Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Puluhan Juta Ringgit JJPTR Dipindah Ke Akaun Di Luar Negara- PDRM

19-5-2017 03:57 PM |Dilihat:1873| Komen: 15
Siasatan polis terhadap JJ Poor to Rich (JJPTR) mendapati puluhan juta ringgit berkemungkinan besar telah dipindahkan ke akaun di luar negara.

Memetik laporan The Star, menurut sumber polis, setakat ini tiada kesan yang komputernya digodam seperti didakwa oleh pengasasnya, Johnson Lee, dan siasatan yang 

dijalankan turut tidak menunjukkan syarikat tersebut terlibat dengan perdagangan pertukaran mata wang asing (forex).

Difahamkan sepasukan pegawai dari Bukit Aman dan Bank Negara telah membekukan beberapa akaun bernilai jutaan ringgit.

Sementara itu, Bank Negara akan cuba bekerjasama dengan rakan sejawatan di luar negara untuk menjejaki wang tersebut bagi menyiasat jumlah wang itu diperoleh dari mana dan ke mana duit itu dipindahkan keluar, sekaligus membuat penilaian samada syarikat tersebut menyalahi undang-undang.

Pasukan tersebut turut sedang memastikan fakta jika jumlah kehilangan sebenar adalah RM1.73 bilion atau sama ada terdapat kira-kira puluhan ribu menjadi mangsa di dalam dan luar negara.

Sebelum ini, Johnson Lee membuat pengumuman bahawa syarikatnya digodam sehingga menyebabkan syarikatnya 'crash' akibat mengalami kerugian sebanyak RM500 juta.- CARI

sumber : https://cdn01.vulcanpost.com


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 21-5-2017 09:54 PM
CARI-LTS replied at 19-5-2017 03:57 PM
Siasatan polis terhadap JJ Poor to Rich (JJPTR) mendapati puluhan juta ringgit berkemungkinan besar  ...


Lain-lain Komen

Quote krustykrab 19-5-2017 04:19 PM
kena godam tu ayat nak cover je...mcm la org tak biasa dgn sistem piramid ni johnson oiiii

dari melabur kat johnson lee ni lebih baik la korg beli brg2 johnson&johnson tu pi sedekah....
Quote shamsadis 19-5-2017 04:34 PM
Hahahahaha yang pernah kena scam bunuh diri la
Quote cmf_raudah 19-5-2017 04:34 PM
selamat dalam penjara...kalu kat luar abis laaa
Quote kasijelaya 19-5-2017 04:44 PM
Edited by kasijelaya at 19-5-2017 04:46 PM

naper PRU dah dekat byk kes  na na na na  
ada mungkin ke tak UMNO na na na na
tapi tak cukup na na na na
so ....   na na na na la  


bukan ke forex na na na na kat mesia
so naper 1.73 billion tu boleh kira  'pindah keluar'  


Bukit Aman dan Bank Negara telah membekukan beberapa akaun bernilai jutaan ringgit.


membekukan utk apa yer
tolong bayar balik kat mangsa ke
atau sendiri na na na na

kalu la tolong bayar balik baru la kira jantan
kalu na na na na pulak
sakan together na na na na jer

Quote CiliPadiSedap 19-5-2017 06:10 PM
kasijelaya replied at 19-5-2017 04:44 PM
naper PRU dah dekat byk kes  na na na na  
ada mungkin ke tak UMNO na na na na
tapi tak cukup n ...

nak duit juta2 tu, kena pakai lawyer , kalau report mmg takkan dpt semula
Quote Gendut 20-5-2017 12:26 AM
Kalau dah beku tu susah la nak cair.
Quote Laisa 20-5-2017 12:32 AM
Alamatnya mmg kirim salam jelah... :zz
Quote merrissa 20-5-2017 12:40 AM
kenapa x melabur secara sah je...ntah ak pon x fhm
Quote tupaiterbang 20-5-2017 01:49 AM
kasijelaya replied at 19-5-2017 04:44 PM
naper PRU dah dekat byk kes  na na na na  
ada mungkin ke tak UMNO na na na na
tapi tak cukup n ...

yg kes gold apa ntah tu pun masuk nana nana jugak.
Quote shahreen 20-5-2017 09:53 AM
Dak johnson ni umur brp?mcm muda jah
Quote zamzam 20-5-2017 10:15 AM
aku ingatkan melayu jer selalu kena tipu dgn mlm. tapi cina2 sakai ni pun kena jugak?...tapi nama class sikitlah JJPTR  hahaha...mintak cina2 sepet forum ni bagi sepatah dua kata...ahak
Quote chinta89 21-5-2017 03:13 PM
mcm2 hal..
Quote cadarblogsot 21-5-2017 09:05 PM
skim cepat mati namanya...
Quote marla69 21-5-2017 09:33 PM
Next..tengok apa kesudahan nya gitu
Quote tumpanglalu74 21-5-2017 09:54 PM
CARI-LTS replied at 19-5-2017 03:57 PM
Siasatan polis terhadap JJ Poor to Rich (JJPTR) mendapati puluhan juta ringgit berkemungkinan besar  ...


Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.107416s Gzip On
To Top