Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Suka Dedah Cerita, Malukan Suami. Bila Isteri Tak Lagi Pandai Jaga Maruah Pasangan

7-6-2017 02:34 PM |Dilihat: 3453| Komen: 33


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan netizen, 

Tips untuk mengelakkan suami anda mencari lain masih belum berakhir. Saya akan bincangkan tip seterusnya iaitu Menjaga Maruah Pasangan Anda. Elemen ini begitu penting bagi seorang isteri dalam memastikan martabat dan maruah suami terpelihara. Benar, adakalanya kehidupan kita diuji dengan pelbagai dugaan seperti kemiskinan, hutang piutang dan sebagainya. Mereka yang kurang yakin terhadap hikmah disebalik ujian yang diturunkan Allah SWT kepada kita akan mudah merungut dan menuding jari kepada seseorang. Lebih menyedihkan apabila seorang isteri sendiri menyalahkan suaminya yang mungkin kurang mampu dari aspek kewangan. 

Teringat saya kepada satu peristiwa apabila seorang suami telah dimalukan oleh anak saudara isterinya dengan menyatakan bahawa suaminya seorang yang miskin kerana tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri kerana tinggal di rumah mentuanya dan kata-kata pedih itu berlaku di hadapan isterinya sendiri dan keluarga mentua. 

Tiada seorang pun yang memarahi anak buahnya itu kerana berkata demikian, malah dijadikan bahan jenaka. Lebih memilukan, isterinya yang berada disebelahnya itu tersenyum melihat dan mendengar jenaka yang menjatuhkan maruah suaminya sendiri. Ini tidak harus berlaku kerana seorang isteri antara tanggungjawab utamanya adalah menjaga maruah suami biar hidupnya semiskin hina, maruah suami harus tetap dibela.  
  
Justeru, saya teruskan dengan tip seterusnya ini, Menjaga Maruah Pasangan Anda.


Menjaga Maruah Pasangan Anda

Sebagai seorang suami, status pemimpin secara tidak langsung ditabalkan  kepadanya. Biarpun setinggi mana status si isteri, ternyata, tidak mungkin menjadikan ia sebagai lesen untuk merendah-rendahkan si suami apatah lagi menjatuhkan maruahnya. 

Isteri Golongan Berada

Biarpun, lelaki pilihan anda bukanlah seorang yang berharta, jangan sesekali menjadikan kekayaan anda sebagai satu titik pemati kepada sebarang pertelingkahan. Ungkapan seperti ; Kalau tak sebab I, tak makan la keluarga kita! atau seumpama dengannya cukup memberi impak besar kepada si suami. Ini bukanlah satu ungkapan yang baik sekali pun dengan niat untuk memberi kesedaran kepada si suami untuk lebih bekerja kuat.

Isteri Berpengajian Lebih Tinggi

Adakalanya status pengajian yang tinggi membuatkan diri semakin meninggi. Baik percakapan mahupun cara kehidupan.  Namun, jika si isteri gemar membanding-bandingkan status pengajian dengan suami sehingga adakala merendahkan si suami di hadapan rakan-rakannya, nescaya, suami akan berkecil hati dan tunggulah kesannya.


Isteri Berpangkat & Bergaji Lebih Tinggi

Status pekerjaan cukup hebat namun jika cara & gaya di pejabat di bawa ke rumah, maka si suami akan mulai rasa kurang senang dan makin lama akan mengurangkan keyakinan diri nya dan si suami ini juga akan semakin kurang bermotivasi. 

Seharusnya

1. Usah merendah-rendahkan suami anda apatah lagi di hadapan orang lain.

2. Usah membanding-bandingkan status suami anda yang mungkin tidak anda senangi dengan diri anda apatah lagi dengan orang lain. 

3. Sentiasa menyokong, memberi semangat dan suntikan motivasi kepada suami untuk berjaya dalam perjuangannya.

Foto: Internet
Ikatan perkahwinan seharusnya jelas menyatakan persetujuan kedua-dua pihak untuk menerima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing. Kelemahan yang wujud masih punyai jalan yang luas untuk diperbaiki namun biarlah rentak untuk mengatasi sesuatu kelemahan itu kena dengan caranya dan bukannya dengan merendah-rendahkan status pasangan masingmasing.

