Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Berhenti Merokok, Jangan Sikit-sikit Tapi Sekaligus - Pakar

2-6-2017 03:49 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2367| Komen: 70


Bagi mereka yang merokok, sering kali mengambil peluang ketika bulan Ramadan untuk berhenti merokok. 

Ini kerana dalam masa beberapa jam, mereka terpaksa untuk tidak merokok kerana dalam 'mode' berpuasa. Sekaligus dapat mendidik diri menjauhi rokok dalam tempoh tertentu.

Namun, sebaik sahaja waktu berbuka puasa, mereka seakan tewas dengan keinginan membuak-buak terhadap rokok itu sendiri. 

Oleh itu, bagaimana agaknya untuk kekal berhenti rokok pada bulan Ramadan ini? 

Memetik Malay Mail Online, seorang pakai berhenti merokok, Swinder Jit Jag Singh memberikan tips kepada semua perokok tegar ini:


1. "Saya nasihatkan pada yang nak berhenti merokok, lepas makan jangan ambil rokok, terus saja 'lari' pergi masjid atau surau."

2. Sibukkan diri dengan aktiviti di masjid, 'pray' banyak-banyak, jadi semangat you pun akan kuat."

3. Saya syorkan berhenti terus, kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor berhenti merokok selama 23 tahun, memang cara ini lebih berjaya."

4. Kalau cara berhenti sikit-sikit, maksudnya cuba kurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit, jarang berkesan di kalangan pesakit saya."

5. Biasanya dalam bulan puasa ini semangat mereka, 'will power', lebih kuat, oleh sebab itu pada sesiapa yang nak berhenti merokok itu ambil peluang, berhenti sahaja sekarang!

Semoga dengan nasihat yang diberikan oleh pakar ini, sedikit sebanyak dapat memberikan atau membuka peluang lebih banyak kepada perokok tegar untuk berhenti merokok. 

Semoga anda berjaya! - CARI 

Foto: Internet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 48
Komen

Previous : 3 Minuman Ini Dipercayai Mampu Merawat Masalah Ketiak Basah, Berbau

Next       : Lelaki Kelantan Mirip Anime Ditawar Jadi Artis K-Pop, Buat Para Haters Terdiam?

Komen Terbaru

Quote fefeeling 17-8-2017 02:26 AM
tahniah la siapa yg boleh buang tabiat merokok., i still need my ciggies cos my workload can be too much at times so i need to puff quite regularly so i don't go insane at work hihihi

Lain-lain Komen

Quote harrypoter 2-6-2017 03:57 PM
cakap memang mudah
Quote CiliPadiSedap 2-6-2017 04:20 PM
cakap memang mudah, tp ada je orang berjaya..

nak masuk syurga cakap memang mudah, tapi ada je orang berjaya masuk syurga..

eleh kalau mental pun dah tewas apa lagi mahu berubah.. mental  jgn pondan, biar mental kuat macam sajat di keji di hina pun tetap jentayu
Quote siskepoh 2-6-2017 04:34 PM
bukan sedap pon rokok tp da ketagih mmg xleh tgl.
Quote tagas 2-6-2017 04:49 PM
Seblum bedal nasik bagai

berbuka pekena dulu kopi panas dgn sebtg rokok

Perghhhhhh feellllll
Quote WhiskeyScotch 2-6-2017 04:53 PM
Busuk!!!
Quote cik-jaja 2-6-2017 04:58 PM
xsuka smokers..kalau adik ng ayah merokok dlm rumah, perghh bau diaaa
Quote idakamaruddin 2-6-2017 05:40 PM

busuk2 tu la laki iolss



kesian u tgk dia puasa..kadang gigil2 tgn dia hahaha

iols sian tgk dia x dpt rokok..mood n hormon dia upside down

dia ckp apa tau dh bc 3 qul pn otak asik igt rokok


bila hr siang mmg nmpk la syndrome nicotine withdrawal jd kt dia hahaha

lawak pn ye gak iols tgk
Quote handbagpink 2-6-2017 05:50 PM
Orang yg smoking tu badan or kulit diaorang mcm melekat dgn bau asap n tembakau... yang set-set smoking dlm rumah tu habis satu rumah bau rokok n tembakau... seriously tak suka... shampoo rambut pun macam takde makna
Quote WhiskeyScotch 2-6-2017 05:51 PM

