitu, tp itukah yg diajar baginda junjungan dalam berpoligami??
Nak ikut baginda junjungan ke nak ikut lagu P Ramlee?? dah x mampu berpoligami xyah berpoligami.,...lol
Quote sebu1 9-6-2017 06:15 PM
axl_bach replied at 9-6-2017 06:12 PM
Realiti yang berlaku mmg cenggitu, tp itukah yg diajar baginda junjungan dalam berpoligami??
Nak  ...

Masalahnye org skrg x ikut pun.  P.ramlee bukan ustaz atau berdakwah. Dia hanya menggunakan kisah realiti hidup dlm lagu2 ciptaannye
Quote Elle_mujigae 9-6-2017 06:16 PM
axl_bach replied at 9-6-2017 06:11 PM
DInsman nih kan penulis politik antara yg top zaman Reformasi DSAI dulu selain MSO dan dan Lutfi A ...

Oh ye ke...zaman sekolah rendah lagi tu,patut la kita tak kenal..hehe pernah nampak  juga buku2 beliau ada dijual di stesen Petronas..
Quote WhiskeyScotch 9-6-2017 06:17 PM
Antara banyak-banyak author Cari Kolumnis artikel dan pandangan TT Mohsin Abdullah paling I suka baca.

Penulisan yang ringkas, mudah difahami dan mempunyai substance yang tersendiri.

Kudos TT.

On the other hand,I anti penulisan kolumnis yang guna tagline 'Abang Motivasi'. Tak ingat nama kolumnis tu. Yang I tahu dia guna tagline 'Abang Motivasi'. Artikel yang ditulis kolumnis 'Abang Motivasi' sangat berat sebelah dan syok sendiri.


Quote axl_bach 9-6-2017 06:17 PM
sebu1 replied at 9-6-2017 06:15 PM
Masalahnye org skrg x ikut pun.  P.ramlee bukan ustaz atau berdakwah. Dia hanya menggunakan kisah  ...

Yer bro, aku pun x cakap P Ramlee nih ustaz or pendakwah...cuma nak sanggah yg penulis tulis kata karya P Ramlee semua positif...padahal byk jer yg negatif dlm karya P Ramlee nih.....

Lihat semua komen(121)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.053642s Gzip On
To Top