Jika tidak, suami mungkin berasa kecil hati dan dipendam pula sehinggalah dia menemui seseorang yang setaraf dengannya dan keselesaan itu memberanikan si suami untuk keluar dari kepompong si isteri. Maka, berhati-hatilah wahai isteri. Hormati suami anda.

Ikuti sambungan tips mengelakkan suami mencari lain pada segmen akan datang. 

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Reply: 33
Komen

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 4-8-2017 03:36 PM
dia balik kepada  wanita / pasangan yg dikahwini kerana empat perkaralah
kalaupasangan tak kisahlah lelaki  ke wanita yg beragama dan faham islam , benda ni clear cut , yg susah sebab  tulah ...

Lain-lain Komen

Quote Ayda89 7-6-2017 02:37 PM
Iols belum kahwin, harap2 iols tak macamni bila dah kahwin, tapi tak tahu lah kan dugaan rumahtangga cemana..seram takut jadi mcmnih
Quote chinta89 7-6-2017 02:53 PM
masalahnya kalau bini jaga elok2 pun kalau dh dasar x reti jaga rumahtangga, cari lain jgk..
Quote kuzaime 7-6-2017 03:10 PM
Pernah aje jumpa bini2 mcm ni..mengata laki sndiri kt blkg..ada yg smpai hal dlm kelambu pun nk jaja jugak
Quote abangadek 7-6-2017 03:13 PM
meols ada kawan, bermadu.. madu dia sakit detswai laki dia p kewen dgn dia.. tp dia sangat la hansuang, asal masuk fb ja nampaklah segala hamun kt laki dia
Quote cik-jaja 7-6-2017 04:24 PM
senang cerita, dua2 jaga peranan memasing
Quote WhiskeyScotch 7-6-2017 05:11 PM
I rasa isu ini harus diberi penekanan khusus buat kedua-dua pasangan iaitu suami dan isteri. Bukan spesifikkan kepada isteri sahaja.

Hakikatnya, kedua-dua suami dan isteri harus menjaga aib pasangan masing-masing. Menghormati antara satu sama lain tanpa memberi label hanya isteri sahaja yang patut menjaga maruah suami. Suami juga wajib menjaga maruah isterinya.

Berdasarkan pemerhatian I secara rambang terdapat juga suami yang gagal menjaga maruah isteri di tempat awam. Ada isteri yang pernah ditengking dan ditampar di tempat awam tanpa sedikit pun suami merasa segan mahupun malu.

Belum lagi suami membuka kisah isterinya tidak pandai beraksi di ranjang di hadapan kawan-kawan atau teman sepejabat.

I tak nafikan bahawa terdapat banyak juga isteri yang gagal menjaga maruah atau aib suami dan sering membuka cerita perobal suami.

Justeru, I berpendapat bahawa article ini harus ditulis secara menyeluruh tanpa menyentuh pada satu jantina sahaja.

Plus, penulis menggunakan tagline 'Abang Motivasi'. Bagi seseorang yang ingin memberikan motivasi, I percaya penulis harus meluaskan skop penulisannya supaya nampak lebih matang dan adil serta realistik.

Sejujurnya, artikel yang ditulis oleh saudara Airol ini kelihatan tidak seimbang atau dalam bahasa lainnya berat sebelah.
Quote -electrifying- 7-6-2017 05:22 PM
tk perlu sblh pihak je, dua2 mainkan peranan...
Quote Joannalee 7-6-2017 05:32 PM
Article bias ni.. semua ye isteri2 je.... yg suami nye mcm xde salah silap... pape pun kedua2 suami dan isteri kene la memahami dan berfungsi....
Quote cahaya_almas 7-6-2017 05:39 PM
I tk suka bercerita psl suami..n jrg sekali berbalas comment or bertag gmbr somi kt fb....tp org kan....bila kita jrg letk gmbr...korek gak citer psl somi i...tnya itu ini....bz body....bkn tk bersyukur ada suami..bkn tk terima dia jd suami i...or malu ke apa.....cuma i ckp itu peribadi...tk semua benda i nk suh org tgkkkk....tp ada yg tk puas hati siap pm suh letak gmbr somi n anak....pelik kan..kdg2 benda2 yg tk sepatutnya pn ada yg tanya..i rasa mcm krg ajar sgt....
Quote armin 8-6-2017 12:53 AM
cahaya_almas replied at 7-6-2017 05:39 PM
I tk suka bercerita psl suami..n jrg sekali berbalas comment or bertag gmbr somi kt fb....tp org kan ...

