Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Elak Pembaziran, Dubai Perkenalkan UAE Food Bank Sempena Bulan Ramadan

5-6-2017 01:40 PM |Dilihat:1594| Komen: 16

sumber : Gulf News

Setiap kali tiba bulan Ramadan, isu pembaziran makanan pasti akan menjadi perbualan hangat di kebanyakan negara Arab.

Walaupun sebelum ini pelbagai langkah diambil dalam usaha menangani masalah tersebut, namun masih tidak membuahkan hasil.

Bagaimana pun, pada tahun ini, penduduk Dubai boleh mengelakkan melakukan pembaziran dengan mendermakan makanan mereka kepada insan yang memerlukan menerusi satu program khas yang diusahakan pihak majlis perbandaran.

Memetik laporan Gulf News, program yang dikenali sebagai UAE Food Bank itu melibatkan penempatan kira-kira 80 buah peti sejuk kebanyakan masjid di Dubai.

Usaha tersebut dimulakan sejak Sabtu lalu dengan ditaja oleh banyak syarikat besar selain dibantu oleh sukarelawan yang dilatih.

Selain membantu golongan kurang bernasib baik, usaha itu juga bertujuan mengelakkan pembaziran di bulan Ramadan.

Orang ramai yang memerlukan makanan hanya perlu pergi ke masjid berhampuran dan mengambil makanan yang didermakan di dalam peti sejuk tersebut.

Mengikut perancangan seterusnya, Majlis Perbandaran Dubai berhasrat menempatkan peti sejuk di taman awam bagi meluaskan usaha murni tersebut. 

Buat kali pertama, peti sejuk Ramadan itu akan dibenarkan menyimpan makanan yang dimasak di rumah tetapi syarat kesihatan yang ketat dikenakan bagi memastikan makanan tersebut selamat dimakan.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote harisanis 12-6-2017 01:43 PM
bagus sangat wat gini

Lain-lain Komen

Quote cheergirlz 5-6-2017 01:46 PM
bgs jg cara nie...
Quote Zasss777 5-6-2017 02:01 PM
Bagus. Maybe boleh intro kat Msia pulak lepas ni.
Quote qistiena 5-6-2017 02:08 PM
takut kalau kat Malaysia buat mcm nie...

diambilnya makanan dan di jual...
Quote kecimpret 5-6-2017 02:34 PM
kat msia yg aku tgk puteri sultan selangor rajin buat gini..dia collaborate dgn hotel2 supaya beri leftovers dan team up dgn NGO distribute makanan tu kpd poor families..UAE food bank ni skala lebih besar
Quote chinta89 5-6-2017 02:40 PM
baguslah dari ber tan2 mknan dibuang setiap hari
Quote DeeHanania 5-6-2017 03:02 PM
Bgus tu,elakkan pembaziran
Quote miemiecha 5-6-2017 03:16 PM
mesia kalau buat, ade yg dtg bawak p jual plak.. adoiii
Quote manjalara_01 5-6-2017 03:31 PM

Quote Ayda89 5-6-2017 04:38 PM
Bagus sangat..
Quote bungaserai 5-6-2017 04:44 PM
bagus ni, kat Msia patut buat macam ni...
Quote KucingKedai 5-6-2017 04:57 PM
bagus, elakkan pembaziran sambil membantu yang memerlukan..
Quote hanalisa 5-6-2017 05:22 PM
good idea. tak kisahlah janji ada yang nak makan.
Quote WajibulGhunah 5-6-2017 07:48 PM
Kat malaysia susah sikit nk buat mcm ni
Quote EviraMorgan 5-6-2017 11:04 PM
Teladan baik
Quote jazaa100 6-6-2017 01:42 AM
qistiena replied at 5-6-2017 02:08 PM
takut kalau kat Malaysia buat mcm nie...

diambilnya makanan dan di jual...

Tak kot.....

Tu yg letak brg brg keperluan kat masjid tu, elok j org amik setakat yg perlu....

Tapi klu dpt kat bangsa trisna, sahih dijualnya kat param sampai 3hari.....


Quote harisanis 12-6-2017 01:43 PM
bagus sangat wat gini

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082170s Gzip On
To Top