Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lari Selepas Siku Muka Polis, Lelaki Terima Padah

1-6-2017 12:26 PM |Dilihat:1937| Komen: 39
Kan dah mendapat! Sudahlah biadab mengeluarkan kata-kata kesat, disikunya pula muka polis.

Seorang lelaki berbuat demikian sebaik sahaja ditahan di Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, kira-kira jam 10 pagi semalam (Rabu).


Foto: Harian Metro

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan suspek berusia 30 tahun itu ditahan ketika pihaknya menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di lokasi kejadian.

Lelaki itu dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dokumen pengenalan diri dan lesen memandu dilakukan, tiba-tiba suspek mengeluarkan kata-kata kesat.

Dia berterusan memaki hamun anggota polis sehingga menarik perhatian orang awam yang berada di sekitar kawasan itu, katanya.

Sudahlah biadab, suspek juga melakukan provokasi dengan merakam video menggunakan telefon pintarnya ketika anggota polis menulis saman berikutan kegagalannya mempamerkan lesen memandu.

Anggota polis cuba menghalang suspek daripada merakam video namun lelaki itu mula bertindak agresif dengan menyerang dan menyiku muka anggota polis sebelum melarikan diri ke arah Wangsa Walk Mall, di sini.

Pasukan bantuan polis segera dihubungi untuk mengesan suspek sebelum dia ditahan di hadapan sebuah premis di pusat beli-belah itu, katanya.

Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menghina polis. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 2-6-2017 12:13 PM
mabuk ke atau mmg gila?

Lain-lain Komen

Quote jazaa100 1-6-2017 12:33 PM
Nasib baik tak kena tembak ....

Quote ronapink 1-6-2017 12:35 PM
padan muka,


bongok sangat
Quote cha-cha 1-6-2017 12:38 PM
konon hebat lari dari polis macam james bond
Quote prettyuglybabe 1-6-2017 12:50 PM
masak la kena beduk kat dalam nanti..
Quote simatakucing 1-6-2017 12:57 PM
Die acah acah nak main polis sentri ke ape name tu agaknye,hahah
Quote diss69 1-6-2017 01:06 PM
mendapat laa kt dlm lokap tu...
Quote Artemesiaa 1-6-2017 01:07 PM
Kan dah mendapat
Quote amukgemuk 1-6-2017 01:13 PM
mintak lesen
lesen tak ada.
rakam polis tulis saman.
Polis marah
Siku polis lepas tu lari.
Polis contact polis lain
Jumpa depan mall.--- shopping ke? Hahahah
hahahahahaah hoi upload la video polis tulis saman sebab kau salah tu.....
Quote cheergirlz 1-6-2017 01:34 PM
time pose nie laa mcm2 peel muncul....
Quote Ayda89 1-6-2017 01:47 PM
Weyh berani n ganasnya hahaha mabuk ketum ke apa
Quote dodolgemok 1-6-2017 01:54 PM
Ni mesti kaper harbi xpose kan?? Xmungkin ummah suchi sanggupr berbuat demikian ketika bulan remdan. Cc @whitemagic @kakiselit @bioessence @shamsadis @Modngengade @sabbath_shalom
Quote cocorex 1-6-2017 01:57 PM
Mohon ko dibelasah dgn teruk kt dlm bilik siasatan nnt
Quote budaktua 1-6-2017 01:58 PM
pe hal pulak ambil video? nak tunjuk kat sape?

kan dia yg salah...
Quote babydoll 1-6-2017 02:05 PM
get ready la kene kt dlm hotel besi. yg pi siku muka org tu pasai apa? haihhh..mcm2
Quote mizzmimi 1-6-2017 02:32 PM
Siku muka dia balik satu balai tu sume.

Biadabb!
Quote harrypoter 1-6-2017 02:35 PM
tgh high ni
Quote FanTasyCreaTioN 1-6-2017 02:39 PM
cubaan berlagak berani supaya tak kena saman
hujung-hujung nya mendapat juga

Quote matamata 1-6-2017 02:42 PM
libas dgn paip air
Quote Modngengade 1-6-2017 03:13 PM
dodolgemok replied at 1-6-2017 05:54 AM
Ni mesti kaper harbi xpose kan?? Xmungkin ummah suchi sanggupr berbuat demikian ketika bulan remdan. ...

tidak syak lagi sister....namun motip tag sister kerak?

Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.107163s Gzip On
To Top