Kenapa ramai org mcm tu dlm hidup u. Unfriend jela minah2 kepochi mcm ni. Buat semak je. Kalau susah pun tak tentu tolong, mengata lg adalah
Quote bolamata 8-6-2017 07:46 AM
Joannalee replied at 7-6-2017 05:32 PM
Article bias ni.. semua ye isteri2 je.... yg suami nye mcm xde salah silap... pape pun kedua2 suami  ...

i setuju statement u ni..suami dan isteri kekadang sama aje... ada jugak suami jenis suka mengumpat tentang isteri kat kawan2... padahal isteri baik giler tapi sebab dia perangai syaiton nak cover kekonon isteri yang jahat..ada juga suami yang materialistik.. nak cari lain semata2 pompuan yang dia baru jumpa kerjaya bagus dan ada segalanya..nak tumpang senang...
Quote Farnor 8-6-2017 08:13 AM
Memanglah kena jaga aib dan maruah suami seperti mana kita menjaga aib diri,keluarga dan orang lain..sya pun tak nak jadi mcm ni jika ada jodoh sikap lebih baik diam dr banyak cakap.
Quote love_ 8-6-2017 12:25 PM
suami isteri la sama2 jaga..
Quote ibusiti 11-6-2017 03:27 AM
Lewat internet ini saya mengutarakan ucapan terima kasih saya kepada (aki jagad) yang telah membantu kehidupan keluarga saya dulunya saya Cuma seorang buruh kasar yang bekerja di salah satu kebun kelapa sawit di daerah malaysia ini pendapatan saya sehari Cuma 55 ringit, hanya pas pasan untuk mengcukupi kehidupan keluarga saya Alhamdulillah sekarang Sejak saya menyertai jadi member_ (aki jaga) dan ini. Kemenangan saya yg Ke 3X Semalam Di kasih lagi.4D togel malaysia benar-benar tembus ... impian saya selama ini sudah jadi kenyataan. Alhamdulillah Kehidupan keluarga saya pun jauh lebih baik dari pada sebelumnya. Buat saudara bapak / ibu yang ingin mendapatkan REJEKI melalui jalan togel..atau yg sdh bosan dgn kemiskinan Hub
Quote Forsaken 11-6-2017 07:22 AM
Selalu jumpa jenis perempuan macam ni...jenis xsedar diri...xtahu nak tengok diri sendiri...kena masing2 jaga la...siapa yang terasa pedas dia la tu...
Quote Adline67 13-6-2017 03:29 AM
Mengadu pada Allah..buat apa..mgadu pads manusia..
Quote Adline67 13-6-2017 02:36 PM
kuzaime replied at 7-6-2017 03:10 PM
Pernah aje jumpa bini2 mcm ni..mengata laki sndiri kt blkg..ada yg smpai hal dlm kelambu pun nk jaja ...

Berlambk isteri2 gitu iolss pnh jumpa ngutuk suami x hengat donia..dpn suami lain pulak..
Quote kuzaime 13-6-2017 03:17 PM
Adline67 replied at 13-6-2017 02:36 PM
Berlambk isteri2 gitu iolss pnh jumpa ngutuk suami x hengat donia..dpn suami lain pulak..

Kutuk depan2 mau kena tomoi agaknya muka tu..
Quote Adline67 13-6-2017 03:19 PM
kuzaime replied at 13-6-2017 03:17 PM
Kutuk depan2 mau kena tomoi agaknya muka tu..

        kena tomoi xpe lg takut kena talak 3 je

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045652s Gzip On
To Top