Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Stres Diganggu Nombor Tak Dikenali, Nabil Ahmad Tukar Nombor Telefon

29-5-2017 04:37 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 3168| Komen: 48

"Saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak."

Siapa saja tahan jika terus-terusan diganggu dengan panggilan daripada individu tidak dikenali. Disebabkan tidak tahan dengan keadaan itu, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memutuskan untuk menukar nombor telefon peribadinya.



"Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu. 

"Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak. 

"Mereka juga masukkan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama," ujarnya kepada mStar Online. 

Memetik mStar Online, Nabil sudah memaklumkan semua klien dan rakan media mengenai nombor telefon barunya secara peribadi. 


Foto: IG Nabil Ahmad

"Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar. 

"Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam," ujarnya.

Wah, sampai kanak-kanak pun sibuk mahu menghubungi Nabil ya. Sempat berbual dengan Nabil tak tu? Atau hanya buat panggilan 'prank' sahaja? Apapun semua orang diingatkan supaya berhati-berhati dalam memberi nombor telefon peribadi anda kepada orang tak dikenali. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 48
Komen

Previous : Fouziah Gous Tak Selesa 'Jual Anak'

Next       : "Bakal Suami Kena Tahu Guna Seterika,"-Elfira Loy

Komen Terbaru

Quote binisupir 31-5-2017 12:46 PM
Ke bank yang call?

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 29-5-2017 04:50 PM
pakai sematfone, block je la nombor-nombor tak diingini..
kalau pakai 3310 tu boleh la guna alasan entah sapa-sapa call..
Quote Ayda89 29-5-2017 05:03 PM
Paling benci kalau nak kena tukar nom tel. Lagi2 klau dah berabad pakai:zz
Quote Acik_Whitney 29-5-2017 05:10 PM
Ngantuk dan laparnya:zz
Quote kiambang 29-5-2017 05:14 PM
Boleh silent phone sebagai alternative
Quote blythes 29-5-2017 05:42 PM
Cani pun boleh carik makan eh reporter skang
Quote irwansuhadi 29-5-2017 05:44 PM
ni semua keje orang dalam gak ni
Quote awoks 29-5-2017 05:44 PM
Mesti lofa yang sebarkan ni.tetibee khen
Quote misswa 29-5-2017 07:07 PM
Nasib la bil
Quote Audi_Lee_Cap 29-5-2017 09:10 PM
Call me maybe
Quote RatuDunia94 29-5-2017 09:13 PM
Iols masih pakai no yg sama dr 2007... Dh 10 tahun.
Quote pichee 29-5-2017 09:39 PM
La...download la apps truecaller..blh detect sape yg call kita...
Quote apiang 29-5-2017 09:41 PM
Hahahaha zaman Belajar Dulu Rajin tukar nombor.  Fefeeling Femes
Quote Lorra2411 29-5-2017 10:22 PM
Iolss pun sayang gila nak tukar nombor baru, itupun sebab terpaksa. Mungkin Nabil pun dah penat nak block satu satu, alang alang tukar nombor baru je
Quote milot 29-5-2017 10:45 PM
pichee replied at 29-5-2017 09:39 PM
La...download la apps truecaller..blh detect sape yg call kita...

Thnx.meols da donlod.hopefully bole screen insurance ,promo hotel etc..
Quote Tahpapa 29-5-2017 11:07 PM
RatuDunia94 replied at 29-5-2017 09:13 PM
Iols masih pakai no yg sama dr 2007... Dh 10 tahun.


Iols pakai no yg sama since 1998 ..Kecik2 ada hp.
Quote Tahpapa 29-5-2017 11:09 PM
Aku ada je nombor2 yg kacau....last2 aku block semua no tu. Abis cerita
Quote masnona 29-5-2017 11:17 PM
Yg kacau dia bdk2 upsr je?
Quote Kadaisaku 29-5-2017 11:25 PM
Ala bang bil ni, pakai smartphone kan block jela. Dan dan je nak tukar no, ke no 'kelain' tu

Anyway bisnes kleencalet heshe ni dah bungkus ke? Cam sendu aje
Quote toxicated 30-5-2017 12:23 AM
Bebudak cenel ceria kot

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057561s Gzip On
To Top