Husband you ni chain smoker la ni. I dapat bayangkan tangan dia menggigil bila tak dapat rokok. Lain kali, kalau you nampak tangan dia menggigil dan tak keruan tu you pergi dekat your husband you pegang tangan dia and peluk dia kuat-kuat. Hug him and calm him down. Cubalah mana tahu berjaya.
Quote exclusive_vvip 2-6-2017 05:52 PM
my asben dulu smoker..tapi 5,6 tahun dah berenti..mmg dia nekad sendiri...i tak paksa pun dia berenti ke apa..dia sendiri yg nak..Alhamdulillah...time blom jumpa dia pun, i tak penah tanam cita2 mcm sesetengah pompuan..taknak lelaki perokok pelbagai...klu tak dpt yg perokok,Alhamdulillah..kalu dpt perokok,lantak la..sibbaik my asben willingly berenti sendiri...
Quote idakamaruddin 2-6-2017 05:53 PM
WhiskeyScotch replied at 2-6-2017 05:51 PM
Husband you ni chain smoker la ni. I dapat bayangkan tangan dia menggigil bila tak dapat rokok. La ...

koserr la uolss bulan puasa nk peluk2 bagai

hahaha btw weols ni bkn jenis mesra2 mcmtu sbb weols sllu gado mulut hahah

mcm kapel org dulu2 xde makne nk mesra2 sgt ni
Quote WhiskeyScotch 2-6-2017 05:55 PM
idakamaruddin replied at 2-6-2017 09:53 AM
koserr la uolss bulan puasa nk peluk2 bagai

hahaha btw weols ni bkn jenis mesra2 mcmtu sbb weol ...

Peluk jela. Bukan apa pun. Ala suami isteri yang selalu gaduh-gaduh mulut ni sebenarnya ikatan hati depa jauh lebih kuat tau. Peluk je. Cuba sekali. Nanti akan ada satu perasaan yang lain lebih kepada ketenangan gitu.
Quote exclusive_vvip 2-6-2017 05:57 PM
idakamaruddin replied at 2-6-2017 05:40 PM
busuk2 tu la laki iolss



Haha..cian plak dengar citer uols..tapi takpe,at least dia mampu pose...ada memember iols tu,sanggup tak pose semata2 nak merokok...
Quote idakamaruddin 2-6-2017 06:07 PM
WhiskeyScotch replied at 2-6-2017 05:55 PM
Peluk jela. Bukan apa pun.  Ala suami isteri yang selalu gaduh-gaduh mulut ni sebenarnya ikat ...

tu la pasal weols ni sllu gado

benci kecik pn bole gado tp x smpan lama kejap je dh sejuk tp kalau dgr weols bertekak mcm apa je

iols kesian tgk dia tp secara lisan iols akan perli2 dia haha tp sebenarnye iols kesian

tp xleh la nk cakap yg sian kt dia mulut ni lg kuat nk perli kahkahkah


Quote idakamaruddin 2-6-2017 06:07 PM
exclusive_vvip replied at 2-6-2017 05:57 PM
Haha..cian plak dengar citer uols..tapi takpe,at least dia mampu pose...ada memember iols tu,sangg ...

tu la uols tp sian la dia time cuti mmg dia lemau hbs..x yah la suruh dia buat pape mmg dia xleh fokus...bergerak pn slow motion

baik suruh dia tdo je..kalau suruh pape mmg last2 gado

hahaha
Quote exclusive_vvip 2-6-2017 06:22 PM
idakamaruddin replied at 2-6-2017 06:07 PM
tu la uols tp sian la dia time cuti mmg dia lemau hbs..x yah la suruh dia buat pape mmg dia xleh f ...

Hahaha..org laki ni mmg ubatnya tido je....
Quote RatuDunia94 2-6-2017 08:14 PM
Dulu masa study iols merokok.. Tp lps dh kerja iols nekad quit.. Skrg alhamdulillah dh free..
Quote JDT 2-6-2017 08:35 PM
Suami saya bekas perokok tegar...berhenti terus lepas kena cardiac arrest pada disember 2015.
Sebelum tu selalu janji nak berhenti, dari mula kenal, kawin dan bila dah dapat anak...kurangkan dari 2 kotak hingga sekotak tapi tak juga berhenti, hinggalah tragedi disember tu.
Punyalah baran dan moody masa baru2 berhenti tapi lepas 2 minggu, dia ok.
Takut juga kalau tergoda jika kawan2 hulur sebatang..setakat ni dia mampu tolak dgn baik..
Quote unhas 2-6-2017 11:45 PM
Mintak maaf cakap kalau dah nama perokok selagi tak hancur paru2 selagi tu depa takkan sedar. Part of their brain dah rosak sampai xleh fikir baik buruk merokok tu. Kalau cuma sebab nak save duit memang tak la nak berhenti rokok. Kadang aku tgk pengemis yang xde duit nak makan pun boleh merokok. Memang xleh nak buat ape dah dengan perokok. Paru2 hancur je baru depa akan terbangun dari lena

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046524s Gzip On
    To Top