Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pengarah Titanic Disaman RM1 Bilion, Didakwa Curi Idea Karakter Jack Dawson

25-5-2017 03:32 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 4263| Komen: 20

Kita biasa dengar mana-mana drama atau filem yang berjaya, disaman kerana mencuri idea asal yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

Demikian jugalah berlaku kepada filem Titanic yang telah mencetuskan satu fenomena di seluruh dunia pada tahun 1997.


Foto: IMDb

Pengarahnya, James Cameron disaman seorang individu bernama Stephen Cummings dari Florida kerana didakwa meniru sejarah keluarganya untuk diadaptasikan dalam filem berkenaan.


Foto: Mail Online/AP

Memetik portal TMZ, Cummings yang juga pernah terbabit dalam industri pelayaran mendakwa dirinya dijadikan inspirasi untuk karakter Jack Dawson yang dilakonkan Leonardo DiCaprio.


Foto: TMZ

Menerusi fail tuntutan itu, Cummings menganggap Cameron mendapat idea itu daripada kisah yang dia ceritakan kepada rakan-rakannya mengenai dua saudaranya yang terbabit kecelakaan kapal yang berlaku di Brevard County pada 1988 dan 1989.

Bukan itu sahaja, bekas 'pakar pelayaran' itu berkata babak kapal karam dan perpisahan tragis yang berlaku dalam filem Titanic bukanlah fakta yang tercatit dalam sejarah, sebaliknya ia merupakan sejarah silam keluarganya.


Foto: Mail Online/Moviestore

Foto: The Void

Menurut TMZ, Cummings menuntut ASD 300 juta (RM1.28 bilion) dan satu peratus bayaran royalti dari keuntungan filem berkenaan.

Agaknya, kalau filem Titanic gagal mengaut keuntungan tinggi, ada tak orang nak failkan tuntutan saman kerana menciplak idea orang lain? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Previous : Bakal Rugi ASD 150 Juta, Tak Sangka Filem King Arthur 'Flop'!

Next       : Memang Cun! Filem Epik Digital 'Legenda Cun' Bakal Ceriakan Aidilfitri Anda!

Komen Terbaru

Quote Sembangbimbang 19-8-2017 10:39 AM
Hahaha gila nak royalti senang2x

Lain-lain Komen

Quote Victorioussss 25-5-2017 03:36 PM
So u are saying kisah ancestor u la yang beromen dalam kereta dan lukisan telanjang dan cerita itu diadaptasi tambah tambah ke dalam filem titanik?

I pun nak claim jack dawson adalah cerita mengenai diri i yang i bayangkan dan berangan ketika dalam toilet pagi pagi sebelum siap gi keje.
Quote amiekz86 25-5-2017 03:43 PM
giler...citer bapak lama...baru sekarang nk saman...
macam dh basi dh...
Quote wanoii 25-5-2017 04:09 PM
nmpk nau menipunyaa. kenapa bru skrg na saman? sb bru tgk ke? pelik2 je deme ni
Quote kentel 25-5-2017 04:14 PM
serius masuk court??? silap2 hakim xnk dengar...lol...
Quote nasidaging 25-5-2017 04:31 PM
pelik2 la diorg ni... skrg br nak saman. dulu2 x nak saman.
Quote WajibulGhunah 25-5-2017 04:50 PM
Rose dawson tu pulak nama kucing moyang saya

Nk saman jugak!!!! :
Quote CiliPadiSedap 25-5-2017 05:06 PM
President donald trump asa 350 court order lg gamble siap jd pm..
Quote husie91 26-5-2017 12:51 AM
So ni lebih kurang adaptasi dari kisah benar la ek
Quote andromeda84623 26-5-2017 06:16 AM
CARI-MAL replied at 25-5-2017 03:32 PM
Kita biasa dengar mana-mana drama atau filem yang berjaya, disaman kerana mencuri idea asal yang men ...

Selamat maju jaya lah nak menyaman James Cameron tu
Quote veYron 26-5-2017 08:54 AM
Apa bukti dia yg James Cameron ni ciplak?
Quote rikamiyuki 1-6-2017 01:42 AM
Awat tak saman 10tahun lagi
Quote rikamiyuki 1-6-2017 01:44 AM
WajibulGhunah replied at 25-5-2017 04:50 PM
Rose dawson tu pulak nama kucing moyang saya

Nk saman jugak!!!! :

Kerlass nama kucen moyang uolls
Quote MarissaMiller88 1-6-2017 02:01 AM
dah lama dah...baru nak saman...ada bukti ke mengatakan keturunan dia tu mmg terjadi cerita mcm tu? kang jap lg ada budak saman cameron sbb tiru watak transformers cerita asal atok dia.
Quote huehue 1-6-2017 02:17 AM
Bagi i kalau tersama sikit tu biasalahhhh. Lainlah kalau every bit of details dalam titanic tu mmg sebiji dengan cerita uolls.

Kalau heolls tak pernah dgr cerita nenek moyang uolls pun it's still possible ya nak buat cerita cinta tragis gitu. I pun boleh reka cerita cinta tragis yang entah entah sama dgn cerita sebenar polan mana entahhh
Quote greantea 1-6-2017 06:42 AM
dah 20 tahun baru nak saman. baru jumpa buku salasilah n sejarah keluarga ke apa dia ni?
Quote Revolver 1-6-2017 07:46 PM
kalau betul citer ko dari awal tayang ko dh saman
kapal ko karam, pastu ko selamat ke yang baru sekarang nak saman ni
Quote shaamimimalek 4-7-2017 11:42 AM
Baru nk saman? Dah x dak duit ka bang ?
Quote bc85 31-7-2017 03:44 PM
cerita pun dah berzaman...
Quote bc85 31-7-2017 03:44 PM
revenue utk titanic pun rasanya dah abis

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044395s Gzip On
To Top