Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Penuntut UPNM Dibunuh Rakan Guna Seterika Wap

2-6-2017 02:45 PM |Dilihat:4484| Komen: 2
Zulfarhan Osman, Foto: mStar Online
Seorang penuntut lelaki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditemui maut selepas dipercayai didera rakannya menggunakan seterika wap.

Laporan mStar Online menyatakan, mangsa Zulfarhan Osman, 21 yang juga pegawai kadet laut ditemui dengan kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, kaki dan tangannya.

Kematian mangsa disahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya.

"Innalillah. sedih dan pilu dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Al Fatihah."

Hisahmuddin juga telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan segera.

Malah menurutnya lagi tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Polis telah menahan 30 individu di UPNM Sungai Besi untuk membantu siasatan. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
11
Terkejut
3
Sedih
9
Lawak
3
Bosan
2
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hasmania 13-6-2017 10:12 AM
dah terlalu ganas sungguh tu ....

Lain-lain Komen

Quote miss_strangers 6-6-2017 10:12 AM
Teruk betul
Quote hasmania 13-6-2017 10:12 AM
dah terlalu ganas sungguh tu ....

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080962s Gzip On
To Top